Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Peugeot 508 Facelift (2015)
Pandu Uji

PANDU UJI: Peugeot 508 Facelift (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/02/20162 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_06

KALI pertama saya memandu Peugeot 508 pada 2013. Pada waktu itu, ia adalah salah satu kenderaan segmen D yang disukai. Selepas hampir tiga tahun, saya sekali lagi diberi peluang memandu uji Peugeot 508 versi naik taraf (facelift).

Secara peribadi, model versi facelift itu adalah evolusi terbesar bagi barisan model berkenaan. Walaupun penampilannya tampak hampir sama seperti sebelumnya, namun terdapat beberapa perubahan dari segi kosmetik.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_13LUARAN

Melihat dari hadapan, ia tampak lebih berani dengan kehadiran lampu depan signatur Peugeot yang menggunakan teknologi LED sepenuhnya.

Malah gril juga ‘diatur’ semula dengan rekaan menegak yang memberikan pandangan lebih luas selain penggunaan bonet mendatar.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_01

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_11    Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_08

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_03    Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_16

Logo Peugeot yang sebelum ini diletakkan atas bonet hadapan kini beralih pada bahagian tengah gril. Walaupun tampak ringkas, saya suka dengan perubahan ini. Rekabentuk ditawarkan kini kelihatan lebih sporty selain gayanya yang elegan dan berkualiti.

Bahagian belakang juga tidak kurang hebat. Rekaan lampu belakang masih lagi mengekalkan signatur Peugeot iaitu kuku singa.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_22DALAMAN

Memasuki ruangan kabin pula, saya dapati Peugeot turut melakukan perubahan. Antaranya penggunaan kemasan keras dan lembut berkualiti tinggi bagi meningkatkan imej mewah.

Selain itu, Peugeot sebelum ini meletakkan tolok kawalan butang audio di belakang stereng sedikit menyukarkan capaian bagi pemandu namun kini ia diletakkan atas stereng.

Sudah pasti ia memudahkan lagi operasi kawalan audio. Ruangan papan pemuka pula masih tampak ringkas dan tersusun. Cuma apa yang saya agak terkilan adalah bahagian konsol tengah yang mempunyai ruangan simpan barang agak kecil.

PRESTASI

Beralih ke ruangan prestasi, ia menggunakan enjin 1.6L pengecas turbo (THP) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 163hp pada 6000rpm dan tork 240Nm (1,400 – 4,250rpm)

Apa, hanya dijana enjin 1.6L saja? Biar betul! Saya percaya ramai akan meragui kemampuannya kerana ia adalah satu-satunya kenderaan segmen D yang menggunakan enjin sesaran 1.6L, sedangkan pesaingnya menggunakan enjin 2.0L ke atas.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_12

Tapi, jangan sekali-kali menghina keupayaan enjin kecil ini kerana ia mampu memberikan pecutan yang luar dugaan. Buktinya, penghasilan tork seawal 1,400rpm mampu mengalahkan jentera Jepun dengan kapasiti 2.0 liter.

Untuk mendapatkan kelajuan 180kmj tidak menjadi penghalang baginya. Cuma enjin perlu bekerja lebih keras untuk memberikan terbaik saat pedal ditekan.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_05PEMANDUAN

Sepanjang pemanduan, saya tidak pernah kecewa dengan kawalan stereng Peugeot. Ia begitu ringan dan responsif serta melalui jalan selekoh cukup menyenangkan untuk kereta saiz ini.

Tetapi bunyi angin agak kedengaran dari dalam kabin apabila memandu pada kelajuan tinggi. Namun ia dapat diatasi dengan menaikkan suara audio sambil menikmati lagu rancak.

Pandu_Uji_Peugeot_508_pandulajudotcom_07

Selain itu, ia juga menjalankan tugas dengan baik. Hampir tidak ada kondisi jalan yang tidak diserap dengan baik. Menggunakan suspensi topang Macpherson di bahagian hadapan dan multi-arm dibelakang, kelembutan suspensi dan kestabilan adalah kenikmatan yang dihadiahkan sedan Peugeot bagi penumpang kabinnya.

Secara kesimpulan, saya merasakan masih ada terdapat beberapa bahagian lagi yang perliu dinaik taraf sekiranya mahu bersaing dengan model segmen D lain.

Walau bagaimana, ia tidaklah mengecewakan. Jika lakukan lagi beberapa perubahan itu, saya yakin jenama ini mampu diterima ramai dan pergi lebih jauh. Tak percaya, pandu uji sendiri.

SPESIFIKASI

Peugeot 508 THP

ENJIN 1.6 liter cas turbo
KUASA MAX 165PSp@6,000rpm
TORK MAX 240Nm@1,400-4250rpm
TRANSMISI 6-kelajuan Tiptronic automatik
KESELAMATAN 6 beg udara, ESP, ABS, EBD, EBA, ASR, DSC, ISOFIX dan BLISS
HARGA RM173,888 (Termasuk insurans)

Facelift Pandu uji Perancis Peugeot 508 THP Segmen D Test Drive
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.