Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT
Roda4

Nissan Juke (2023) Masuk Australia, Tiada Hibrid, Cuma Enjin 3-Silinder 1.0L dan Transmisi DCT

Abang HirataBy Abang Hirata01/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN Nissan GT-R yang hadir tepat pada masa, satu lagi model, iaitu Nissan Juke (2023) berjaya menarik perhatian ramai dengan rekabentuk unik dan tersendiri.

Hubungan antara dua model tersebut diperkukuh apabila Nissan mengeluarkan projek ‘gila’, iaitu Nissan Juke-R edisi terhad dengan enjin GT-R!

BACA >>> Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) ‘UK Spec’ dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!
BACA >>>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!

Nissan Juke diperkenal pada 2010 dan usia model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini sudah melepasi sedekad selepas generasi kedua diperkenalkan pada 2019 yang kekal dalam rekabentuk unik.

Terbaharu, Nissan memperkenalkan Nissan Juke (2023) untuk pasaran Australia. Di sana, SUV subkompak itu kekal dalam lima varian: ST, ST+, ST-L, ST-L+ dan varian premium, Ti atau Ti Energy Orange.

Berikut fakta mengenai Nissan Juke (2023) versi Australia:

  • Bersama rekabentuk ranggi, Nissan Juke (2023) tidak memerlukan banyak perubahan dan Nissan cuma memperkenalkan dua warna baharu menyerlah, iaitu Ceramic Grey (kelabu) dan Magnetic Blue (biru) menggantikan Vivid Blue.
  • Dua varian, ST dan Juke ST+ menggunakan rim aloi 17 inci baharu, manakala ST-L mendapat kemasan hitam dalam kabin dan kerusi kulit dengan sulaman benang putih. Varian ST-L, ST-L+ dan Ti turut diberi lapik but baharu.
  • Selain kosmetik, varian seperti ST-L, ST-L+ dan Ti dipertingkat dengan teknologi dan ciri baharu seperti kunci pintar.

  • Sistem stereo premium BOSE dengan sepasang pembesar suara UltraNearfield dipasang pada penyandar kepala dan kerusi depan. ST-L+ dan Ti juga mempunyai dua lagi pembesar suara di belakang, yang menjadikan 10 unit keseluruhan.
  • Enjin pasaran Australia ini tidak menerima pakej hibrid seperti Eropah, tetapi kekal dengan enjin 3-silinder 1.0L Turbo HR10DDT DIG-T berkuasa 113hp dan tork 180Nm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.
  • Walaupun tanpa trenkuasa hibrid, enjin masih ekonomikal dengan kadar penggunaan petrol 5.8 liter per kilometer mengikut kitaran kombinasi Australia ADR81/02.

Nissan Juke (2023) akan berada di bilik pameran Nissan Australia pada awal 2023 yang dijual pada harga bermula A$28,390 (RM85,030) hingga A$36,890 (RM110,495).

Buat peminat di Malaysia, berbeza Nissan Juke generasi pertama yang dibawa masuk melalui pengimport bebas, sejujurnya penulis masih belum terserempak Nissan Juke baharu di negara kita.

BACA >>> Enjin 3-Silinder 1.5L VC-Turbo Nissan Terpilih Antara 10 Enjin Terbaik 2022!
BACA >>> Giliran Filipina Dapat Nissan Kicks e-POWER dalam Versi LHD, Harga Mula RM96.4k!

Nissan NIssan AUstralia Nissan Juke Nissan JUKE 2023 Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.