Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!
Pandu Uji

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

Han OthmanBy Han Othman14/02/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors untuk memandu uji Kia Sportage 2025 serba baharu dari Glenmarie, Shah Alam, Selangor ke Janda Baik, Pahang.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C ini, yang juga model generasi kelima Kia Sportage, diperkenalkan peringkat global pada 2021 sebelum tiba untuk pasaran Malaysia menerusi pelancaran rasmi sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Disember tahun lalu.

Dalam pandu uji kali ini, saya akan ulas dari segi pengendalian, prestasi, ciri keselamatan, rekabentuk, dan harga setiap varian. Saya juga akan senaraikan lima perkara ‘best’ dan tidak ‘best’ pasal Kia Sportage 2025. Jom!

REVIU PANDU UJI KIA SPORTAGE 2025

Lokasi Ujian

  • Permulaan: Glenmarie, Shah Alam, Selangor
  • Destinasi: Janda Baik, Pahang
  • Tarikh: 23 Januari
  • Varian Diuji: 2.0L 2WD, 2.0L 2WD High, 1.6T 2WD High dan 1.6T AWD High

Aspek Pengendalian dan Prestasi

2.0L

  • Varian ini dijana enjin aspirasi natural (NA) petrol 4-silinder sebaris Smartstream 2.0L MPI DOHC 16-injap D-CVVT dengan output kuasa 154hp @ 6,200rpm, dan tork 192Nm @ 4,500rpm dalam sistem pacuan dua roda (2WD). Transmisi jenis automatik 6-kelajuan
  • Pengendalian sesuai untuk pemanduan bandar dan jalan raya biasa. Prestasi agak sederhana, tetapi cukup untuk pemanduan harian.
  • Prestasi agak lembap ketika memecut di laluan menanjak, terutama ketika kami melalui kawasan Janda Baik.
  • Aspek keselamatan dilengkapi ciri asas seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektrik (EBD) dan enam beg udara.
  • Menampilkan rekabentuk standard dengan material kerusi fabrik, kerusi pemandu dan penumpang depan boleh laras manual, lampu utama LED automatik, rim aloi 17 inci dan buka but manual. Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto dengan enam pembesar suara standard. Port USB pula cuma ada dua (satu Type-C dan satu Type-A).
  • Varian ini juga TIADA lampu kabus, sensor depan (cuma belakang), lampu ambien kabin, pedal syif dan kamera 360º.
  • Ciri keselamatan cuma asas saja tanpa Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti empat beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), brek pegun (Auto Hold), pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, dan imobilizer enjin, manakala Kawalan Jelajah Pintar (SCC) cuma jenis pasif.
2.0 High
  • Varian ini dijana enjin NA sama seperti 2.0L 2WD dengan output kuasa dan tork serupa, tetapi dengan tambahan beberapa ciri premium seperti kerusi kulit leatherette, empat port USB (satu Type-A, dam tiga Type-C), lampu Amaran Keluar Selamat (SEW), lampu kabus LED, sensor parkir depan dan belakang.
  • Prestasi masih agak lembap, tetapi pemanduan lebih selesa dengan material kerusi leatherette, kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan (manual untuk penumpang depan) dengan sokongan lumbar 2-tetapan dan but elektrik, serta SCC dengan ciri Mula-Gerak (Start & Go).
  • Aspek keselamatan dilengkapi teknologi ADAS seperti Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW), Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Linta Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA), Bantuan Susur Lorong (LFA).
  • Menggunakan rim 17 inci. TIADA ciri Monitor Pandangan Titik Buta (BVM), kamera 360º dan pedal syif.
1.6T High
  • Varian ini dijana enjin turbo petrol 4-silinder sebaris 16-injap Gamma II 1.6L T-GDI D-CVVT dengan output kuasa 177hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm @ 1,500-4,500rpm dalam pacuan 2WD, manakala transmisi jenis automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuang dengan e-shift.
  • Pengendalian lebih responsif dan dinamik kerana menawarkan daya tork lebih tinggi yang sesuai untuk pemanduan laju di lebuh raya.
  • Prestasi pecutan juga sangat lancar dan lebih berkuasa ketika melalui jalan menanjak atau berbukit. Juga ada pedal syift untuk pemanduan sporty yang tiada pada varian NA.
  • Aspek keselamatan dilengkapi sistem ADAS lengkap, termasuk BVM dan kamera pandang keliling 360º.
  • Menggunakan rim 18 inci dengan rekaan berbeza. Antara ciri lain diberikan ialah sensor parkir depan dan belakang, unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci.
1.6T High AWD
  • Enjin sama seperti varian 1.6T 2WD High, dengan output kuasa, tork dan transmisi juga sama, tetapi dalam sistem pacuan semua roda (AWD).

  • Pengendalian varian ini sangat stabil dan mantap, terutama di laluan berliku dan berbukit yang dapat diuji sepenuhnya ketika meredah kawasan ekstrem sekitar Janda Baik. Ini tidak hairan kerana sistem AWD sememangnya memberikan daya cengkaman lebih baik pada keempat-empat roda.

  • Varian ini menawarkan prestasi pemanduan lebih optimum berbanding varian lain. Ini sesuai buat mereka yang gemar memandu di kawasan luar bandar atau off-road.
  • Aspek keselamatan sama seperti varian 1.6T 2WD High dengan semua sistem ADAS lengkap dan ciri premium lain.
  • Varian ini menggunakan rim 18 inci, sama seperti varian 2WD rekabentuk dan tambahan premium seperti lapan pembesar suara berkualiti tinggi jenama Harman Kardon, kerusi boleh lipat 60:40 secara kawalan jauh, dan ada rel bumbung.

Harga

Harga rasmi ditawarkan Kia Malaysia (Dinamikjaya Motors) untuk Kia Sportage 2025 adalah seperti berikut yang mungkin berbeza mengikut promosi atau pakej tambahan.

  • 2.0L – RM145,999
  • 2.0L High – RM155,999
  • 1.6T 2WD High – RM175,999
  • 1.6T AWD High – RM185,999

* Harga tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Pada harga tersebut, Kia Sportage 2025 menawarkan nilai menarik dan kompetetif. Varian 2.0L 2WD pada harga RM123,888 adalah pilihan paling berpatutan untuk pemanduan bandar, manakala varian 1.6T AWD High (RM169,888) menawarkan prestasi dan ciri keselamatan terbaik untuk pemanduan lasak.

Jadi apa yang best dan tak best pasal Kia Sportage 2025?

5 Perkara Best

  • Harga Lebih Berpatutan: Pada harga bermula RM145,999 (untuk varian asas), Kia Sportage 2025 menawarkan harga kompetitif yang mampu bersaing dengan pesaing sekelas seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5.
  • Rekabentuk Futuristik: Tetap menjadi tarikan utama dengan lampu LED penuh dan rim besar.
  • Ciri Keselamatan Lengkap: Sistem ADAS pada varian High menjadikan SUV ini sangat selamat.
  • Prestasi Enjin Turbo: Varian 1.6T menawarkan kuasa mencukupi untuk pemanduan laju dan menanjak.
  • Waranti 5 Tahun (100,000km)* + 5 Tahun Servis Percuma (100,000km)*: Kia Malaysia menawarkan jaminan yang sangat kompetitif, terutama servis percuma untuk 100,000km pertama.

* Mana satu tiba dulu

5 Perkara Tak Best

  • Prestasi 2.0L Masih Lembap: Walaupun harga lebih rendah, enjin 2.0L agak kurang berkuasa untuk pemanduan lasak.
  • Penjimatan Bahan Api: Varian turbo masih menggunakan lebih banyak petrol berbanding pesaing hibrid.
  • Ruang Bagasi Sederhana: Masih ketinggalan berbanding Honda CR-V dari segi ruang bagasi.
  • Harga Masih Agak Mahal: Walaupun kompetitif, harga Kia Sportage sebenarnya masih agak mahal jika dibandingkan dengan prestasi dan ciri ditawarkan. Apatah lagi perlu bersaing dengan pesaing kelas sama dari Jepun yang dengan nilai jenama lebih kuat.
  • Tiada Varian Hibrid: Kia Sportage 2025 masih tidak menawarkan pilihan hibrid di Malaysia, tidak seperti pesaing seperti Honda CR-V Hybrid.

KESIMPULAN

Pada harga lebih berpatutan, Kia Sportage 2025 menjadi pilihan menarik dalam segmen SUV kompak. Varian 1.6 AWD High pada harga RM185,999 adalah pilihan terbaik buat mereka yang mengutamakan prestasi dan keselamatan, manakala varian 2.0L 2WD (RM145,999) sesuai untuk pemanduan bandar.

Namun ketiadaan varian hibrid dan prestasi enjin 2.0L dengan enjin NA yang sederhana mungkin menjadi kekurangan bagi sesetengah pembeli mahukan lebih kuasa. Apapun, tepuk dada tanya selera!

Dinamikjaya Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Malaysia KIA Sportage 2025 Kia Sportage Generasi Kelima Pandu uji Pandu Uji Kia Sportage 2025 Roda4 SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) dilantik duta Wey
Auto Terkini

Tokti Dilantik Duta Wey, Pemilik Pertama GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026

29/01/2026
GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Toyota Vios HEV 2026
Roda4

Toyota Vios HEV 2026 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103,900

29/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.