Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pameran Kenderaan Komersial Dijangka Meriahkan Lagi KLIMS’18 di MITEC, KL
Auto Terkini

Pameran Kenderaan Komersial Dijangka Meriahkan Lagi KLIMS’18 di MITEC, KL

Han OthmanBy Han Othman16/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) edisi ke-9 kali ini menampilkan lebih banyak pilihan buat pengunjung selain kenderaan penumpang, kereta konsep, kereta eksotik dan motosikal. ini kerana pengilang dan pengedar kenderaan komersial turut turun padang mempamerkan model kenderaan masing-masing sempena KLIMS’18 nanti .

KLIMS’18 juga terdapat autocade kenderaan komersial kepada mereka yang mahu membeli kenderaan untuk sektor perniagaan bagi memenuhi keperluan perniagaan.

BACA >>> Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Kembali Gegar, Kini di Lokasi Baru – MITEC

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, kemunculan sektor e-dagang menyaksikan peningkatan permintaan pengangkutan bagi tujuan penghantaran barang, dan industri makanan dan minuman, misalnya kenderaan komersial seperti ‘food truck’.

“Bagi menyokong ekonomi enjin Malaysia, kenderaan komersial ialah komponen penting dalam rangkaian pembekal. KLIMS’18 bakal memperkenalkan pelbagai model kenderaan komersial untuk sektor perniagaan dan orang awam,” katanya.

JUALAN KENDERAAN KOMERSIAL MENINGKAT

Mengikut data terkini MAA, jumlah kenderaan komersial baharu yang didaftarkan di Malaysia untuk separuh tahun pertama 2018 (hingga Jun 2018) ialah 28,671 unit, manakala jumlah kenderaan komersial dikeluarkan dan dipasang di Malaysia sepanjang tempoh sama ialah 19,623 unit.

Pada 2017, jumlah jualan dan pengeluaran kenderaan komersial masing-masing berjumlah 61,956 unit (berdaftar) dan 40,081 unit (dikeluarkan dan dipasang di Malaysia). Jumlah pengeluaran dijangka meningkat pada 2018 bagi memenuhi permintaan pasaran. Kenderaan komersial ini ialah termasuk trak, ‘prime movers’, pikap, van panel dan bas.

BACA >>> Art of Speed Malaysia 2018: Jom ke Pameran Kustom Automotif di MAEPS! (28 & 29 Julai)

Peningkatan permintaan kenderaan komersial itu disokong keupayaan trak pikap yang serba boleh, termasuk kemampuan pengangkutan trak dan ‘prime movers’ sebagai pengangkutan jarak jauh. Jadi, trend ini membuka peluang kepada OEM untuk menawarkan model dalam pelbagai varian dan facelift.

ISUZU, TATA MOTORS


Isuzu Malaysia ialah antara pengeluar kenderaan komersial yang bakal turut dalam KLIMS’18 yang akan mempamerkan enjin Diesel 1.9L ‘BluePower’ sempena KLIMS’18.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, enjin diesel baharu itu menawarkan penggunaan bahan api efisien dan juga berprestasi tinggi.

Selain Isuzu, pengeluar dari India, Tata Motors juga menyertai KLIMS’18 yang kini berada di bawah pengedar sah, DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn. Bhd. (DHCV).

Pelbagai produk Tata akan dipamerkan sepanjang pameran 10 hari itu seperti pikap kecil Tata Super Ace, trak Ultra dan prime mover Prima. Semua model itu direka khas untuk pelanggan kenderaan komersial moden, yang didatangkan dengan prestasi unggul, kabin bertaraf antarabangsa, penyimpanan berkapasiti high load dan konfigurasi body-load fleksibel.

Pameran lain yang dijangka menarik minat pengunjung di KLIMS’18 ialah MSM Metal Industries Sdn Bhd, iaitu syarikat kejuruteraan logam dan OEM Contract Manufacturing yang mengeluarkan kelengkapan dapur dan alatan fabrikasi untuk food truck bergerak.

MSM Metal Industries kini sedang membina robot berketinggian 20 kaki daripada logam dan bahan automotif terpakai, dinamakan ‘Tanker’ dan akan dipamerkan buat kali pertama sempena KLIMS’18.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSM Metal Industries, Charles Chan berkata, Tanker ialah projek pertama yang dijayakan jurutera syarikat itu menggunakan besi buruk dan bahan automotif terpakai yang ada di kilang.

ANJURAN MAA, LOKASI MITEC

KLIMS’18 dianjurakan MAA, dan dijadualkan berlangsung bermula 23 November – 2 Disember 2018, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan tema ‘Beyond Mobility’.

KLIMS’18 mengesahkan penyertaan syarikat automotif tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan rangkaian produk terkini, trend dan teknologi di pasaran daripada kereta konsep hingga kenderaan penumpang, kenderaan komersial, dan motosikal, termasuk aksesori dan produk penjagaan automotif.

Sebarang maklumat lanjut mengenai KLIMS’18 boleh layari laman web KLIMS.com.my, atau hubungi Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd di talian: 03-7842 9863 atau e-mel info@trade-link-group.com.

FAKTA RINGKAS KLIMS’18

Penganjur: Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Pengurus Pameran: Trade-Link Exhibition Services Sdn Bhd
Tarikh Pameran: 23 November – 02 Disember 2018
Tempat: Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia
Laman Web: KLIMS.com.my
Facebook: Facebook.com/klims.com.my
Instagram: Instagram.com/klims18
Twitter: Twitter.com/klims_my
Tanda Pagar: #KLIMS2018 #BeyondMobility

Auto Terkini KLIMS'18 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Pameran Auto Pameran Motor Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

12/05/2026
YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
Auto Terkini

YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

11/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.