Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Tunjuk Demo Fungsi Teknologi AWD e-4ORCE Guna Kereta RC
Auto Terkini

Nissan Tunjuk Demo Fungsi Teknologi AWD e-4ORCE Guna Kereta RC

Abang HirataBy Abang Hirata04/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA keseronokan bermain kereta kawalan jauh atau kawalan radio (RC) adalah cara mainan itu dipasangkan daripada kit terurai hingga aspek modifikasi.

Lebih mengujakan adalah menyaksikan kereta RC itu meluncur laju atas trek khas dan bersaing dengan lawan lain. Selain keseronokan tersebut, kereta RC juga mengajar prinsip asas cara motor elektrik menggerakkan kenderaan. Konsep itu sedikit sebanyak dapat memudahkan pemahaman kita mengenai kereta elektrik berfungsi.

BACA >>> Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah

Baru-baru ini Nissan memperkenalkan kereta RC, e-4FORCE yang bukan dibikin untuk berlumba atau dijual.

Kereta itu dihasilkan bagi menunjukkan cara teknologi kawalan semua roda (AWD) e-4ORCE menawarkan pengendalian hebat dan pemanduan atas pelbagai permukaan jalan. Kereta itu menggunakan badan Ariya, iaitu model Nissan pertama ditawarkan dengan e-4ORCE dan dipasangkan motor elektrik di depan dan belakang.

Trek khas digunakan berbentuk lapan dalam pelbagai permukaan jalan bagi menunjukkan keupayaan teknologi e-4ORCE mengekalkan laluan pemanduan (driving line) dan kebolehkendalian.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Berikut ciri teknologi kawalanAWD e-4ORCE:

  • Teknologi e-4ORCE meningkatkan keyakinan memandu dengan mengesan laluan pemanduan diingini atas pelbagai permukaan jalan tanpa perlu menukar gaya atau input memandu.
  • Contohnya, apabila melalui selekoh bersalji, kenderaan dapat mengesan laluan ingin dilalui berdasarkan kawalan koordinasi motor depan dan belakang, serta sistem brek.
  • Sistem e-4ORCE berfungsi mengawal output kuasa dan prestasi pembrekan untuk kelancaran dan kestabilan pemanduan.

Berikut ciri kereta RC e-4ORCE:

  • Kereta e-4ORCE menggunakan empat motor elektrik, iaitu satu setiap roda.
  • Menerusi teknologi kawalan dibangunkan untuk kereta RC, keadaan pemanduan diawasi sensor yang dipasangkan pada kereta, manakala daya pemanduan setiap motor dikawal berasingan.

  • Operasi pemanduan kereta RC dibuat seperti permainan arked, siap dengan pedal pecutan, stereng dan kerusi boleh senget.
  • Monitor yang disambungkan pada kamera kereta membolehkan pemandu rasa seperti memandu kereta sebenar.

Demonstrasi teknologi itu dibuat di ibu pejabat Nissan di Yokohama pada 18 hingga 21 Mac lalu.

BACA >> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!
BACA >> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

aksesori Auto Terkini e-4ORCE Kereta Kawalan Jauh (RC) Kereta Kawalan Radio (RC) Nissan Nissan e-4ORCE Nissan e-4ORCE RC car Roda4 Teknologi e-4ORCE
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.