• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Art of Speed Malaysia 2018: Jom ke Pameran Kustom Automotif di MAEPS! (28 & 29 Julai)

Art of Speed Malaysia 2018: Jom ke Pameran Kustom Automotif di MAEPS! (28 & 29 Julai)

July 28, 2018 By Azhan O Leave a Comment

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPADA penduduk Lembah Klang atau sesiapa saja peminat dunia permotoran yang tidak ke mana-mana hujung minggu ini, bolehlah datang bersama keluarga atau rakan ke acara Art of Speed Malaysia 2018 kali ke-7 yang berlangsung pada 28 (hari ini) dan 29 Julai ini, dibuka jam 10 pagi hingga 7 malam di MAEPS Serdang.

Harga tiket masuk ke acara yang mendapat tajaan Petronas itu ialah RM15 untuk bayaran masuk biasa bermula jam 11am-7pm, manakala bayaran bagi akses khas 'Speed Lane' ialah RM30 bermula jam 10pm-7pm. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula ialah percuma!

APA MENARIK?

Ada banyak acara menarik Art of Speed Malaysia 2018 kali ini. Rasanya kalau setiap reruai dikunjungi secara santai sambil menyertai beberapa aktiviti dianjurkan, memang sehari suntuk juga baru selesai. Memang berbaloi dan puas hati beb!

Berikut kami senarai aktiviti dan pameran menarik yang boleh anda nikmati di Art of Speed Malaysia 2018:

  • Pameran motosikal dan kereta custom.
  • Pameran pengeluar motosikal terkenal di Malaysia seperti Modenas, Kawasaki, Honda, Ducati, Triumph, Indian Motorcycle, Norton.
  • Pameran motosikal dan kereta vintaj seperti Yamaha RX-S, Yamaha RX-K, Suzuki GS1000E, Honda Cub dan Volkswagen Beetle, MINI Cooper, Toyota Levin AE86 dan banyak lagi.
  • Aktiviti, permainan dan peraduan - Melukis, permainan arked, cabutan bertuah
  • Hot Wheels - Dapatkan koleksi edisi khas ulangtahun ke-50
  • Aneka aksesori motosikal seperti helmet, jaket, kemeja-T, kasut, but,  topi dan jeans.
  • Barangan pengumpul (collector items), dan alat ganti kenderaan vintaj dan rare
  • Makanan dan minuman.

Bagi kami, fokus utama acara ini semestinya kelibat aneka motosikal kustom kerana semua jentera tersebut tidak dapat kita lihat atas jalan raya biasa. Ini termasuk model-model vintaj dan rare yang siap direstorasi menggunakan alat ganti tulen daripada pengeluar asal.

Kalau anda mengaku peminat permotoran true, memang kena datang! Siapa nak luang masa bersantai bersama keluarga dan rakan, inilah masanya!

GALERI

Artikel Berkaitan

89
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Art of Speed Malaysia 2018, Auto Terkini, Hot Wheels, Pameran Auto, Pameran Kustom, Petronas, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my