Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian
Pandu Uji

#PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian

Han OthmanBy Han Othman04/02/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu-uji-kia-rio-sedan-bg
SAYA selalu mengharapkan model-model seperti Kia Rio Sedan banyak di atas jalan raya Malaysia. Sekurang-kurangnya pandangan mata kita tidaklah bosan dan mengantuk kerana perlu menatap lambakan model Jepun bagi segmen kereta bukan nasional sejak sekian lama.

Walaupun kurang popular, saya perlu meletakkan status Kia Rio Sedan dalam kategori kereta segmen-B paling ‘underrated’ sepanjang tahun lalu. Sedan seperti ini sepatutnya diberikan lebih peluang berleluasa di atas jalan raya kerana ia memiliki segala yang dimahukan pembeli Malaysia.

Tetapi agak pelik juga kerana model sebagus ini kurang menjadi perhatian. Sebaliknya jenama tertentu pula yang dipilih walaupun tidaklah selawa mana. Ciri keselamatan dan fitur lain pun tidak hebat juga. Apakah pembeli Malaysia masih dibuai sentimen kejepunan yang menebal? Apakah kurang promosi daripada pihak Naza Kia sendiri?

Sekarang, tidak perlulah kita bersembang panjang lagi, di bawah ini saya senaraikan sebab kenapa Kia Rio Sedan layak digelar sebagai model segmen-B paling ‘underrated’ di Malaysia yang sepatutnya diberikan peluang dan ruang oleh anda semua.

1. REKABENTUK LUARAN GAYA EROPAH

Kecantikan memang subjektif, tetapi kecantikan Kia Rio Sedan sudah tidak subjektif lagi. Mungkin bukan cita rasa anda, tetapi ia tidaklah sampai menjelikkan. Agak pelik jika ada orang mengatakan sedan ini tidak cantik. Malah, ia lebih cantik daripada sesetengah sedan lain dalam kelas sama yang boleh dikatakan agak ‘overrated’.

Gril ‘hidung harimau’ yang diapit sepasang lampu depan gemuk mengingatkan saya tentang model kereta penumpang buatan Chevrolet. Ia memberikan rupa depan yang seimbang, di mana imej elegan ditingkatkan menerusi kemasan krom pada gril dan perumah lampu kabus dan tepi bampar.

Cuma rekabentuk belakang agak bogel dan mungkin lebih menyerlah jika ada sedikit kemasan krom sama yang diletakkan melintang di mana-mana. Tetapi apapun, masih menarik juga. Dari sisi, garisan lekuk tajam sepanjang tepi badan, gerbang roda dan bampar membuatkan personaliti kereta ini lebih bernyawa selain mampu menyerlahkan efek siluet mempesonakan ketika di jalanan.

2. DALAMAN MINIMALIS DAN ELEGAN

Inilah rekaan papan pemuka yang menepati maksud minimalis dan elegan. Mudah difahami, mudah dicapai, mudah digunakan dan paling penting ia disusun kemas dan teratur daripada suis dan ventilator penyaman udara, butang audio, tuas lampu dan signal, dan punat kawalan di stereng.

Sekilas pandang, anda sudah tahu semua fungsi instrumen papan pemuka tersebut walaupun sebelum ini anda mungkin cuma pernah memandu sebuah kereta lama yang masih menggunakan perakam kaset. Apa yang paling menarik hati ialah stail butang tetapan penyaman udara yang direka di luar rekaan konvensional. Panel meter menampilkan kluster dot-matriks dengan paparan odometer, spidometer dan tolok minyak serta suhu dengan paparan jelas, tajam dan mudah dibaca berserta informasi trip perjalanan.

Punat di stereng menyediakan fungsi tetapan audio, sambungan Bluetooth dan kawalan jelajah. Sudut stereng boleh dilaraskan ke atas, bawah atau ditarik keluar mengikut kesesuaian posisi memandu anda. Lengkap!

3. CIRI DALAMAN LENGKAP

Walaupun tanpa skrin sentuh, tetapi panel audio sedan ini sudah lebih daripada cukup untuk menghiburkan rutin memandu anda dengan ciri audio lengkap seperti radio, cakera padat (CD), MP3, RDS, Bluetooth, 6 pembesar suara berserta auksiliari dan sambungan USB.

Malah anda ada simpanan memori sebanyak 800mb untuk fail MP3. Jika satu fail lagu format MP3 bersaiz 4mb, kiralah berapa banyak lagu yang boleh anda simpan. Layanlah sampai pengsan.

Hitam menjadi warna utama kabin yang membuatkan suasana dalaman agak redup. Segalanya serba hitam dengan sedikit cuitan perak pada roda stereng, konsol gear, ventilator penyaman udara, panel audio dan hendal pintu. Supaya tidak nampak bosan dan kaku, fabrik kerusi digayakan dengan corak seakan bentuk sulaman.

4. KESELAMATAN TIP-TOP

Inilah sebab kenapa saya katakan Kio Rio Sedan sebagai sedan paling underrated di Malaysia dan sepatutnya diberikan lebih peluang memeriahkan jalan raya negara ini.

Bukan dua atau empat, Kia Rio Sedan didatangkan standard dengan enam beg udara dan turut dibekalkan sistem keselamatan aktif seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Daki Bukit (HAC). Kereta ini juga memiliki sistem pemantau tekanan tayar, signal berhenti kecemasan, pintu terbuka automatik apabila berlaku impak dan pintu terkunci automatik, termasuk ciri keselamatan asas lain seperti ISOFIX dan sensor parkir.

5. PEMANDUAN LANCAR, JIMAT DAN TENANG

Enjin Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT dengan transmisi automatik 4-kelajuan mampu memberikan anda pengalaman pemanduan yang lancar, tenang dan meyakinkan. Kuasa 108hp dengan tork 137Nm begitu sesuai untuk membawa keluarga anda ke mana-mana dengan selamat tanpa perlu mengurut dada kerana lambat ‘pikap’ atau kereta tiba-tiba memecut laju dengan buas.

Dengan isian tangki 43 liter, penggunaan minyak Kia Rio Sedan boleh dikatakan menjimatkan dan mampu bersimpuh sebaris dengan pesaing lain dalam kelas sama. Sistem suspensi menggunakan strut MacPherson di depan dan gandar kilas rasuk berganda (couple torsion beam axle – CTBA) di belakang. Tayar saiz 185/65 R15 ditampung rim aloi 8-bilah bersaiz 15-inci dengan rekaan serba sederhana.

Anda boleh pilih empat warna sama ada Signal Red (merah), Bright Silver (perak), Deep Blue (biru gelap) atau Clear White (putih). Rasanya, merah paling memikat hati.

6. HARGA MENARIK

Harga atas jalan, termasuk insurans di Semenanjung ialah RM75,888, manakala di Sabah (RM77,402), Miri (RM77,918) dan Kuching (RM77,109). Anda juga diberikan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Harga sudah cukup menarik dan jaminan pun ada. Apa lagi yang mahu dirisaukan?


SPESIFIKASI

KIA RIO SEDAN

ENJIN 1.4 Gamma MPI DOHC CVVT
TRANSMISI Automatik 4-kelajuan
KUASA 108hp@6,300rpm
TORK 137Nm@4,200rpm
SUSPENSI Strut MacPherson (depan); Gandar Kilas Rasuk Berganda/Couple Torsion Beam Axle – CTBA (belakang)
RIM & TAYAR Aloi 15-inci & 185/65/R15
CIRI Lampu utama jenis mentol MFR, lampu siang (DRL), lampu belakang kombi jenis mentol, lampu kabus belakang, cermin filem gelap, cermin sisi boleh laras elektrik, kluster meter dengan komputer trip, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), sistem audio dengan 6 pembesar suara, soket kuasa 12V, penyaman udara manual, upholsteri fabrik, ketinggian kerusi pemandu boleh laras, kerusi belakang boleh lipat 60:40, stereng boleh laras, Stereng Kuasa Pacuan Motor (MDPS), roda stereng dengan punat kawalan, kunci pintu sentral
CIRI KESELAMATAN 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Daki Bukit (HAC), ISOFIX, sensor parkir, kunci pintu terbuka automatik apabila impak, pintu terkunci automatik ikut kelajuan
HARGA Semenanjung (RM75,888); Sabah (RM77,402); Miri (RM77,918); Kuching (RM77,109) * Semua harga termasuk insurans, tertakluk terma dan syarat
WARANTI 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

GALERI

Kia Kia Rio Sedan Naza Kia Pandu uji pandu uji Kia Rio Sedan Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

19/03/2026
Lepas Malaysia buat baju raya khas
Auto Terkini

Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

19/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

15/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026

5 Comments

  1. Andi on 03/02/2017 21:13

    Saya guna Rio Sedan-X. Model ni ada skrin 7 inci, seat kulit dan skirting. Dgn spot rim dan 4 disc brek model ni tak la mahal jika nk dibanding krete jepun sekelas dgn nya.

    Reply
    • Shyla on 24/02/2018 23:16

      Spare part dia mhl x..sbb sya bercadang nk bli kia rio..rmai org ckp xbgs

      Reply
      • liya Kia on 19/12/2018 22:22

        Spare parts semua standard price.. Insyaallah tidak mengecewakan..
        hubungi saya untuk rio sedan.. rm58on the road includes body kits..0182167996..☺️

        Reply
  2. ilzun on 08/01/2020 10:08

    ada sape² nak jual rim stended model ni murah² ke?sekali dengan tayar lagi cun..area lembah klang

    Reply
  3. Darien on 07/02/2020 12:23

    Kerata kia Rio makan minyak?? sebab saya nak beli tapi kwn bagi tau minyak kuat makan ..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.