Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nombor Pendaftaran GM 1 Dibida Lebih RM1.3 Juta, Kedua Tertinggi dalam Rekod JPJ
Auto Terkini

Nombor Pendaftaran GM 1 Dibida Lebih RM1.3 Juta, Kedua Tertinggi dalam Rekod JPJ

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.

NOMBOR pendaftaran khas GM 1 dilelong pada harga RM1,300,777, sekali gus menjadi bidaan kedua tertinggi di Malaysia bagi 2025.

Plat siri ‘GM‘ adalah singkatan kepada ‘Gemilang Malaysia’, dan dibuka untuk bidaan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini melalui sistem rasmi JPJeBid.

Simbol Prestij, Eksklusif

Nilai tinggi dicatatkan membuktikan status eksklusif pendaftaran siri khas seperti ‘GM’, yang mana gabungan huruf ‘GM’ dengan nombor tunggal ‘1’ menjadi rebutan ramai pembida kerana dianggap lambang prestij, kuasa dan identiti tersendiri di jalan raya.

Sama seperti siri terdahulu, seperti ‘GOLD 1‘ dan ‘FF 1‘, plat istimewa terus menjadi tumpuan golongan pengumpul dan pemilik kenderaan mewah yang mahu menonjolkan status unik.

Kedudukan Senarai Plat Termahal

Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.
Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.

Bagi 2025, rekod bidaan tertinggi masih dipegang GOLD 1 dengan nilai RM1.5 juta, dan, kini ‘GM 1‘ berada di tangga kedua dengan RM1.3 juta, mengatasi beberapa siri istimewa lain yang turut mencatat ratusan ribu ringgit dalam sistem bidaan JPJ.

Sambutan Hangat Nombor Pendaftaran Istimewa

Fenomena bidaan plat unik di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Dengan sistem JPJeBid, proses bidaan dijalankan secara telus dan terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja membida asalkan sanggup membayar harga tinggi untuk nombor idaman.

Nombor pendaftaran bernilai jutaan ringgit itu bukan sekadar hiasan kenderaan, tetapi menjadi aset koleksi dan simbol kebanggaan kepada pemilik kenderaan itu.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJeBid Nombor Pendaftaran Istimewa nombor plat Nombor Plat GM 1
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.