Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) ‘UK Spec’ dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!
Auto Terkini

Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) ‘UK Spec’ dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!

Han OthmanBy Han Othman17/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JANGAN panggil diri peminat kereta sejati jika tidak pernah meminati Nissan GT-R yang dianggap antara supercar ikonik dan terbaik pernah diperkenalkan Jepun kepada dunia.

Sejak diperkenalkan pada 2007 sebagai versi prestasi untuk Skyline, Nissan kemudian memutuskan menghasilkan produk khas dengan tanda nama GT-R untuk model prestasi tinggi, manakala Skyline pula dikhaskan untuk model sport mewah. Sejak itu, pelbagai edisi Nissan GT-R dikeluarkan di pasaran yang menjadi buruan ribuan peminat supercar pasaran Jepun (JDM).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Tauke King’s Char Kuey Teow (King’s CKT), Azra Aizat adalah antara sekian banyak penduduk di Malaysia yang menjadi pemilik Nissan GT-R. Namun, apa yang membezakan Azra dan pemilik Nissan GT-R lain adalah beliau bertuah dapat memiliki Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) yang dikeluarkan dengan spesifikasi khas.

Jangan keliru dengan perkata ‘Black Edition’ yang biasa digunakan sesetengah pengeluar untuk model khas dengan penampilan serba hitam. Ini kerana Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) milik Azra ini bermaksud model GT-R versi ringan kerana dipasang banyak komponen gentian karbon.

APA SPESIAL GT-R INI?

Malah, Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) milik usahawan itu ialah model spesifikasi UK dengan enjin 3.8L V6 yang dinaik taraf Tahap 4 (Stage 4) dengan talaan enjin daripada tuner Litchfield, manakala sistem ekzos penuh Akrapövic.

Antara komponen dinaik taraf ialah injektor dan pam bahan api. Selepas mendapat talaan tambahan sentuhan tuner Malaysia, hasilnya adalah output kuasa 720hp dan tork lebih 800Nm, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas di bawah 3 saat!

Modifikasi luaran lain dibuat adalah menaik taraf sistem brek, iaitu menukar cakera brek dan pad brek buatan AP Racing, manakala tayar jenis Michelin Pilot Sport Cup 2 supaya dapat menampung kelajuan baharu yang dihasilkan. Kaliper brek Brembo masih asal dari kilang, cuma dicat semula untuk mengembalikan seri. Rim turut ditukar baharu, tetapi masih original Nissan!

Ruang dalaman masih mengekalkan kerusi Recaro dengan aksen merah hati, dan kemasan karbon pada panel pintu, papan pemuka dan sekeliling ventilator penyaman udara, termasuk menukar unit infotainmen asal yang kecil kepada jenis vertikal dengan saiz skrin lebih besar.

Apa yang menarik lagi, Azra mendakwa supercar Nissan ini memang dipandunya sebagai kereta harian sambil sesekali turun mengasah trek di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Azra mendakwa membeli model edisi khas tahun 2016 ini pada 2021 dengan harga RM498,000. Jangan terkejut harga model sama tahun tersebut kini sudah menjangkau lebih RM600,000 dan lebih mahal jika unit itu keluaran 2017 dan 2018! Ini kerana ia sudah dihentikan pengeluaran. Siapa cakap kereta tidak boleh dibuat pelaburan?

Sedikit mengenai personaliti Azra, beliau mula membuka King’s CKT seawal 2011 yang kini sudah mencecah lebih sedekad. Menurutnya, ibunya memang terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman yang mana minat terhadapa dunia tersebut mula timbul pada usianya 19 tahun.

Ketika itu pelbagai makanan dijual seperti burger, roti john, ayam goreng dan akhir sekali ialah char kuetiau yang menjadi tarikan ramai peminat hingga dianugerahkan ikon pelancongan daripada Kerajaan Negeri. King’s CKT juga mencatat rekod dalam Malaysia’s Books of Records kerana menyediakan 1,000 pinggan char kuetiau dalam masa sejam pada Hari Terbuka sempena pembukaan premis restoran itu pada 2019.

Apa yang spesial makan di King’s CKT adalah aneka pilihan char kueutiau yang bukan hanya berlauk udang dan kerang sahaja. Tetapi King’s CKT turut menyediakan pilihan menu char kuetiau berlaukkan sotong, kambing (lamb chop), makanan laut, daging, dan ayam panggang.

Daripada tiga tenaga kerja, termasuk dirinya, Azra kini memiliki 45 staf bagi menguruskan kelancaran King’s CKT. Selamat maju jaya kepada Azra dan restorannya. Jangan lupa tonton video penuh Abang Gan lenjan Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) sampai 200mph (lebih 300kmj)!

BACA >>> Nissan GT-R Nismo (2022) – 300 Unit Habis Ditempah Dalam Masa 3 Bulan
BACA >>> Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula

Auto Terkini Azra Aizat King;s CKT King's Char Kuey Teow Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Litchfield Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) Roda4 Supercar videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

09/06/2026
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Auto Terkini

Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.