Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Timba Pengajaran Menginsafkan Pandu Mitsubishi Triton di Okazaki
Pandu Uji

#PanduUji: Timba Pengajaran Menginsafkan Pandu Mitsubishi Triton di Okazaki

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGA bulan selepas pelancaran Triton generasi keenam di Bangkok, Thailand, penulis bersama beberapa rakan permotoran dibawa ke kilang Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Okazaki, wilayah Aichi di Jepun.

Kunjungan kami bersama media dari beberapa negara lain adalah untuk memandu uji Triton baharu di kilang Okazaki yang juga merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan MMC serta dilengkapi trek ujian tersendiri.

Program separuh hari itu bermula dengan taklimat mengenai Triton generasi keenam sebelum sesi pandu uji bermula. Ini antara input penting taklimat MMC.

TIADA LAGI NAMA L200, STRADA

  • Mitsubishi mengambil keputusan menyeragamkan nama model trak pikap sebagai Triton untuk pasaran global, bermaksud tiada lagi panggilan L200 atau Strada.
  • Trak pikap itu hadir dengan pacuan empat roda (4×4) dan dua roda (4×2) bergantung kepada keperluan dan permintaan pasaran sesuatu negara.
  • Triton dibangunkan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan di kilang Okazaki bermula seawal tahun 2017.
  • Projek pembangunan model baharu Mitsubishi secara kebiasaannya mengambil masa lima hingga tujuh tahun tetapi Triton generasi keenam memakan masa lebih lama disebabkan tercetusnya pandemik Covid-19.
  • Mitsubishi akan menawarkan semula Triton di Jepun selepas 12 tahun ketiadaannya.

UJIAN PEMANDUAN

  • Kami menjalani dua jenis ujian pemanduan Mitsubishi Triton generasi keenam, melibatkan empat varian masing-masing dua varian pemanduan kanan (RHD) dan kiri (LHD) dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Ujian dibuat di atas jalan berturap lurus dan berselekoh, permukaan jalan tar pecah, berbonggol, permukaan konkrit, berpasir, laluan kelikir (gravel kecil dan sederhana) sebelum memasuki trek oval Okazaki.
  • Setiap pemanduan diketuai trak pikap lead yang dipandu wakil MMC dan masa diperuntukkan terbatas kepada tujuh minit setiap sesi ujian. Trak pikap pertama diuji ialah Triton Athlete yang dilengkapi turbo dua peringkat.
  • Di laluan tar dan gravel, Triton Athlete menawarkan kendalian terbaik dengan tindak balas stereng ringan selain hantaran kuasa enjin lancar dan bertenaga.
  • Semasa taklimat awal, kami diberitahu trak pikap itu lebih stabil disebabkan saiz fizikal sudah berubah – lebih lebar, jarak roda lebih panjang dan suspensi depan ditambah baik manakala suspensi leaf belakang dikurangkan kepada tiga bilah berbanding lima sebelum ini. Meskipun hanya tiga bilah, kepingan itu didapati lebih panjang dan tebal.
  • Wakil MMC menyatakan binaan casis dengan ketegaran Triton sudah ditambah baik selain ketinggian suspensi ditambah 20mm berbanding Triton generasi sebelumnya untuk keselesaan dalam kabin dan menjadikan Triton lebih fleksibel ketika pendakian di permukaan tidak rata.
  • Ada rakan media meluahkan terasa olengan badan semasa pemanduan kelajuan tinggi di laluan berselekoh dan wakil MMC menjelaskan ia sebenarnya ada kaitan dengan peningkatan ketinggian suspensi Triton.
  • Triton dilengkapi enjin diesel 4-silinder sebaris 2.4L (2,442cc) DOHC Intercooled Turbocharged (4N16) dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Pengecas turbo yang dipasang pada enjin bergantung kepada varian, ada trak pikap menggunakan turbo tunggal dan ada turbo dua peringkat (dua unit turbo berbeza saiz).
  • Athlete di Malaysia menggunakan turbo dua peringkat manakala empat varian lain dilengkapi satu unit turbo.
  • Sistem turbo Triton dua peringkat itu membabitkan turbo saiz kecil yang aktif untuk putaran RPM enjin bawah paras 2,500rpm. Turbo besar akan menggalas tugas penuh bermula julat 2,500rpm hingga 3,500rpm.
  • Semasa Triton mula bergerak, kedua-dua turbo akan beroperasi dan turbo kecil akan berhenti apabila mencapai paras tersebut.
  • Sebaik turbo kecil berhenti, ada saluran bypass yang akan memastikan aliran udara tidak terganggu ke turbo besar untuk meneruskan operasinya.
  • Ketua Pakar Produk Jabatan Strategi Produk dari MMC, Yoshiki Masuda menjelaskan sistem turbo dua peringkat itu sebenarnya lebih baik berbanding dwi-turbo untuk keperluan Triton generasi keenam.
  • Berdasarkan perbualan dengan pasukan projek di sebalik Triton baharu, kepala dan silinder blok enjin trak pikap itu menggunakan material aluminium menjadikannya lebih ringan iaitu 200kg berbanding 240kg sebelum ini (model terdahulu).
  • Blok enjin itu dihasilkan di kilang Mitsubishi di Kyoto, Jepun dan dihantar ke kilang di Thailand untuk pemasangan pada Triton generasi keenam.
  • Pemanduan varian Triton dengan unit turbo tunggal di laluan sama jelas menunjukkan perbezaan prestasi yang ketara khususnya respons pecutan, desakan kuasa dan kendalian berbanding Athlete turbo dua peringkat.
  • Malah trak pikap kedua yang diuji itu tiada rak stereng berkuasa membuat penulis perlu bertindak lebih tangkas dan bekerja keras semasa pengendalian di lalu gravel ketika kelajuan sederhana-tinggi.
  • Pengendalian lebih mencabar disebabkan varian turbo tunggal itu tiada sistem Kawalan Aktif Yaw (AYC) seperti Athlete.
  • Semua kekurangan itu hanya disedari selepas penulis memandu terlebih laju di atas laluan gravel di kawasan selekoh dan mujur sempat berhenti mengejut untuk mengelakkan berlanggar dengan sebatang pokok di tepi jalan.
  • Apatah lagi tidak sedar mod pemanduan belum ditukar kepada Gravel. Suatu pengajaran yang menginsafkan supaya periksa dan tetapkan mod bersesuaian sebelum meredah sesuatu permukaan bumi  😅
  • Di litar oval Okazaki, Athlete terbukti lebih seronok dan stabil semasa mengambil selekoh curam pada kelajuan tinggi dengan adanya sistem AYC yang membantu mencegah berlakunya understeer atau oversteer.
  • Seingat penulis, pemanduan di litar oval itu melepasi kelajuan tiga angka tetapi kelajuan itu tetapi dikawal dengan adanya trak pikap lead di hadapan supaya kelajuan tidak melebihi 140kmj. Halangan itu mungkin disebabkan faktor keselamatan kami.

UJIAN TURUN BUKIT, TAXI-RIDE

  • Wakil media sempat merasai keupayaan Triton mengharungi permukaan off-road di Okazaki dari kerusi penumpang.
  • Trak pikap itu dipandu wakil-wakil MMC di laluan berlumpur, permukaan berbukit dan rumput selain meredah sebelum mengundur di laluan berair.
  • Kami turut dibawa mendaki kawasan berbukit kecil dikelilingi pokok dan menuruni laluan bukit berselekoh tanpa penggunaan brek.
  • Sukar untuk berkongsi pengalaman kerana kami sekadar penumpang seperti menaiki teksi dan cuma merasai tolakan badan sendiri dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Ternyata satu kerugian kerana tidak dapat berada di kerusi pemandu.
  • Apa yang disedari ialah setiap peralihan badan semasa naik dan turun bukit, tidak kedengaran sebarang bunyi ‘tikus’ dari keseluruhan sistem suspensi Triton.

 DEMONSTRASI PANJAT TANJAK BESI

  • Selesai sudah pandu uji dan taxi ride, setiap wakil media dibawa menaiki Triton untuk sesi memanjat tanjak besi secara mengiring pada sudut 20º serta menegak yang agak tinggi dianggarkan bersudut 45º.
  • Pun begitu, kami diberi peluang untuk mendaki bukit berturap sebelum menuruni tanpa menggunakan pedal brek. Tugas mengawal Triton turun di permukaan tar curam itu disandarkan kepada teknologi Hill Descent Control (HDC).
  • Apa yang boleh dikatakan, sistem HDC Triton dengan bantuan sistem pacuannya terbukti memainkan peranan penting menyempurnakan penurunan bukit berkenaan tanpa berlaku sebarang gelinciran roda.
Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Mitsubishi Triton Athlete pandu uji Mitsubishi Triton 2024 Okazaki Jepun panduuji Roda4 sistem Kawalan Aktif Yaw (AYC) Strada Trak pikap Yoshiki Masuda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Vision BMW ALPINA
    Roda4

    Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

    19/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.