Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800
Roda4

Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

SyafieBy Syafie15/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X90 2026 facelift

PROTON secara rasmi memperkenalkan kemas kini untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D, Proton X90 2026 facelift dengan beberapa penambahbaikan dari segi prestasi enjin, teknologi kabin, dan ciri keselamatan bagi meningkatkan pengalaman pemanduan serta keselesaan penumpang.

Harga ditawarkan untuk Proton X90 2026 facelift itu kini bermula RM99,800 untuk varian Lite, RM109,800 (Prime) dan RM115,800 (Prime X).

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift

SUV saiz pertengahan itu dibangunkan berasaskan empat teras utama:

  • Turbocharged Confidence (Keyakinan Turbo)
  • Room For All (Ruang untuk Semua)
  • Ultimate Comfort (Keselesaan Muktamad)
  • Everyday Assurance(Jaminan Setiap Hari)

Enjin Baharu 1.5TD Turbo – 181PS, 290Nm

Proton X90 2026 facelift

Antara perubahan paling ketara adalah penggunaan enjin baharu iaitu i-GT 1.5TD Turbo. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 133kW (181ps) dengan tork 290Nm, sekali gus menjadikan model baharu itu antara SUV keluarga paling berkuasa dalam segmen.

Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi dual-klac 7-kelajuan (7DCT) dengan mod manual untuk pemanduan lebih responsif.

Gabungan itu membolehkan SUV berkenaan mencatat penggunaan bahan api 6.9L per 100km.

Bagi memastikan kestabilan dan keselesaan pemanduan, Proton X90 2026 facelift menggunakan suspensi belakang multi-link dengan stabilizer, termasuk dilengkapi pilihan mod pandu Drive Mode Selection dan pilihan mod stereng Steering Mode Selection.

Kabin Luas dengan Konfigurasi Tiga Baris Tempat Duduk

Proton X90 2026 facelift

Dari segi praktikaliti, Proton X90 direka sebagai SUV famili sebenar dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk. Akses ke tempat duduk baris ketiga juga dipermudah bagi memudahkan akses penumpang masuk dan keluar.

Ruang but menawarkan kapasiti besar bergantung konfigurasi kerusi, seperti:

  • 257 liter (semua kerusi digunakan)
  • 1,011 liter (kerusi baris ketiga dilipat rata)
  • 2,050 liter ( kerusi baris ketiga dan kedua dilipat rata)

Selain kapasiti but luas, SUV tersebut turut menyediakan 38 ruang storan lain di seluruh kabin untuk meningkatkan praktikaliti penggunaan harian.

Bagi pengguna aktif, Proton X90 2026 facelift turut dilengkapi rel bumbung dengan kapasiti sehingga 75kg, yang sesuai untuk membawa barangan seperti kotak kargo, basikal, atau barangan rekreasi.

Teknologi Kabin Lebih Moden

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift

Proton turut meningkatkan pengalaman dalam kabin dengan pelbagai teknologi baharu. seperti:

  • Unit infotainmen 12.3 inci
  • Konektiviti Apple CarPlaydan Android Auto wayarles
  • Kluster instrumen digital 10.3 inci
  • Ada tujuh port USB
  • Penghidup enjin kawalan jauh
  • Sensor wiper hujan automatik

Selain itu, SUV itu turut menawarkan sistem penyeman udara dwi-zon automatik dengan penapis udara, dan ventilator penyaman uda untuk penumpang baris kedua dan ketiga.

Kerusi Kulit Nappa dengan Ventilasi

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift

Dari segi keselesaan, Proton X90 2026 facelift menawarkan kemasan premium seperti:

  • Kerusi dengan material kulit Nappa
  • Kerusi depan dan baris kedua dilengkapi fungsi ventilasi
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan dengan sokongan lumbar
  • Kerusi penumpang depan boleh laras elektrik dengan fungsi suis bos (boss switch)
  • Perehat kepala ergonomik untuk tempat duduk baris pertama dan kedua

Gabungan tersebut membantu meningkatkan keselesaan terutama untuk perjalanan jauh.

Ciri Keselamatan, Bantuan Pemandu

Bagi aspek keselamatan, Proton X90 dilengkapi pelbagai teknologi moden seperti:

  • Kamera 360º definisi tinggi (HD) dengan paparan lut sinar 180º
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • 6 beg udara SRS
  • Pintu dikunci automatik apabila pemandu keluar meninggalkan kereta (Walk Away Auto Lock)
  • Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL)
  • Lampu susur Follow Me Home Lights
  • Enam sensor parkir

Spesifikasi Setiap Varian

Proton X90 2026 facelift ditawarkan dalam tiga varian:

Lite

  • Enjin i-GT 1.5TD
  • Unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • 6 beg udara
  • Rel bumbung
  • Lampu LED dengan lampu siang (DRL)

Prime (tambahan ciri)

  • Lampu automatik
  • Lampu susur Follow Me Home Lights
  • Wiper automatik
  • Kluster instrumen digital 10.3 inci
  • Kamera 360º
  • Sensor parkir depan

Prime X (varian tertinggi dengan kemasan premium)

  • Kerusi kulit Nappa
  • Kerusi depan elektrik dengan Boss Switch
  • Kerusi dilengkapi sistem ventilasi
  • Konfigurasi kerusi kapten baris kedua
  • Perakam Video Digital (DVR)

Pilihan Warna

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift

Proton X90 2026 facelift menawarkan pilihan lima warna badan, iaitu:

  • Quartz Black (hitam, warna baharu)
  • Marine Blue (biru)
  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak)
  • Jet Grey (kelabu)

Tawaran Menarik Pelancaran

Proton turut menyediakan beberapa manfaat tambahan seperti:

  • Waranti lima [5] tahun tanpa had perbatuan
  • Caj buruh percuma lima [5] tahun
  • Kadar pembiayaan serendah 1.95 peratus setahun
  • Program tukar beli dengan sokongan overtrade sehingga RM3,000

Turut disediakan manfaat Pro-Xchange sehingga RM4,000 untuk kenderaan tidak layak dipandu, dan Pro-Shield, iaitu program insurans Proton dipertingkat.

Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton PROTON Holdings Berhad Proton X90 2026 Proton X90 2026 Facelift SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    20/04/2026
    Auto Terkini

    #TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

    20/04/2026
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

    20/04/2026
    Morbidelli T502X 2026
    Roda2

    Morbidelli T502X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.