Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Sentra (2023) Lancar di AS, Harga Mula RM89k
Roda4

Nissan Sentra (2023) Lancar di AS, Harga Mula RM89k

Abang HirataBy Abang Hirata26/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK seperti dahulu, sudah ada pengeluar yang mengurangkan penawaran kereta sedan di pasaran tempatan. Contohnya,  Nissan tidak lagi menawarkan Sylphy dan Teana yang masing-masing berada dalam segmen-C dan D. Jadi, sedan yang tinggal cuma Almera dengan rekabentuk moden dan bergaya serta dipacu enjin 1.0L Turbo.

Walaupun tidak bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla di pasaran tempatan, Sylphy masih mampu menjadi model terlaris di China pada 2022 yang boleh dianggap pencapaian hebat memandangkan China ialah pasaran automotif terbesar dunia.

Di Amerika Syarikat (AS) pula Nissan Sylphy dikenali sebagai Sentra. Sejak mula dijual pada Januari 2020, kini tiba giliran model itu diperbaharui sebagai versi dipertingkat (facelift).

Nissan Sentra (2023) kekal membawa gaya ‘abang besar’ seperti Altima dan Maxima. Mungkin strategi berbeza, Sylphy di China sudahpun ada versi rupa baharu dengan bahagian depan tampil seragam seperti Versa (2023).

Dari segi penawaran, ada tiga varian utama Nissan Sentra (2023), iaitu Sentra S, Sentra SV dan Sentra SR. Sedan ini dijana enjin MR20DD 2.0L berkuasa 149hp @ 6,000rpm dan tork 198Nm @ 4,000rpm, serta dipadankan transmisi Xtronic CVT.

Semua varian Nissan Sentra (2023) dilengkapi pakej bantuan pemandu Nissan Safety Shield 360 dengan teknologi Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA) dan Brek Belakang Automatik (ARB).

Teknologi lain diberikan adalah Peringatan Pemandu Pintar (IDA), dan Pemantau Pandang Keliling Pintar (IAVM), manakala Kawalan Jelajah Pintar (ACC) pula dilengkapi pada varian terpilih.

Bahagian dalaman dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh 7 inci untuk varian S, dan 8 inci (SV dan SR), termasuk konektiviti Bluetooth, Apple CarPlay, Android Auto, Siri Eyes Free, pengecaman suara Google Assistant dan satu port USB di depan.

Nissan Sentra SV dan SR ada tambahan radio satelit SiriusXM dan tambahan dua port USB, satu Type-C di depan dan satu Type-A di konsol tengah (pengecas sahaja).

Bahagian kluster instrumen dimuatkan paparan multi-info 4.2 inci untuk Sentra S dan paparan Advanced Drive-Assist 7 inci pada Sentra SV dan SR.

Sebagai varian paling premium, Sentra SR tampil sporty dengan rim 18 inci, gril V-motion krom gelap dan kemasan hitam pada cermin sisi, spoiler bawah, skirt sisi bawah, muncung ekzos krom, balutan dalam fabrik dengan sulaman oren.

Turut dilengkapi lampu depan dan lampu kabus LED, stereng dan tombol gear balutan kulit, kawalan suhu dwi-zon automatik dan penghidup enjin kawalan jauh.

SR Premium Package pula lebih lengkap dengan bumbung suria, balutan Prima-Tex, kerusi pemandu boleh laras 6-tetapan, kerusi depan dengan pemanas, sistem audio Bose Premium dan lain-lain.

Nissan Sentra S (2023) dijual pada harga AS$20,050 (RM89,920), AS$21,270 (RM95,380) untuk Sentra SV dan AS$22,940 (RM102,870) bagi Sentra SR.

BACA >>> Renault, Nissan Perkukuh Kerjasama di India, 6 Model Baharu Bakal Lancar, 2k Peluang Kerja!
BACA >>> ETCM Lancar Nissan LEAF (2023), Harga RM168k, Tawar Program Langganan RM1.8k Sebulan!

Nissan Sentra (2023)
Nissan Versa (2023)
Nissan Nissan Sentra Nissan Sentra 2023 Roda4 Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit Menjelang Penentuan Akhir

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.