Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Qashqai 2025 Masuk Singapura, Hibrid Ringan Bukan e-POWER, Daripada SGD193k (RM632k)
Auto Terkini

Nissan Qashqai 2025 Masuk Singapura, Hibrid Ringan Bukan e-POWER, Daripada SGD193k (RM632k)

Abang HirataBy Abang Hirata08/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Nissan Qashqai 2024 Eropah

SINGAPURA boleh menjadi wakil negara Asia Tenggara dalam penawaran model-model terkini dan canggih.

Ini kerana Singapura terlebih dahulu menerima model baharu dan banyak juga yang tidak dibawa masuk ke pasaran Asia Tenggara lain.

Model yang dijual di Singapura tidak perlu menunggu unit pemasangan tempatan (CKD) dan boleh terus dibawa dari negara pengeluar.

Persekitaran di sana tidak boleh disamakan dengan negara-negara Asia Tenggara lain. Industri automotif bukan keutamaan Singapura.

Contoh terbaru Singapura di hadapan negara jiran lain apabila Tan Chong Motor Sales (TCMS) memperkenalkan Qashqai rupa baharu dari generasi ketiga.

Qashqai tampil bergaya dan model terdahulu disambut baik pengguna Singapura dengan jualan melebihi 10,000 unit.

Qashqai generasi ketiga yang dilancar pada 2021 sudah pun menarik dan model rupa baharu lebih menonjol dengan rekaan depan yang lebih agresif.

Model rupa baharu ini ibarat Qasqhai baharu sepenuhnya dan tidak mewakili status model kitaran hayat pertengahan.

Apa yang menarik , walaupun Singapura menjadi ‘habitat’ model e-POWER seperti Kicks, X-Trail, Note dan Serena, tidak untuk Qashqai yang menggunakan rangkaian kuasa hibrid ringan (gambar artikel merujuk kepada Qashqai e-POWER Eropah).

Tidak pasti mengapa namun penggunanan bahan api juga bagus iaitu 6.2 liter per 100 kilometer (l/km).

Apabila bercakap mengenai Singapura, harga kereta dan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bukan main. Sekali lagi pemilikan kenderaan tidak dibentuk sebagai keperluan utama oleh pemerintah.

Qashqai Premium dijual pada harga SGD192,888 (RM632,027) dan SGD202,888 (RM664,831) untuk Qashqai Prestige. Harga ini termasuk pelbagai diskaun dan sehingga 19 Februari.

Sementara Qasqhai sudah rasmi di Singapura, terdapat beberapa keping gambar Qashqai ditutup dengan pelekat ditemui di Thailand. Adakah ini unit kajian untuk Asia Tenggara?

Ciri-ciri Nissan Qashqai 2025 Singapura:

Rangkaian kuasa

  • HR13 1.3L turbo hibrid ringan.
  • 158 ps@ 5,500 rpm, 270Nm @ 1,800 – 3,750 rpm.
  • Transmisi Xtronic CVT.
  • 6.2L/100km.
  • 3 mod (Eco / Standard / Sport)
  • Kapasiti tangki 55L.

Dimensi

  • 4,425 mm (p) x  1,835 mm (l) x 1,625 mm (t).
  • Jarak roda: 2,665 mm.

Suspensi

  • Depan MacPherson.
  • Belakang torsion beam.

Luaran

  • Rim 18 inci (Premium), 19 inci (Prestige).

Dalaman

  • Stereng bentuk D.
  • Kerusi balutan kulit Nappa.
  • Balutan bumbung kelabu (Premium) hitam (Prestige).
  • Lampu ambien boleh ubah (Prestige).
  • Skrin 12.3 inci.
  • Skrin meter digital berwarna 12.3 inci (Prestige).
  • HUD 10.8 inci (Prestige).
  • Pad pengecasan tanpa wayar (Prestige).
  • Sistem bunyi dengan 6-pembesar suara (Premium).
  • Sistem bunyi premium Bose® dengan 10 pembesar suara dan subwufer (Prestige).
  • Lantai kargo 2-tier dengan pembahagi (Prestige).
  • Ruang bagasi 504L.

Sistem keselamatan

Qashqai Premium & Prestige

  • Brek Kecemasan Pintar dengan Amaran Perlanggaran Hadapan & Pengesanan Pejalan Kaki
  • Monitor Pandangan Sekeliling Pintar dengan Pengesanan Objek Bergerak
  • Amaran Titik Buta
  • Amaran Keluar Lorong
  • Intervensi Lorong Pintar
  • Amaran Lintas Belakang
  • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Kewaspadaan Pemandu Pintar
  • Bantuan Mula Bukit
  • Bantuan Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Eksklusif untuk Qashqai Prestige

  • Brek Kecemasan Automatik Belakang dengan Pengesanan Pejalan Kaki
  • Kawalan Jelajah Pintar
  • Lampu Pemanduan Adaptif

Nissan Qashqai e-POWER 2024 (Eropah):

Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024 Eropah
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan nissan qashqai
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.