Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Lancar Teana Facelift di Thailand dengan Harga Keras
Roda4

Nissan Lancar Teana Facelift di Thailand dengan Harga Keras

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN pada 1 November lalu melancarkan Teana versi dipertingkat (facelift) di Thailand. Menariknya, Nissan memutuskan memperbaharui Teana L33 berbanding menjenamakan semula  (rebadge) Altima generasi ke-6 versi Amerika Syarikat (AS). Ini bermakna jangka hayat Teana L33 masih lagi panjang sejak dilancarkan pada 2013.

Teana versi Thailand ini mirip Altima rupa baharu yang dilancarkan di AS pada 2016. Walaupun kitaran pasaran kenderaan Jepun biasanya 5-6 tahun, Nissan mampu menggubah semula Teana dengan baik. Wajah depan kini tampak lebih dramatik dengan lampu, bampar, fender dan bonet baharu. Gril V-Motion dikemaskan dan dipadankan dengan lampu utama agresif berbentuk boomerang.

BACA >>> Nissan Altima (2019) Akan Perkenal Enjin 2.0L Turbo dengan Sistem AWD

Nissan turut melengkapi Teana dengan fungsi penghidup enjin kawalan jauh yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dan penyaman udara dari luar kenderaan.

NISSAN INTELLIGENT MOBILITY

Nissan Altima SR versi AS (2016)
Nissan Altima versi AS (2017)
Nissan Altima SR versi AS (2016)

Turut dilengkapkan ialah teknologi pintar Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada pelbaga ciri keselamatan seperti Monitor Pandangan Keliling (IAVM) dengan Pengesan Objek Bergerak (MOD), Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).

Teana ini masih menggunakan trenkuasa lama, iaitu enjin 2.5L QR25DE dan 2.0L MR20DE dengan transmisi XTRONIC CVT. Ada 6 pilihan warna: Radiant Red (merah, warna baharu), Deep Iris Gray (kelabu), Storm White (putih), Black Star (hitam), Brilliant Silver (perak),dan Grayish Bronze (gangsa).

Teana versi Negara Gajah Putih itu dipasarkan pada harga:

  • 2.0XE – ฿1,339,000 (RM 170,915)
  • 2.0XL – ฿1,426,000 (RM182,020)
  • 2.0XL Navi – ฿1,476,000 (RM188,402) 
  • 2.5XV Navi – ฿1,674,000 (RM213,675), paling premium.

Harga agak ‘keras’ jika dibandingkan pesaing seperti Honda Accord, Kia Optima GT, Volkswagen Passat dan Toyota Camry yang baru dilancarkan di negara kita. Tambahan pula dua model popular, Accord dan Camry dilengkapi teknologi bantuan pemandu seperti Honda Sensing dan Toyota Safety Sense.

Jadi, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kemungkinan besar akan menawarkan Teana versi Altima AS dengan rekabentuk serba baharu dan dilengkapi teknologi canggih yang setara pesaing lain di pasaran.

BACA >>> Nissan Altima (2018) di AS Naik Harga dengan Tambahan Ciri, Teana Malaysia Bakal Menyusul?

Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Nissan Nissan Altima Nissan Teana Nissan Teana Thailand Nissan Thailand Roda4 Thailand
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.