Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Masih Berbaloikah untuk Dimiliki?
Pandu Uji

#PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Masih Berbaloikah untuk Dimiliki?

Han OthmanBy Han Othman18/09/20198 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEJAM celik pejam celik sudah sedekad Proton Exora di pasaran dengan pelbagai penambahbaikan dilakukan. Daripada versi enjin biasa, Campro CPS yang diambil daripada trenkuasa sedan Gen-2 CPS, hingga Exora Bold Turbo dengan enjin CFE juga daripada enjin asas Campro. Ini termasuk beberapa model dipertingkat (facelift) lain dengan perubahan minor dari segi rupa dalaman dan luaran.

Terbaharu, Proton pada Mei lalu melancarkan Exora (2019) facelift yang bolehlah dianggap sebagai versi terakhir kerana selepas ini pengeluar nasional itu khabarnya akan memperkenalkan MPV baharu daripada model Geely Jia Ji.

BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

EXORA VS ALZA, APA BERBEZA?

Pada harga RM66,800 (Premium 1.6T CVT) dan RM59,800 (Exora Executive 1.6T CVT), Exora boleh dimasukkan dalam kategori MPV mampu milik, terutama untuk golongan pertengahan. Ia juga boleh dianggap pembelian berbaloi jika mahu dibandingkan dengan pesaing lain di pasaran.

Sudah tentu pesaing paling rasional ialah Perodua Alza 1.5 yang juga dilancarkan sedekad lalu pada harga mesra poket rakyat. Alza terbaharu dijual pada harga bermula RM51,490 (1.5S Manual), RM54,290 (1.5S Auto), RM56,890.00 (SE), dan RM62,690 (AV). Ini bermakna julat harga Exora (2019) facelift berada dalam kategori varian Alza SE dan AV, masih lebih mahal daripada model pesaing itu.

Tetapi ingat, Exora memiliki kapasiti enjin lebih besar, 1.6 Turbo dengan ciri lebih superior. Walaupun varian premium untuk kedua-dua model itu memiliki ciri keselamatan asas yang sama, seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan dua beg udara, tetapi Exora Premium ada Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) yang tiada pada Alza AV.

‘PEOPLE MOVER’ YANG PRAKTIKAL

Dari segi praktikaliti, Exora memang MPV yang anda cari. Dua baris tempat duduk belakang boleh dilipat rata untuk memuatkan muatan panjang. Dalam posisi normal, MPV ini menawarkan ruang yang selesa untuk tujuh penumpang dewasa, termasuk pemandu. Tidak seperti Alza dengan kerusi belakang yang sempit dan lebih sesuai untuk kanak-kanak atau penumpang bertubuh kecil molek.

Selesa di sini ialah ruang kelegaan kaki mencukupi untuk semua kerusi, termasuk baris paling belakang. Begitu juga ventilator untuk setiap baris tempat duduk, siap dengan pelaras suhu di baris kedua yang semestinya memberikan keselesaan optimum kepada semua penumpang. Exora boleh dikatakan sebagai MPV berstatus ‘the people mover’ sebenar yang cukup selesa untuk dipandu jauh bersama ramai penumpang.

SPESIFIKASI DAN RUPA LUARAN SAMA

Asas kepada Exora (2019) facelift ini ialah versi ‘refinement’ yang dikeluarkan 2017. Jadi, trenkuasa digunakan masih sama, iaitu enjin 1.6L Turbo DOHC dengan teknologi VVT berkuasa 138hp @ 5,000rpm dan tork 205Nm @ 2,000-4.000rpm.

Jadi ini ialah model Exora yang ditambah baik dari segi kesenyapan kabin untuk meminimumkan tahap NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran) dengan mengurangkan mounting enjin kepada 3-poin sahaja.

BACA >>> Terimalah 30 Foto, dan Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Proton Exora (2017) Refinement

Rupa luaran pun menggunakan rekaan dan kit badan sama dengan model refinement seperti lampu utama dan lampu belakang, gril, lampu kabus dengan empat kluster lampu, skirt, difuser depan dan belakang, spoiler hitam, bumbung hitam cermin sisi hitam. Cuma Exora (2019) tiada kemasan panel plastik hitam tepi pintu (bandingkan dengan foto atas).

Jadi Exora (2019) facelift pandu uji ini adalah versi paling terkini yang lebih senyap. Selain enjin, spesifikasi lain juga sama, seperti komponen strut MacPherson dengan bar stabiliser dan gandar torsion beam untuk suspensi depan dan belakang. Begitu juga saiz tayar 205/55 R16 dengan rekaan rim sport yang juga sama seperti model refinement. Habiskan stok agaknya.

BACA >>> Proton Exora (2017) Refinement Lebih Senyap dan Menarik – Harga Bermula RM67,800

Satu lagi, saya sedikit hampa kerana Proton sepatutnya menukar gril baharu jenis paten Infinite Weave. Ia sekurang-kurangnya dapat berikan sedikit keceriaan kepada pemilik baharu MPV ini supaya mereka rasa seperti memandu model facelift sebenar. Teringinlah juga hendak rasa dijeling-jeling dan dipandang-pandang. Ataupun dari jauh pun senang dicam sebab nampak unik. Tak adalah jadi kes tersilap masuk Exora versi refinement. 😅

PEMANDUAN LANCAR

Walaupun banyak isu kedengaran mengenai kotak gear CVT Proton, tetapi secara asasnya saya akui ia transmisi yang lancar dan relaks. Ini bukan transmisi buat mereka yang laparkan kuasa dan ‘kaki tekan minyak’ kerana karakter CVT Exora ini sedikit lambat ‘menangkap’.

Namun, apabila sudah mencapai halaju ideal, Exora (2019) facelift ini cukup selesa untuk pemanduan jelajah (cruising), terutama di lebuh raya. MPV ini mungkin tidak ditala untuk jadi cukup berkuasa, tetapi enjin dan transmisi yang dibekalkan sudah mencukupi.

Pengendalian juga mantap dan meyakinkan, tetapi janganlah mengharapkan MPV ini mampu beraksi setangkas sedan. Jika saya pengguna biasa, saya memang tiada masalah pun dengan Exora (2019) facelift ini. Ruang luas untuk semua penumpang tidur nyenyak jika memandu jauh, enjin berkuasa dengan beberapa isu ‘lambat tangkap’ yang boleh saja dikompromi dan pengendalian meyakinkan.

BACA >>> #PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Lagi Best atau Biasa Sahaja? Ini Jawapan Kami…

DALAMAN LEBIH SEGAR

Ruang dalaman Exora (2019) facelift adalah bahagian yang menerima banyak pembaharuan daripada Proton. Kali ini ada unit infotainment 7 inci dengan ciri ‘Hi Proton’ yang diatur kemas di konsol tengah papan pemuka. Deretan punat masih sama, cuma punat lampu hazard kini dihitamkan (punat merah untuk Exora refinement).

Unit infotainment juga mudah diakses. Ruang storan juga sama seperti dua laci papan pemuka sebelah penumpang depan, 4 pemegang cawan dan 6 pemegang botol, dan banyak slot utiliti di panel pintu, konsol gear dan papan pemuka.

Perubahan paling ketara ialah kemasan semi-kulit pada kerusi dan panel pintu dengan rekaan corak dam. Rekaan stereng kekal sama seperti model refinement, begitu juga konsol gear.

Proton turut memperbaharui kluster meter Exora (2019) facelift dengan disertakan ciri paparan multi-info (MID) untuk maklumat odometer, posisi gear semasa, purata penggunaan bahan api, tetapan trip perjalanan, dan indikator pintu terbuka. Panel meter juga menggunakan fon huruf  baharu. Nampak lebih kemas, rapi dan sedap mata memandang.

BERBALOIKAH DIMILIKI?

Di pasaran Malaysia, kita tidak banyak pengeluar yang menawarkan model MPV mampu milik pada harga di bawah RM60,000. Selain Exora, pilihan yang ada cuma Alza. Kalau adapun MPV mampu milik lain selain model nasional ialah Honda BR-V. Itupun harganya bermula RM80,000 dengan bayaran bulanan hampir RM900!

Dengan Exora (2019) facelift, ansuran bulanan (untuk tempoh pinjaman 9 tahun) yang perlu anda  bayar adalah kira-kira ~RM730 saha dan dapat pula varian Premium! Beza antara varian Premium dan Executive pun tidak jauh berbeza, lebih kurang ~RM100 sahaja. Pastinya Premium lebih berbaloi kerana Executive tidak diberikan ciri ESC, unit infotainment, kamera undur dan beberapa kemasan luaran.

Jika anda memang sedang mencari MPV bajet, inilah modelnya dengan ciri asas yang menepati trend kenderaan masa kini seperti unit infotainment dan kombo ciri keselamatan ABS, EBD dan ESC. Rekabentuk pula saya yakin masih kekal relevan untuk sekurang-kurangnya 10 tahun lagi melainkan semua orang sudah memilih untuk beli kereta terbang.

BACA >>> Proton Sedang Bangunkan Exora Baharu Mirip Geely Jia Ji?

Anda mungkin risau tentang beberapa isu reliabiliti transmisi, tetapi dengan tawaran waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, pakej data Internet 1GB sebulan selama 5 tahun, dan caj buruh percuma selama 5 tahun, ini mungkin sedikit sebanyak melegakan hati.

GALERI
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Pandu uji Proton proton exora Proton Exora (2019) PROTON Holdings Berhad Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026

8 Comments

  1. Wan on 08/10/2019 19:05

    Tak berbaloi..kuat mentedarah minyak…naik bukit kt ladang strawberry Cameron Highlands x larat..nyesal beli..

    Reply
  2. amirul on 15/10/2019 11:58

    Kau baru pakai kot n tak pandai nak manage pedal myk..?
    aku dah pakai 5 taun…kalau kau byk tekan myk instead of maintain speed, mmg mkn myk laa..

    Rule of thumb, bykkan maintain speed n kurangkan membuat pecutan yg mengejut..pasti myk jimat..
    Artikel ni pon dah bgtau,

    “Ini bukan transmisi buat mereka yang laparkan kuasa dan ‘kaki tekan minyak’ kerana karakter CVT Exora ini sedikit lambat ‘menangkap’.

    Namun, apabila sudah mencapai halaju ideal, Exora (2019) facelift ini cukup selesa untuk pemanduan jelajah (cruising), terutama di lebuh raya. MPV ini mungkin tidak ditala untuk jadi cukup berkuasa, tetapi enjin dan transmisi yang dibekalkan sudah mencukupi.”

    Reply
  3. Jeme on 18/10/2019 16:14

    Exora memang power lagi power daripada alza, aruz brv mpv

    Reply
  4. Syamsul on 01/11/2019 05:18

    Berkenaan isu gearbox..adakah kebanyakan exora mengalami masalah gearbox atau hanya kes terpencil? Risau dan sangat menakutkan sekiranya kerosakan teruk sehingga memerlukan penukaran gearbox baru selepas 5 tahun memilikinya..
    Apakah jaminan pihak proton yang boleh meyakinkan bakal pembeli bagi isu gearbox ini? Kata – kata yang meyakinkan..kerana di blog – blog, rata – rata menyatakan masalah yang hampir sama.

    Reply
    • Ezwan on 04/11/2019 10:48

      Sekadar berkongsi pengalaman menggunakan 2 jentera Exora CFE/Turbo (model 2014 dan 2019). CVT gearbox agak ‘manja’ dan perlu menukar cara pemanduan ketika *memecut dan bila menukar dari *D ke R.

      *Jangan sesekali memecut dengan memijak pedal minyak secara flooring ketika keluar toll booth atau bila lampu isyarat bertukar hijau, tekan secara perlahan-lahan dan bila up to speed baru boleh floor pedal minyak dan boleh dengar turbo spooling. CVT pula akan cepat panas bila constant memandu top speed pada 160km/jam ke atas so kena cruising balik sekitar 110km – 130km/jam.

      *Bila menukar gear dari D ke R kena pastikan kenderaan betul-betul berhenti baru engage dari D ke R (dan vice versa) untuk memastikan aliran minyak CVT dan belting bersedia untuk pertukaran gear tersebut.

      Reply
  5. ssz on 22/02/2020 17:12

    baru beli exora bold cfe, jan 2020, stering lari ke kiri, pergi buat alignment housing stering rack lembut, komplain kat kedai dia tukar yg baru, buat alignment balik pon sama, nk buat camna lagi ek

    Reply
  6. Azs on 09/01/2021 18:55

    Tukar tie rod end, saya punya dah ok lepas tukar, bush tie rod end yg original memang bermasalah

    Reply
  7. pavines on 27/07/2021 15:27

    bang cuba tukar tayar bang,sbb saya dh pernah kena camni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.