• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

#PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

December 27, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AYAH... Semua hal yang saya ingat tentang dia adalah seorang lelaki yang berusaha keras mengubah kehidupan keluarganya menjadi lebih baik. Ketika kecil, ingatan pertama saya tentang ayah seakan gambar-gambar kabur. Hidup di bandar sekitar era 80-an dan 90-an bukan mudah.

Saya masih ingat pagi hujung minggu itu adalah hari penuh sedih. Ayah menghidupkan Austin MINI Clubman (1979) jingga. Kereta dengan nombor pendaftaran BBD 7684 itu berlalu pergi hingga perlahan-lahan hilang dari pandangan mata,  dan entah kenapa hati saya rasa semacam saja sebab pagi itu wajah ayah nampak sayu.

Begitu banyak kenangan, ayah berusaha membahagiakan keluarganya, iaitu kami. Dia tahu saya cukup suka meredah masuk Terowong Menora dan setiap hujung minggu dia akan bawa saya bersiar-siar ke sana. Cukup sekadar lalu dan berpatah semula ke Ipoh. Itu cuma beberapa memori kecil yang paling saya ingat.

BACA >>> MINI John Cooper Works Clubman & Countryman - Paling 'Power' Dalam Keluarga MINI

Austin MINI Clubman (1970) - Gambar sekadar hiasan.

Sangkaan saya benar, selepas beberapa jam, kedengaran hon berbunyi bertalu-talu. Anehnya, bunyi itu perlahan saja dan saya pun jengahkan kepala ke  luar tingkap bilik. Ayah muncul dengan senyum meleret di samping helmet hitam dan Piaggio P150X (1980) kelabu cerah. Tiada lagi MINI Clubman. 😢

Ayah adalah cerminan kesederhanaan dan mungkin kerana dia rasa tak perlu membuktikan apapun selain kasih sayang kepada keluarga, ayah buat keputusan lepaskan Clubman. Saya tahu itu keputusan yang berat, tetapi survival hidup lebih penting.

P150X pun bahagia juga. Saya ingat lagi saat berdiri atas papan lantai depan pelana sambil dagu ditongkat atas meter. Sesekali ayah menyengetkan badan sambil memulas gear di hendal. Saat-saat angin menerpa muka cukup menyeronokkan. Itu semua kenangan yang tidak mungkin berulang.

mini-logo
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_59

Tanpa sedar saya tersenyum sendirian ketika memandu MINI Cooper S Clubman ini ke Slim River, Perak. Erti kebahagian itu bukan terletak pada harta benda dan kemewahan. Saya semakin dewasa dan ayah sudah pun meninggalkan alam fana. Al-Fatihah untuk ayah...

Kalau ditanyakan tentang Clubman, jawapan saya, kereta generasi baharu ini sudah tidak sama dengan dulu. Dulu, enjinnya cuma 998cc dan bersaiz mini. Ibarat lagu SM Salim: Dulu Lain Sekarang Lain. Apa yang pasti, saya, Clubman dan ayah memang ada kenangan terindah.  Cuma model baharu ini saya tidak berkesempatan memandu bersama dia untuk kami sama-sama mengenang kisah lampau.

MINI COOPER S CLUBMAN: APA YANG BAHARU?

MINI Clubman 2016
MINI Clubman 2016

Clubman ialah model MINI yang direka lebih panjang, lapang dan praktikal, Malah rekabentuknya jauh berbeza dengan MINI biasa. MINI Malaysia baru saja memperkenalkan MINI Clubman versi dipertingkat (facelift) bulan lalu.

Namun, versi pandu uji saya ini ialah varian Cooper S, atau nama penuhnya MINI Cooper S Clubman, iaitu versi lebih berkuasa. Kalau Countryman 'budak kampung', Clubman pula mungkin boleh dipanggil 'budak bandar', ataupun 'family man'.

BACA >>> MINI Clubman Baharu - Harga Bermula RM203,888 Hingga RM253,888

MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_43
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_42
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_53
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_35

MINI Clubman facelift berubah dengan kemasan tersendiri. Gril radiator depan direka semula dan dipadankan lampu utama LED bulat. Uniknya, lampu belakang didatangkan dengan grafik bendera Union Jack. MINI Malaysia turut menawarkan opsyen aksesori kustom kepada pemilik.

MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_31
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_28
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_42
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_22
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_46
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_21

Bahagian roda Clubman edisi Cooper S baharu ini dipadankan rim aloi dwi-tona 18 inci rekaan British Spoke. Sisi tingkap tertera lencana Mini Yours. Apabila melangkah masuk kabin, turut disambut kemasan Mini Yours pada kerusi kulit hitam karbon dan motif Union Jack pada penyandar kepala.

Elemen kabin funky gaya Mini Yours diserlahkan dengan lampu iluminasi Frozen Blue pada pintu, kokpit dan konsol tengah yang diharmonikan mengikut warna. Ada juga karpet kaki Mini Yours dengan sulaman benang putih.

Di tengah papan pemuka terpampang skrin sentuh resolusi tinggi 6.5 inci. Unit infotainment itu dipadankan MINI Connected dengan ciri SIM 4G untuk keselamatan tambahan, membuat panggilan kecemasan pintar dan MINI Teleservice.

Konektiviti disediakan membolehkan pemilik menggunakan aplikasi MINI Connected untuk rangkaian servis digital seperti Concierge Service, Apple Carplay dan MINI Online. Alunan muzik sedap didengar dengan sistem audio 12 pembesar suara jenama Harman Kardon yang ditala eksklusif untuk MINI ini.

BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang MINI Countryman Plug-In Hybrid, Kini di Malaysia (RM255,888)

KONFIGURASI UNIT HIBURAN BMW

MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_11
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_2

MINI Cooper S Clubman dijana enjin 4-silinder 2.0L TwinPower Turbo berkuasa 192hp dan tork 280Nm yang dapat dicapai sepantas 1,350-4,600rpm. Pecutan 0-100kmj cuma 7.2 saat sahaja. Hantaran kuasa ke roda depan disalurkan menerusi transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Sebaik saja duduk di kerusi pemandu dan melaraskan posisi stereng ikut kesesuaian, bahagian meter turut bergerak sama kerana disepadukan bersama stereng.

Ketika mencuba unit infotainment sebesar pinggan makan itu, teringat pula BMW. Ini kerana paparan, kawalan papan pemuka dan konsol tengah memang mirip dengan model syarikat induk MINI itu. Cuma rekabentuk MINI tidaklah begitu formal seperti BMW. Namun gaya paparan antaramuka, dan konektiviti antara pemandu dan kereta adalah sama seperti BMW.

Apa tertera pada skrin mungkin berbeza, tetapi aturan antaramuka masih sama. Jika anda pemilik BMW, anda pasti akan biasa dengan situasi tersebut. Disebabkan pernah memandu uji beberapa model BMW, jadi kerja-kerja menggodek audio MINI ini lebih mudah dan cepat.

Sistem itu bukan hanya menetapkan unit hiburan, tetapi juga menguruskan maklumat kereta, penggunaan bahan api dan lain-lain. Melaraskan kerusi tiada apa yang perlu dirungutkan, memang selesa untuk pelbagai postur badan.

Material digunakan sangat baik cuma penyokong lumbar di belakang badan agak tebal walaupun dikempiskan maksimum. Apa yang saya rasa kurang ergonomik (dan kekok) ialah pintu bahagian dalam perlu dibuka dengan cara diseluk dari depan.

Pancaran iluminasi LED pada panel pintu sangat menarik. Pada siang, ia nampak seperti corak grafik biasa, tetapi apabila malam menjelma, corak itu dihidupkan dengan warna terang. Menariknya, warna iluminasi boleh ditukar ikut cita rasa peribadi dengan menekan suis pada konsol atas kepala.

Melihat cermin pandang belakang terhalang dengan pengadang tengah pintu but.  Seperti mana kita tahu, pintu but terpisah adalah ciri khas Clubman yang membuatkan model kompak ini tampil unik. Malah, set wiper juga terpisah kiri dan kanan. Jadi, kalau hendak mengisi barang, ia perlu dikuakkan seperti anda sedang membuka pintu almari!

Ruang simpanan tidak begitu praktikal. Ruang konsol tengah terlalu kecil yang mana kebanyakan barang akan berakhir di tepi pintu atau laci pemuka (glove box) yang disertalam pelapik getah anti-gelincir supaya barang kekal pada tempat dan tidak bergoncang macam biskut dalam tin.

BACA >>> Hanya Ada MINI Elektrik 10 Tahun Lagi, dan Kembali Semula ke Saiz Kecil?

LEDAKAN KUASA MINI COOPER S CLUBMAN

Posisi pemanduan sama seperti model MINI lain. Kekal lincah dan tepat, terutama di selekoh. Walaupun tidak setajam dan selincah Mini hatchback 2-pintu, tetapi model British itu memang terkenal dengan kualiti pengendalian ibarat go-kart.

Perjalanan Slim River ke Kota Damansara hanya mengambil masa 45 minit. Memang seronok memecut, tidak ubah seperti pelumba Le Mans mengejar pusingan lap. Spidometer berlegar sekitar 140-160kmj dan sekali-sekala kereta diperlahankan ikut halaju rasmi lebuh raya.

Clubman memberikan fiil pemanduan sporty, tetapi tidak seagresif MINI hatchback. Pilihan mod sport membuat ekzos meletup-letup seperti mahu berlumba drag. Memang mengujakan. Bila pedal ditekan lebih agresif, barulah enjin 'hidup' hingga terasa seperti di trek lumba. Kawalan badan juga mengagumkan, kekal melekat seperti mesin go-kart. Respons stereng sangat cepat dan terasa. Talaan casis memberikan lebih banyak cengkaman dan daya mendap (downforce) terbaik.

Walaupun pengendalian Clubman lebih lembut, tetapi masih tepat dan mudah disesuaikan dengan ragam kebanyakan pemandu. Redaman suspensi lebih empuk, tetapi tidaklah terlalu lembut. Sesedap rasa, dan tidak serigid saudaranya. Ini membuatkan karakter MINI ini lebih menyenangkan ketika memandu.

MINI menawarkan tiga mod pemanduan: Sport, Mid dan Green. Saya lebih banyak guna mod Green sepanjang memandu yang berfungsi mengehadkan kawalan enjin dan terotel. Jadi enjin sedikit berat dan kurang berkuasa. Nak jimat minyak katakan. 😅

Tangki penuh dari BGM Cyberjaya ke Slim River sebelum berpatah semula ke Kota Damansara keesokan hari dan terus ke Palong, Negeri Sembilan, kadar penggunaan bahan api yang saya rekodkan ialah 6.3 liter per 100 km. Bagi saya, angka itu sudah cukup OK jika mengambil kira pemanduan ala Le Mans sebelumnya.

Kemudian, dari Palong balik semula ke Subang, saya mengisi minyak di Rompin, Negeri Sembilan. Ketika itu indikator minyak berbaki dua bar dan mampu pergi sejauh 134km. Jarak keseluruhan pemanduan yang saya lakukan sebelum mengisi semula petrol ialah 662km. Jika dipandu berhemah, tentu dapat pergi lebih jauh.

KESIMPULAN

Boleh dikatakan, Clubman tiada lagi ciri khas MINI. Maksud saya, dalam aspek pengendalian yang buas melekat. Ia MINI yang sesuai untuk keluarga dan mampu memenuhi pelbagai keperluan. Dengan pengendalian sederhana dan suspensi mesra penumpang, ia sudah lulus bagi pemandu kebanyakan. Hal kuasa pun tidaklah manja sangat. Masih seronok dilenjan.

Dari segi harga pula terpulang kepada sasaran pembeli dan pastinya di Malaysia jenama MINI ini bukan model  mampu milik. Tanda harga MINI Cooper S Clubman ialah RM 298,888.

Dengan harga itu anda sebenarnya ada pilihan lain  yang mungkin lebih berbaloi seperti Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line (RM259,888), CLA 200 Night Edition (RM242,888), BMW 330e M Sport (RM258,800) dan Volswagen Golf GTI (RM246,490).

Apapun, tepuk dada, tanya selera.

BACA>>>#PanduUji: Volkswagen Golf R-Line MK7.5 yang Kecil Tapi Berbisa!

GALERI
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_41
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_53
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_40
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_43
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_74
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_27
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_58
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_59
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_31
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_33
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_34
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_32
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_51
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_35
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_36
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_42
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_30
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_44
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_56
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_54
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_55
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_46
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_47
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_45
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_28
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_65
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_2
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_7
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_17
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_49
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_8
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_9
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_14
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_11
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_12
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_18
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_20
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_15
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_25
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_1
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_21
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_67
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_24
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_39
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_72
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_60
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_62
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_64
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_73
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_77
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_68
MINI COOPER S CLUBMAN FACELIFT_22

 

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: BMW MINI, hatchback, Mini, MINI Clubman Baharu, MINI Cooper S Clubman, Mini Malaysia, Pandu uji

Comments

  1. Khidir says

    December 31, 2019 at 7:02 PM

    Mintak maaf saya nak tanya penulis ni tau dak apa ayat atau perkataan yang di tulis? Lebih tepat lagi tau dak apa maksud fana? Orang teguq jangan melenting

    Reply
    • Fahim says

      January 9, 2020 at 2:42 PM

      Fanaa ni suku kata dalam Arab maksudnya dunia saat kematian manusia di dunia ini sebelum alam kebangkitan.

      Reply
  2. ADNAN says

    January 12, 2020 at 4:47 PM

    Menarik dan padat ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev