Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»ETCM Lancar Nissan LEAF (2023), Harga RM168k, Tawar Program Langganan RM1.8k Sebulan!
Roda4

ETCM Lancar Nissan LEAF (2023), Harga RM168k, Tawar Program Langganan RM1.8k Sebulan!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize10/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan model kenderaan elektrik (EV) Nissan LEAF (2023) baharu pada harga RM168,888.

Hatchback ini ialah versi kemas kini model generasi kedua yang diperkenalkan di Malaysia pada 2019.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan LEAF Jadi Hibrid AWD ‘Kacuk’ Enjin Kawasaki Ninja ZX-10R
BACA >>> Peranti Power Mover Nissan LEAF Mampu Jadi Generator Jana Kuasa Elektrik Hingga 10 Jam

Nissan LEAF juga ialah EV pertama dihasilkan secara massa sejak diperkenalkan secara global pada 2010 dan kini menjadi antara model EV terlaris dunia dengan jualan lebih 600,000 unit.

Berikut perincian Nissan LEAF (2023) yang didatangkan sebagai model import sepenuhnya (CBU):

Trenkuasa, Bateri Nissan LEAF (2023)

Nissan LEAF (2023) dijana unit motor tunggal di roda depan yang menghasilkan kuasa 110kW (148hp) dan tork 320Nm dengan pecutan 0-1000kmj sepantas 7.9 saat.

Hatchback EV ini juga dilengkapi pek bateri litium-ion 40kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 311km untuk setiap cas penuh.

Ada tiga opsyen pengecas disediakan:

  • CHAdeMo – Pengecasan pantas (DC) dengan kadar cas maksima 50kW
  • Type 2 – Pengecas AC dengan kadar cas maksimum 6.6kW
  • Kabel Type 2 – Pengecas mudah alih yang boleh dipasang pada soket elektrik 3-pin.

Pengecas DC mampu mengecas 0-100 peratus kira-kira 1 jam. Pengecasan AC dari kotak dinding pula mengambil masa mengecas selama 7 jam, manakala kabel AC dengan soket 3-pin memerlukan kira-kira 12 jam.

Rekabentuk Nissan LEAF (2023)

Rekabentuk Nissan LEAF (2023) dipertingkat dengan gril depan hitam berserta logo Nissan baharu, dan lampu depan bersepadu dengan lampu siang (DRL) LED.

Bampar hadapan direka semula, manakala bahagian belakang diberikan kit aero spoiler gaya baharu, dan difuser bawah bampar kini berwarna kelabu, bukan lagi biru.

Model ini menggunakan rim aloi 5 jejari 17 inci dengan penampilan lebih agresif untuk menunjukkan gaya dan sporty.

Warna

Nissan LEAF (2023) hadir dengan bumbung hitam dan tujuh pilihan warna, iaitu Stealth Grey, Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl atau Midnight Black. 

Harga, Waranti Nissan LEAF (2023)

Pelanggan boleh mendapatkan Nissan LEAF (2023) pada harga RM168,888, tidak termasuk cukai jualan, cukai jalan, dan insurans), dengan waranti  3 tahun atau 100,000km, termasuk waranti bateri litium-ion selama 8 tahun atau 160,000km.

Menurut ETCM, dengan selang servis 20,000km, Nissan LEAF (2023) hanya memerlukan RM300 setahun bagi kos penyelenggaraan.

Program Langganan Nissan LEAF

Jika terlalu mahal, ETCM menawarkan Program Langganan LEAF. Dengan Program Langganan, tiada bayaran pendahuluan diperlukan dan pemilik hanya perlu membayar ansuran bulanan RM1,800 untuk kontrak 3 tahun, tidak termasuk penyelenggaraan).

Pembeli Nissan LEAF (2023) boleh mendapatkan keahlian JomCharge selama 12 bulan secara percuma (bernilai RM600) untuk mengecas EV mereka di stesen cas awam (107 pengecas AC Type 2 dan 30 pengecas pantas DC CHAdeMO dengan 600 kredit seluruh negara), termasuk filem gelap sejuk percuma bernilai RM2,200.

pelanggan yang memilih program langganan turut berpeluang menikmati diskaun 50 peratus untuk pemasangan filem gelap, dan subsidi RM300 bagi keahlian JomCharge selama 12 bulan.

Selain itu, ETCM turut menawarkan pemilik Nissan LEAF (2023) menggunakan model Nissan terpilih seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) X-Trail, kenderaan pelbagai guna (MPV) Serena dan trak pikap Navara. serta 23 hari setahun secara percuma, tertakluk terma dan syarat.

Dalam tempoh tiga tahun pertama pemilikan untuk tujuan balik kampung atau keperluan pengembaraan lain.

BACA >>> Nissan LEAF (2023) Versi Dipertingkat Lancar 10 Mac Ini, Harga RM168,888!
BACA >>> #BikinKereta: Nissan LEAF Jadi Hibrid AWD Kacuk dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-10R

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Langgan Nissan Leaf 2023 Roda4
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.