Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Peugeot 308 THP (2015) – Penampilan Baharu Lebih Menarik
Pandu Uji

PANDU UJI: Peugeot 308 THP (2015) – Penampilan Baharu Lebih Menarik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comKALI pertama bertentang mata Peugeot 308 baharu, saya cukup teruja melihat keterampilannya yang tampak lain daripada generasi sebelum ini. Secara spontan saya menyebut ‘wow, cantik pula Peugeot ni’.

Kehadiran model ini nyata membuatkan saya ingin mengenalinya lebih dekat. Bukan saja terpikat dengan rekaan luaran malahan ciri baharu ditampilkan cukup menarik dan menepati cita rasa generasi-Y.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comItulah reaksi pertama saya sebaik ‘ditemukan’ bersama Peugeot 308 THP dalam satu sesi pandu uji media dari Subang, Selangor ke Tanjong Jara, Terengganu, baru-baru ini.

Sebelum mengulas dengan lanjut, lebih baik saya nyatakan dahulu beberapa fakta menarik mengenai Peugeot 308 baharu ini.

TAHUKAH ANDA:

  • Peugeot 308 adalah 140kg lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.
  • Ia sudah menjalani ujian sejauh 2.5 juta km;
  • 2,500 jam ujian getaran dan cuaca;
  • 250,000 ujian kitaran penghawa dingin dan;
  • 4.3 juta kali ujian tekanan skrin sesentuh

Maka tidak hairanlah model Segmen-C dari Perancis ini dianugerahkan Kereta Tahunan Eropah 2014.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.com    Peugeot 308 THP - Pandulaju.com

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comLUARAN – Menarik

Melihat keseluruhan tubuh badan Peugeot 308, ia tampak lebih mantap dan menarik. Berbanding model terdahulu, boleh dikatakan hampir keseluruhan rekaannya diubah.

Sekilas pandang, ia memiliki tubuh badan garang, seksi dan elegan beserta teknologi baru. Jika melihat dari jauh pula, rekaannya tampak seakan model Volkswagen Golf generasi baharu.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comBagi mereka yang pertama kali bersua, saya yakin anda mungkin tidur tak lena, mandi tak basah dek terbayang ‘tubuh badannya’ yang seksi.

Mudah kata, ia bukan saja cantik dipandang, malah ia turut menampilkan prestasi dan rekaan cukup mengagumkan.

Penampilan gril radiator dengan kemasan krom yang ditambah bersama lampu utama LED siang penuh seakan kelopak mata membuatkan ia tampak lebih macho.

Rekaan lampu belakang berbucu tajam dengan tiga barisan menegak mampu memukau sesiapa saja melihatnya. Garis lekuk pada kedua-dua bahagian sisi juga jelas terserlah keteguhan jentera ini tampak lebih aerodinamik.

Tambah menarik, ia juga hadir dengan padanan rim aloi 18 inci Sapphire bersama pasangannya iaitu tayar Michelin 225/40 R18.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comDALAMAN – Dipenuhi ciri pintar

Menerjah ruangan dalaman, gabungan ciri sport warna gelap dan krom memberikan gaya eksklusif selain ruangan papan pemuka tampak padat dan ringkas. Rekaan dalaman yang dikenali sebagai Peugeot i-Cockpit direka untuk memberikan aspek keselesaan kepada pengguna.

Ruangan kokpit memuatkan skrin sentuh definisi tinggi (HD) 9.7 inci bersama enam pembesar suara Arkmays.

Bukan saja sebagai alat hiburan dengan fungsi striman (streaming) audio, skrin sesentuh berkenaan turut bertanggungjawab sebagai pengawal penyaman udara, bantuan pemanduan seperti kamera undur, bantuan parkir pintar dansambungan Bluetooth. Kawalan sistem audio juga disambungkan ke stereng untuk memudahkan pemandu mengendalinya.

Antara ciri lain yang boleh didapati adalah bumbung panoramik, kemasukan pintar tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Lebih istimewa, meter RPM 308 THP adalah ‘terbalik’ berbanding yang biasa iaitu bacaan dari kanan ke kiri. Cuba anda perhatikan betul-betul. Sudah pasti ia memberikan satu kelainan berbanding model lain.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comPRESTASI – Berkuasa

Di sebalik bonet, terbenam nadi 1.6L turbo skrol berkembar tekanan tinggi (Twin Scroll Turbo High Pressure) dengan suntikan terus yang menghasilkan kuasa 150hp pada 5,000rpm dan tork puncak 240Nm (1,450rpm).

Bersama transmisi automatik 6-kelajuan dengan mod Sports dan Tiptronic dari Aisin Jepun, kelajuan maksimum boleh dicapai sehingga 211kmj. Manakala penggunaan bahan api pula mencatatkan 6.5L per 100km. Dalam bahasa mudah, satu tangki penuh (53L) boleh mencapai sehingga 800km.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comSepanjang mengendalikan jentera ini, hamburan kuasa disalurkan nyata tidak mengecewakan biarpun hanya dijana unit enjin bersesaran 1.6L. Namun, saya merasakan kuasa turbo yang ciba disampaikan seakan tidak begitu terasa dan lambat bertindak.

Sejujurnya tidaklah terasa susah mahu mencapai kelajuan 220kmj tetapi ia perlu bekerja keras untuk mengecapinya. Yalah, mampu mengecapi sesuatu perlulah usaha, kalau tidak sampai bila-bila pun tidak akan dapat.

Bunyi angin pula agak kedengaran dari dalam kabin apabila memandu pada kelajuan tinggi. Jika mahu atasi, naikkan saja suara audio sambil menikmati lagu rancak. Kawalan stereng pula tidak mengecewakan saya dan mengikut segala arah yang diingini.

Apabila mengambil selekoh, suspensi menjalankan tugas dengan baik. Kestabilan ini adalah hasil ‘kerjasama’ suspensi depan yang menggunakan Pseudo-McPherson bersama Deformable Cross Member pada suspensi belakang.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comKESELAMATAN – 5-Bintang Euro NCAP

Kata orang, tidak lengkap kesempurnaan kereta sehebat ini jika tidak merumuskan ciri keselamatan yang disediakan. 308 THP sudahpun mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada EURO NCAP.

Antara aspek keselamatan yang dimiliki 308 adalah menerusi kehadiran enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Daki Mula.

Dijual pada harga RM132,888 (termasuk insurans dan GST), kesemua model Peugeot hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Pengguna turut ditawarkan lima warna menarik iaitu Pearl White, Nera Black, Rouge Red, Mocha Brown dan Artense Grey.

Peugeot 308 THP - Pandulaju.comPANDANGAN PERIBADI

Secara peribadi, saya merasakan peugeot sudah mengotakan janjinya dan berjaya mengubah persepsi masyarakat yang kini semakin mendapat tempat di hati peminatnya.

Jika berkemampuan, tidak salah sekiranya saya akan membelinya sebagai kereta harian. Kereta bagus barulah beli, kalau tak bagus puji macam mana pun tiada gunanya.

Jadi, apa tunggu lagi. Pandu uji segera untuk dapatkan ‘feel’ sendiri memandu jentera dari Perancis ini.

SPESIFIKASI:

ENJIN 1.6L turbo skrol berkembar tekanan tinggi (Twin Scroll Turbo High Pressure)
KUASA MAKSIMUM 150hp@5,000rpm
TORK MAKSIMUM 240Nm@1,450rpm
KAPASITI TANGKI 53L
KELAJUAN MAKSIMUM 211kmj
0-100KMJ 9.4 saat
HARGA RM132,888 (termasuk insurans dan GST)

Nasim Sdn Bhd Pandu Uji Peugeot 308 THP Peugeot Peugeot 308 THP Subang Tanjong Jara Volkswagen Golf
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.