Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami…
Pandu Uji

#PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami…

Abang GYLBy Abang GYL09/08/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji geely boyueMINGGU lalu, saya bersama rakan media lain dari Malaysia dijemput ke bandar Hangzhou, dalam wilayah Zhejiang, timur China untuk melawat pusat operasi Geely. Sudah pasti, ‘bakal kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama’ Proton, Boyue menjadi tumpuan utama.

Selain itu, kami turut terbuka mata melihat kecanggihan teknologi dan kemajuan yang diraih Geely walaupun masih baru dalam industri automotif (sekitar 1997).

Sebelum bercerita lanjut mengenai kecanggihan teknologi dan fasiliti yang dimiliki Geely, saya akan ulas dahulu apa yang menarik tentang Boyue.

Buat pertama kali, saya dan rakan media lain dari Malaysia menjadi antara kumpulan terawal berpeluang memandu uji Boyue. Ramai sedia maklum Proton sudah menyatakan hasrat mahu menghasilkan ‘SUV pertama’ menerusi penggunaan platform daripada model Boyue.

pandu uji geely boyueSecara peribadi, kami berpendapat pemilihan Boyue paling tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.

Memandangkan litar baharu Geely masih belum siap sepenuhnya, kami hanya sempat memandu Boyue pada laluan lurus sepanjang 2km. Jadi, tidak banyak yang boleh diulas berdasarkan sesi pandu uji tersebut, terutama ujian suspensi dan pengendalian.

Geely menutup sementara laluan pandu uji bagi membenarkan rakan media dari Malaysia memandu uji Boyue. Varian yang dipandu uji ialah versi 1.8L Turbo. Berikut komen saya mengenai Boyue:

pandu uji geely boyueREKAAN LUARAN

Aspek luaran, saya lebih terarik pada bahagian belakang. Jika melihat dari sisi, bahagian belakang tampak seakan model Range Rover Evoque.

Lampu depan dan belakang dipadankan dengan LED yang pasti menggembirakan pembeli Malaysia. Geely sebenarnya sudah mempunyai model Boyue facelift dan dikhabarkan dilancarkan tidak lama lagi. Sama ada Proton akan memperkenalkan model facelift mahupun versi sedia ada, pun masih lagi jadi tanda tanya.

Ketika ditanya, Geely menyatakan bakal berbincang dengan pihak Proton mengenai perkara berkenaan dan semua bergantung kepada cita rasa dan permintaan rakyat Malaysia.

BACA >>> Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu

pandu uji geely boyueENJIN DAN PRESTASI HEBAT TAK?

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).

Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-4,000rpm), manakala enjin NA 2.0L pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 – 4,500rpm). Bagi unit pandu uji, kami diberikan varian 1.8L Turbo dengan bantuan kotak gear 6-kelajuan.

Dari segi prestasi, Boyue cukup responsif ketika menekan pedal secara agresif, manakala penukaran gear juga lancar. Langsung tiada masalah mendapatkan kelajuan 120kmj.

Ruang kabin juga senyap dengan tahap kebisingan angin minimum biarpun saya menekan pedal dengan agresif pada kelajuan 120kmj. Saya juga sengaja melanggar bonggol pada kelajuan sekitar 60kmj dan suspensi nyata bertindak cemerlang. Kata orang cina, ‘ngam-ngam ho’ (sesedap rasa).

Jika ditambah lagi dengan talaan pengendalian dan casis dari Proton, kami yakin SUV ini akan beraksi lebih bertenaga.

BACA >>> 48 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Geely Boyue

harga geely boyue
harga geely boyue

KUALITI? TAK ‘CIKAI’ KE?

Anda harus tahu, kereta China dahulu bukan lagi sekarang. Kualiti produk dan pemasangan kereta China kini sudah berada pada satu tahap membanggakan.

Tidak perlu cakap banyak. Anda hanya perlu duduk dan rasai sendiri kualiti pada Boyue. Aksesori dan produk diguna pakai cukup berkualiti.

Contoh kereta China lain yang anda boleh rasai ialah jenama Haval. Saya minta anda yang belum pernah menaiki kereta buatan China, pergi pandu uji kereta Haval sekarang.

Ya saya faham. Bukan mudah untuk mengubah persepsi seseorang mengenai jenama buatan China. Dari kecil kita sentiasa dihidangkan dengan persepsi buruk mengenai kualiti produk buatan China. Tetapi percayalah, produk buatan China sekarang sudah berbeza. Logiknya, tidak mungkinlah Proton masih sanggup lagi mahu jual kereta tidak berkualiti?

Satu lagi persoalan, kenapa anda boleh menerima telefon pintar iPhone, tetapi tidak untuk kereta buatan China? Tepuk dada, tanya selera.

Paling penting, saya yakin model SUV Boyue nanti bakal mengubah persepsi anda. Tunggu dan lihat saja kehadiran Boyue versi Proton tidak lama lagi yang dijangka debut tahun hadapan.

Apa yang saya harapkan, Geely dapat membantu dan membimbing Proton untuk mengikuti jejak langkah seperti Volvo. Paling penting, pastikan harga Boyue dibuat supaya mampu milik dan boleh dimiliki semua rakyat Malaysia.

GALERI

pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
pandu uji geely boyue
pandu uji geely boyue
harga boyue
enjin boyue enjin proton boyue Geely Auto harga boyue harga Geely Boyue Pandu Uji Geely Boyue Proton Proton Boyue SUV Proton
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026

    2 Comments

    1. Kaw kaw on 09/08/2017 20:25

      Lambat masuk makan kuah,
      Mitsubishi sudah test kenderaan sejuta umatnya ….1.5 mivec

      Reply
    2. Lyana on 05/02/2018 09:49

      Ada AT saja ke? Ke ada juga MT? Tak puas guna AT sebenarnya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    By Abang Hirata18/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.