Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: dari KL ke Sepang, BYD Seal Pamer Teknologi Canggih, Prestasi Mantap
Pandu Uji

#PanduUji: dari KL ke Sepang, BYD Seal Pamer Teknologi Canggih, Prestasi Mantap

SyafieBy Syafie22/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM, saya dan rakan media lain diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan luar biasa yang bermula dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur ke Pusat Pemanduan Sepang.

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, BYD Sime Motors menganjurkan konvoi media dan pelbagai aktiviti pemanduan untuk menonjolkan prestasi luar biasa serta inovasi terkini yang terdapat pada model BYD Seal.

Seperti kita sedia maklum, BYD Seal Premium (Extended Range) baru-baru ini dinobatkan sebagai kenderaan elektrik (EV) pertama memenangi anugerah Kereta Terbaik dalam Anugerah Kereta Terbaik Malaysia (MCOTY) 2024.

BYD Seal Premium juga meraih kemenangan dalam kategori sedan bawah RM200,000 dan xEV (RM150,000 hingga RM300,000), manakala BYD Seal Performance (AWD) memenangi kategori sedan (RM200,000 hingga RM500,000).

Semua anugera itu mengukuhkan lagi kedudukan BYD sebagai jenama kenderaan elektrik bateri (BEV) nombor satu dengan BYD Seal diiktiraf sebagai Sedan BEV terbaik di Malaysia.

Acara bermula dengan sarapan pagi dan taklimat mendalam mengenai teknologi canggih dan ciri keselamatan BYD Seal. Kamikemudian memulakan konvoi pemanduan indah dari Bamboo Hills di Kuala Lumpur ke Putrajaya, dengan sekali pertukaran pemandu dibuat sebelum tiba di Sepang untuk demonstrasi drift, dan disusuli aktiviti pemanduan gymkhana.

BYD Seal mewakili gabungan sempurna antara mobiliti elektrik dan prestasi mendebarkan yang menjadikan model itu pilihan ideal buat mereka yang mencari fastback elektrik sporty.

Kereta ini direka untuk memberikan pengalaman pemanduan tiada tandingan buat peminat prestasi dan pemandu harian. Ia juga mencerminkan komitmen BYD terhadap inovasi dalam memastikan pemandu menikmati mobiliti mesra alam tanpa mengabaikan keseronokan kejuruteraan.

Lenjan Tayar Continental EcoContact 6Q

Acara ini turut disokong Continental Tyres Malaysia yang menyediakan tayar canggih EcoContact 6Q. Tayar ini direka khas untuk EV dengan campuran Green Chili 2.0 yang menawarkan rintangan gelinciran lebih rendah, jarak perjalanan lebih jauh, dan prestasi luar biasa dalam kondisi pemukaan jalan basah dan kering.

Dengan penarafan Kelas A dalam kedua-dua rintangan gelinciran dan jarak membrek baik dalam keadaan basah, EcoContact 6Q membolehkan pemandu bergerak lebih jauh dengan sekali cas sambil menikmati prestasi lancar dan tahap bising rendah.

Selama lebih sedekad, Continental sudah menerajui pembangunan solusi tayar termaju untuk EV, memenuhi keperluan khusus EV seperti kapasiti beban lebih tinggi, pengurangan bunyi, dan ketahanan lebih baik. EcoContact 6Q juga sangat sesuai untuk pemanduan harian.

Acara ini menekankan kedudukan BYD Seal sebagai pengubah permainan dalam pasaran EV, menggabungkan teknologi terkini dengan prestasi mendebarkan. Kami berpeluang mengalami sendiri kualiti kecemerlangan kejuruteraan BYD Seal yang memenuhi keperluan peminat prestasi dan pemandu yang peka terhadap alam sekitar.

Auto Terkini Build Your Dreams BYD BYD Performance Day BYD Seal BYD Simes Motor Continental Tyres Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Pandu uji Sepang
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.