Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Hyundai i30 Sport (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Hyundai i30 Sport (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/03/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pandu Uji Hyundai I30 SPORTSeronok balik kampung bersama cewek baru. Namun lebih menyeronokkan lagi dapat memandu kereta baru. Diakui Hyundai i30 1.8L Sport yang dipandu uji kali ini mampu mencuit perasaan sesiapa yang melihatnya.

Mana tidaknya, ramai yang bertawaf mengelilingi kereta di mana sahaja saya berhenti. Ternyata mereka tertarik dengan lenggok badan i30. Ibarat sedang melihat awek berkemban yang baru naik dari mandi di sungai.

LUARAN – Rekaan Fluidic Sculpture

Dibangunkan di Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah, Russelsheim German, i30 hadir menerusi rekaan fluidic sculpture dengan kejuruteraan moden menjadikan ia tampak sporty dan menarik.

P1250238P1250254    P1250243

P1250282  P1250236  P1250235  P1250240P1250232Bukan saja tampak sporty, kehadiran garisan sisi membuatkan i30 bersifat aerodinamik untuk membelah angin ketika beraksi di jalan raya.

Lebih menyerlah, ia turut dipadankan dengan gril radiator berbentuk haksagon pada bampar hadapan selain kehadiran rim aloi 17 inci yang tampak lebih menarik. Padanan lampu belakang yang tampak garang bersama lampu isyarat LED pada spoiler menambahkan lagi impaknya yang tersendiri.

DALAMAN – Moden dan Lebih Luas

Memasuki perut kabin pula, i30 tampak ringkas tetapi moden dengan kehadiran beberapa ciri pintar. Meter kluster TFT Supervision dengan gabungan grafik berwarna putih dan biru menambahkan lagi gaya kemodenan i30. Susunan butang-butang kawalan di ruangan papan pemuka turut memudahkan ia mudah dikendalikan.

P1250276Selain itu, antara elemen lain turut diselitkan dalam ruangan kabin adalah roda stereng dengan butang kawalan audio, sistem bantuan parking, butang penghidup enjin bersama kunci pintar dan bumbung panoramik.

Lebih mengagumkan berbanding generasi sebelumnya, ruangan kabin i30 adalah lebih luas dengan tapak roda 2,650mm, menjadikan ia antara paling panjang dalam kelasnya.

P1250270P1250291    P1250290

P1250301  P1250294  P1250293  P1250250Pandu Uji Hyundai I30 SPORTPenambahan dimensi melibatkan panjang keseluruhan yang meningkat sebanyak 20mm dan lebar (+5mm). Manakala ruangan simpan barang adalah seluas 378L. Sekiranya mahukan ruang lebih besar, tempat duduk belakang boleh dilipatkan sepenuhnya yang menawarkan keluasan sehingga 1,316L, iaitu peningkatan 10 peratus berbanding generasi terdahulu.

PRESTASI – Dua Varian

Berbanding di pasaran luar negara, Hyundai menawarkan kapasiti enjin 1.4L dan 1.6L. Malah turut tersedia enjin diesel. Namun begitu di Malaysia hanya satu kapasiti enjin yang ditawarkan iaitu 1.8L dengan dua pilihan varian.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea, i30 hadir dalam dua varian iaitu 1.8L Executive dan 1.8L Sport yang masing-masing dijual pada harga RM127,888 dan RM132,888 (atas jalan termasuk insurans). Kedua-duanya hanya dibezakan dengan kehadiran bodykit pada varian sport.

Pandu Uji Hyundai I30 SPORTEnjin petrol NU 1.8L MPI bersama sistem DVVT menjadi nadi penggerak utama i30. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 148hp@6,500rpm dan tork puncak 178Nm(4,700rpm).

Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang berbeza, i30 disertakan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Normal dan Sport. Setiap mod pemanduan adalah berbeza mengikut kondisi jalan dan kehendak pemandu itu sendiri.

PENGALAMAN PEMANDUAN

Sepanjang mengemudi jentera Korea ini, prestasinya boleh dikatakan agak memuaskan baik semasa memandu di lebuh raya atau pun mendaki bukit. Cuma kuasa yang disampaikan sedikit mengaum ketika didesak untuk lebih laju.

Begitu juga saat mendaki bukit yang memerlukan enjin i30 bekerja keras. Kadang kala kuasa yang dihantar terasa sedikit lewat membuatkan saya terpaksa menukar ke gear rendah untuk lebih pikap.

Pandu Uji Hyundai I30 SPORT    Pandu Uji Hyundai I30 SPORT

Pandu Uji Hyundai I30 SPORT    Pandu Uji Hyundai I30 SPORTSatu perkara membanggakan saya terhadap i30 ini adalah keyakinan tanpa rasa goyang dengan adanya ciri stereng Flex Steer memberi ia satu bonus. Pengendalian dan kawalan stereng agak tepat serta stabil selain mampu memberikan cengkaman meyakinkan.

Tidak melupakan aspek keselamatan, i30 dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan seperti enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Bantuan Brek (BAS), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM) dan lampu isyarat kecemasan.

Hadir dengan jaminan lima tahun atau 300,000km perbatuan (mana tiba dulu), i30 menawarkan tujuh pilihan warna menarik; Black Bean, Brilliant Red, Coffee Bean, Creamy White, Dazzling Blue, Hyper Silver dan Sleek Silver.

Biarpun i30 masih tidak banyak kelihatan bergerak di jalan raya, namun bukan bermakna ia tidak bagus. Secara peribadinya, saya merasakan i30 perlu bersaing hebat dengan pesaingnya lain.

Mungkin faktor harga membuatkan pengguna mempunyai pilihan lain yang harganya sedikit rendah. Apa-apapun, i30 adalah model yang masih relevan bagi mereka yang mahukan model hatchback buatan Korea itu.

Pandu Uji Hyundai I30 SPORTSPESIFIKASI:

HYUNDAI I30 SPORT

ENJIN NU 1.8L MPI bersama sistem DVVT
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 148hp@6,500rpm
TORK MAKSIMUM178Nm@4,700rpm
CIRI-CIRI ABS, ESP, BAS, VSM, bumbung panoramik dan sistem kunci pintar
HARGA RM132,888

Hyundai i30 1.8L Hyundai i30 Executive Hyundai i30 Sport i30 preview i30 Previu Meter kluster TFT Supervision Pandu Uji Hyundai i30 Pandu Uji Hyundai i30 Executive Pandu Uji Hyundai i30 Sport Pusat Teknikal Hyundai Motor Eropah Rekaan Fluidic Sculpture Russelsheim German Test Drive Hyundai i30
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.