• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Lagi Best atau Biasa Sahaja? Ini Jawapan Kami...

#PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Lagi Best atau Biasa Sahaja? Ini Jawapan Kami...

June 14, 2019 By Dee Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sedekad di pasaran, Proton sekali lagi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora yang kali ini dalam versi dipertingkat (facelift). Khabarnya ini ialah barisan produk akhir model ini sebelum ditamatkan pengeluaran untuk memberikan laluan kepada model MPV baharu (Jia Ji?).

Kepada anda yang sedang mencari MPV famili dengan bajet di bawah RM60,000, Exora (2019) facelift patut dipertimbangkan. Berikut beberapa pembaharuan dilakukan Proton pada MPV ini:

  • Ciri arahan suara 'Hi Proton'.
  • Perubahan visual belakang, iaitu panel atas pintu but hitam dengan lencana 'TURBO' dan 'EXORA' di penjuru kiri dan kanan, yang asalnya diperkenalkan pada edisi facelift (2017).
  • Perubahan bagi ruang dalaman pula, Exora kini lebih premium dengan rekaan stereng baharu dan kemasan perak pada konsol tengah yang memuatkan unit infotainment, termasuk konsol gear.
  • Set upholsteri  diperbaharui dengan kemasan semi-kulit bertekstur corak silang pada kerusi dan panel pintu, manakala kluster meter menampilkan fon lebih kemas warna putih.
  • Proton turut memperkenalkan warna baharu ekslusif, iaitu Rosewood Maroon (merah hati), sama seperti model Persona (2019).

Exora (2019) facelift ditawarkan dalam dua varian yang kedua-duanya dikuasakan enjin 1.6 Turbo dengan transmisi CVT:

  • Exora Premium 1.6T CVT - RM66,800
  • Exora Executive 1.6T CVT - RM59,800

Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai pengalaman pemanduan Exora (2019) facelift, boleh tonton video di bawah ini.  Model ini kami pandu uji bermula dari Subang, Selangor ke Bukit Tinggi, Pahang dengan jarak perjalanan sehala lebih kurang 80km.

Dari segi luaran tiada banyak beza, tetapi bagaimanakah pula dengan pemanduan? Adakah berbeza atau sama saja? Jom tengok ulasan pandu uji Exora (2019) facelift.

BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: 2019 proton exora, enjin Proton Exora 2019 Facelift, exora, Exora 2019, Exora Premium, Harga 'Exora Baharu', harga Exora 2019, harga Proton Exora 2019 Facelift, Malaysia, MPV, Pandu uji, Proton, proton exora, Proton Exora (2019), proton exora baru, Proton Exora Premium 1.6T CVT, review, Test Drive, ulasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my