Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton S70 1.5T Flagship X yang Selesa, Seronok Dipandu
Pandu Uji

#PanduUji: Proton S70 1.5T Flagship X yang Selesa, Seronok Dipandu

LiyanaBy Liyana03/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lama saya dapat kereta pandu uji, baru sekarang sempat mahu reviu. Tapi tidak kisahlahkan? 😆

Beberapa minggu lalu saya berpeluang bawa pulang Proton S70 1.5T Flagship X dengan enjin 3-silinder sebaris 1.5L Turbo DOHC berkuasa 147hp (150ps) dan tork 226Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berserta mod manual.

Sebenarnya semua varian sedan segmen-C ini menggunakan enjin dengan output kuasa sama, dan begitu juga transmisi. Apa berbeza ialah aspek kosmetik dan spesifikasi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang mana S70 1.5T Flagship X yang saya pandu uji ini mendapat pakej lengkap ADAS.

Sebagai makluman Proton S70 menawarkan dua varian paling premium, iaitu Flagship dan Flagship X. Varian yang saya pandu uji ini ialah Flagship X yang berbeza pada tambahan perakam video digital (DVR) atau dashcam. Selain itu kedua-dua varian berkongsi spesifikasi sama dengan beza harga RM5,000.

Sepanjang memandu uji model ini dari Sepang-Taiping-Kuala Terengganu-Sepang, saya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 993km. Memang betul-betul lenjan.

Jadi apa yang saya dapat ulas pasal Proton S70 1.5T Flagship X ini?

APA YANG BEST?

  • Luas, dan selesa – S70 ini memang sesuai sangat dijadikan kereta famili. Ruang but cukup luas untuk saya isi segala macam barang pulang ke kampung. Ruang kabin juga cukup luas untuk memuatkan tiga dewasa
  • Kemasan mewah – Rekabentuk dalaman memang eksklusif dan mewah dengan kemasan kulit serta ciri moden seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), kerusi elektrik boleh laras dan tiga mod pandu.
  • Enjin power! – Saya suka dengan enjin turbo dan transmisi DCT yang ada pada S70 ini. Kuasa sentiasa ada pada setiap injakan. Tekan saja dan sedan ini akan meluncur laju dan lancar sepanjang perjalanan.

APA YANG ‘KURENG’

Macam susah je nak cari apa yang kurang. Tapi saya senaraikan jugalah apa yang saya perasan.

  • Rekabentuk  matured sangat – Mungkin bagi sesetengah orang, rekabentuk S70 nampak agak matang atau tua. Jika anda sukakan rekabentuk yang lebih bersegi, sporty atau seksi, mungkin ada sedikit masalah dengan rekabentuk sebegini. Tapi saya ok saja. 🤗
  • Tak ada Apple CarPlay – Sebagai pengguna iPhone, ciri ini memang sangat membantu. Sayang sekali Proton tak sediakan aplikasi Apple CarPlay untuk sedan ini. Tapi khabarnya Proton sudah mula sediakan aplikasi ini pada model terbaru jenama itu, termasuk S70. Hmmm…
Pandu uji Proton Proton S70 Proton S70 1.5T Flagship X Sedan kompak sedan segmen-C
Liyana

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    15/03/2026
    Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
    Roda4

    Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

    13/02/2026
    Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi lancar di Malaysia
    PHEV

    Proton e.MAS 7 PHEV 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM109,800

    09/02/2026
    Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
    Auto Terkini

    10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

    13/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.