Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?
Pandu Uji

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas dalam fikiran adalah model hatchback mewah bersaiz kompak yang menawan. Namun, AMG A35 4Matic Sedan ini juga layak mempunyai populariti sama seperti saudara lain.

Tergolong dalam model saiz pertengahan bagi barisan model Mercedes, tiada kekurangan yang jelas pada AMG A35 4Matic Sedan jika dipandang dari setiap sudut luaran, dalaman dan trenkuasa. Pada tanda harga RM336,277.51, model ini menjanjikan kepuasan penuh kepada si pemiliknya.

ENJIN

Dengan enjin M260 4-silinder 2.0L dipertingkat, AMG A35 4Matic Sedan ini mampu meledakkan kuasa setinggi 306hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 3,000-4,000rpm serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan yang ditala semula untuk pecutan lebih baik pada semua gear. Trenkuasa ini membolehkan sedan ini memecut 0-100kmj sepantas 4.8 saat. Memang laju!

Dijana enjin prestasi tinggi dalam badan sebuah sedan, adakah sedan mewah ini mampu memberikan keselesaan dan kuasa yang didambakan? 

Pendapat saya, ya, Mercedes hampir mencapai kedua-duanya dengan model ini. Sangat sedikit perkara yang saya tidak suka dengan model ini. Boleh dikatakan saya sentiasa tersenyum setiap kali memandu. 

Berikut kesimpulan ringkas yang dapat dikongsikan mengenai beberapa perkara yang saya suka dan tidak suka dengan AMG A35 4Matic Sedan.

APA YANG BEST?

1. Seronok Dipandu

Ketika diminta memandu uji sedan ini, saya sebenarnya sedikit risau melihat spesifikasi kereta yang datang dengan tork setinggi 400Nm. Jangkaan saya, kereta ini pasti agresif. Namun, semua meleset sama sekali kerana prestasi dimiliki kereta ini agak terkawal dan siap sedia diledakkan jika anda mahukan ekstra kuasa. 

Apatah lagi kereta ini datang dalam empat mod pemanduan boleh pilih, Comfort, Sport, Sport + dan Individual yang membolehkan anda menetapkan gaya pemanduan mengikut cita rasa sendiri. Misalnya, pemanduan dalam mod Comfort lebih santai dan selesa, manakala mod Sport dan Sport + akan menukar tetapan suspensi menjadi lebih keras dengan kuasa lebih buas. 

Berat stereng juga sangat selesa yang memudahkan kereta ini dipandu dalam apa jua situasi pemanduan, dan juga amat menyeronokkan ketika melayan selekoh.

2. Rekaan Dalaman Menawan

Rekaan dalaman Mercedes memang jarang mengecewakan dengan menampilkan panel skrin horizontal kembar bersaiz 10.25 inci dan kemasan menawan pada setiap sudut. Konsol tengah juga mudah dicapai dan diakses.

3. Rekaan Luaran Menarik Perhatian

Walaupun secara peribadi saya lebih minat model hatchback, tetapi rekabentuk sedan ini berjaya mengubah cita rasa. Versi sedan masih mengekalkan rekabentuk agresif seperti hatchback dengan lampu depan dan belakang tajam, spoiler kecil dan dwi-ekzos di belakang. Rim hitam 19 inci menambahkan lagi ciri sporty kereta ini. Tiada apa yang saya tidak suka dengan gaya luaran AMG A35 4Matic Sedan.

4. Ruang But Besar

Melihat rupa belakang yang nampak macam pendek membuatkan sesiapa saja akan menganggap sedan ini memiliki kapasiti but kecil. Namun, saya terkejut ketika membuka pintu but kerana ruang kargo ditawarkan agak luas juga untuk sebuah sedan mewah kategori kompak. Kapasiti but menawarkan muatan 420 liter yang pasti sangat praktikal buat pemandu dan famili kecil.

5. Port Pengecasan Type-C

Ini ciri wajib ada untuk kereta moden, tetapi apa membuat saya kagum ialah jumlah port pengecasan yang disediakan. Ada lima port dan tambahan satu port pengecasan wayarles. Namun, port pengecas yang disedikan cuma type-C yang spesifik untuk telefon pintar tertentu seperti iPhone. Jadi minta maaflah kepada telefon pintar dengan port USB.

APA TAK BEST?

1. Bunyi Tayar Terlalu Bising

Ini antara kelemahan tidak dijangka pada sedan mewah. Walaupun model AMG lebih menumpukan aspek prestasi berbanding keselesaan, bunyi tayar kereta ini terlalu bising, terutama jika meredah jalan tar yang sudah lama diturap dengan permukaan kasar (majoriti jalan di Malaysia). Kebisingan dihasilkan kerap mengganggu fiil memandu. Saya boleh katakan model bukan premium pun ada yang lebih senyap daripada ini.

Boleh dikatakan ini kelemahan terbesar AMG A35 Matic Sedan.

2. Ruang Kepala Penumpang Agak Sempit

Ini tidak mengejutkan kerana saiz kereta ini agak kecil. Penumpang berketinggian lebih 170sm pasti agak terganggu dengan ruang kepala yang terbatas dan kurang selesa.

3. Tempat Duduk Tengah Tidak Selesa

Walaupun didatangkan dengan lima kerusi, tetapi tempat duduk bahagian tengah lebih sesuai untuk kanak-kanak berbanding dewasa kerana ruang agak sempit. Kereta ini mungkin  kurang sesuai membawa lima penumpang pada satu-satu masa, terutama jika mahu melakukan pemanduan jarak jauh.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, AMG A35 4Matic Sedan masih sangat seronok dipandu yang menjanjikan kepuasan maksimum buat pemiliknya. Jika anda mahukan kereta prestasi tinggi, tetapi tidak ingin mengorbankan nilai praktikal yang boleh dijadikan kereta harian, inilah sedan yang sesuai.

Namun, jika anda mahukan kereta untuk keselesaan optimum buat pemandu dan semua penumpang, mungkin ada model mewah lain boleh dipertimbangkan.

BACA >>> #PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?
BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

AMG mercedes amg a35 sedan Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan Mercedes-benz Pandu uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.