Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
Autotainment

Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) sangat popular dan semakin menjadi trend masa kini, terutama kalangan pembeli berkeluarga. Selain bersaiz besar dan tinggi, penampilan SUV juga lebih lasak dan sporty, sekali gus membuatkan ia lebih diminati berbanding kenderaan pelbagai guna (MPV) yang nampak tua dan membosankan.

Namun ramai tidak tahu, rupa lasak SUV di pasaran hari ini rata-ratanya cuma kosmetik. Ya, tidak semua SUV boleh digunakan untuk pemanduan lasak seperti meredah laluan off-road dan ekstrem. Jika mahu beli SUV off-road sejati, anda mungkin pertimbangkan 4WD (pacuan empat roda) lebih sesuai.

4WD BUKAN SUV JUGA KE?

Betul, apabila disebut 4WD, ia sebenarnya merujuk kepada kenderaan dengan bentuk badan SUV juga. Ini kerana sistem pacuan asal SUV dulu sememangnya 4WD sebelum dipopularkan menjadi SUV ‘kosmetik’ seperti mana kita kenal hari ini.

Jadi dari pemahaman istilah automotif masa kini yang mahu kita bincangkan dalam artikel ini, SUV ialah segmen kenderaan sama seperti kereta biasa, atau lebih spesifik sepatutnya dipanggil crossover. Sebaliknya 4WD ialah SUV off-road sejati. Trak pikap? Jenis kenderaan ini biasanya lebih dikenali sebagai 4×4 (four-by-four). Fahamkan?

Jika anda masih lagi keliru antara SUV dan 4WD, anda boleh klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Apakah Perbezaan 4WD dan 2WD? Bagaimana pula 4×4, 2×4 dan AWD?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?
BACA >>> Kenali Jenis 4WD dan 2WD, Ada yang Sama Tapi Tidak Serupa

JALAN RAYA VS OFF-ROAD

Kemampuan off-road SUV seperti X70 tidaklah sehebat 4WD sebenar.

Sekarang anda dalam dilema sama ada hendak beli SUV atau 4WD?

Tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar mahukan kereta untuk kegunaan off-road? Kebiasaannya, SUV besar dilengkapi mod off-road untuk menambahkan traksi dan keselamatan ketika melalui jalan tidak berturap. Jika setakat itu saja fungsinya, SUV masih pilihan sesuai.

Kalau hari-hari kena redah jalan macam ini, memang sesui sangat beli 4WD.

Dalam kondisi jalan berbatu dan perlu kerap mendaki, sistem mekanikal 4×4 ataupun 4WD sangat diperlukan kerana anda boleh menukar gear ‘Hi-Range’ dan ‘Lo-Range’ mengikut kesesuaian. 4WD biasanya ada pelindung dan komponen tahan lasak yang mampu menahan hentakan kuat seperti batu atau kerikil dengan lebih baik.

Bagi situasi ini, sudah tentu 4WD pilihan terbaik.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Gear Hi-Range 4WD dan Lo-Range 4WD

KEBOLEHAN MENUNDA (TOWING)

Jika anda mahu menunda kenderaan atau objek berat hingga 2,500kg, kebanyakan SUV besar ada kebolehan ini. Sila periksa kapasiti menarik maksimum SUV pilihan anda untuk kepastian. 

Bagaimanapun, jika anda mahukan kereta untuk kerja berat (heavy-duty), misalnya menunda kenderaan besar seperti trailer, maka SUV bukan pilihan sesuai. Hanya kenderaan 4WD dilengkapi kemampuan menunda kenderaan yang jauh lebih berat. Malah, kebanyakan SUV tidak mampu menunda kenderaan dalam situasi jalan off-road.

DIESEL VS PETROL 

Enjin diesel mempunyai lebih kuasa dan sesuai untuk melakukan kerja berat berbanding enjin petrol. Kebanyakan kenderaan SUV menggunakan enjin petrol, tetapi ada juga yang didatangkan dengan varian diesel seperti Mazda CX-5. Ini berbeza kenderaan 4WD yang kebanyakannya menggunakan enjin diesel.

MODIFIKASI DAN AKSESORI

Menggunakan kereta untuk kegunaan lasak memerlukan aksesori tambahan. Kebanyakan aksesori untuk pemanduan off-road mudah didapati untuk kenderaan 4WD berbanding SUV, seperti snorkel untuk merentas sungai, aneka bar sekeliling bampar depan atau belakang, dan gear mekanikal. 

Namun, ada juga pengeluar menghasilkan aksesori off-road untuk SUV tertentu seperti Subaru Forester, tetapi tidaklah sehebat 4WD jika anda memang mahu memandu off-road secara serius.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, anda perlu fahami tujuan sebenar memiliki SUV atau 4WD. Jika anda hanya mahukan kenderaan untuk pemanduan bandar dan sekali-sekala perlu menempuh laluan mencabar seperti permukaan jalan tidak berturap di luar bandar, SUV sebenarnya sudah cukup bagus.

Sebaliknya, jika anda memang sentiasa melakukan aktiviti lasak sama ada tujuan kerja atau aktiviti sosial, maka 4WD adalah jenis kenderaan terbaik buat anda.

Bagaimanapun, jika anda pembeli atas pagar yang risau kenderaan 4WD tidak cukup selesa untuk membawa keluarga besar, kereta 4WD seperti Toyota Land Cruiser dan Fortuner adalah pilihan baik kerana masih menawarkan keselesaan dan kemampuan 4WD.

Kalau nak selamat, pandu ujilah dulu.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?
BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

SUMBER: PracticalMotoring.com.au

4WD autotainment AWD Kenderaan Utiliti Sukan Kenderaan Utitili Sukan (SUV) off-road pacuan empat roda perbandingan SUV tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.