Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Move Your World: Misi Toyota ke Arah Automotif Lebih Hijau, Bebas Karbon
Autotainment

Move Your World: Misi Toyota ke Arah Automotif Lebih Hijau, Bebas Karbon

Han OthmanBy Han Othman08/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RAKYAT Malaysia bakal meraih manfaat mobiliti hijau menerusi pelaksanaan visi baharu Toyota dengan slogan ‘Move Your World’ (Anjakkan Duniamu) untuk seluruh pasaran Asia Pasifik.

Ini bermakna Toyota Malaysia juga tidak terkecuali menikmati produk mobiliti masa depan dalam usaha Toyota meneroka sistem dan perkhidmatan baharu dengan mensasarkan pemilikan kereta lebih selesa berbanding biasa.

DNA LUMBA DENGAN MODEL GR DITERUSKAN

Bagi peminat automotif serius, Toyota akan meneruskan pelaksanaan DNA trek lumba pada produk jalanan untuk model prestasi GR yang mengujakan menerusi hasil kajian dan pembangunan (R&D) Toyota GAZOO Racing (TGR).

Barisan model GR baharu juga baru saja dilancarkan baru-baru ini yang kekal meneruskan warisan permotoran Toyota dengan inovasi dan solusi baharu di bawah tekanan pertandingan dan kepelbagaian kondisi jalan.

PRODUK KARBON NEUTRAL

Dalam menjayakan misi sifar karbon, Toyota merancang memperkenalkan produk elektrifikasi untuk kepelbagaian gaya hidup pengguna menerusi pengenalan pelbagai barisan model.

Di Malaysia misalnya, Toyota percaya produk hibrid (HEV) adalah pilihan paling mampu milik dan terjangkau kepada pemilik kenderaan untuk meneroka pengembaraan mengurangkan emisi karbon.

Tahun ini, Toyota Corolla Cross Hybrid akan menyertai barisan HEV lain Toyota. Memang tak sabar!

PERGI LEBIH JAUH DENGAN ‘EXTRA MILE’

Toyota juga mahu menumpukan aspek keselamatan dan kemampuan pelanggannya menerusi program ‘Extra Mile’ yang menawarkan  perkhidmatan terbaik dari segi pemilikan dan servis selepas jualan.

Buktinya adalah pakej menarik ditawarkan menerusi ‘Extra Mile’ seperti berikut:

  • Pakej Insurans Toyota: menawarkan perlindungan kenderaan untuk semua peringkat usia dengan pelbagai perlindungan dan servis percuma.
  • Toyora Service Savers: Membantu pemilik menyenggara prestasi kereta pada tahap optimum dengan pelan servis menarik dan menjimatkan.
  • Pakej Pembiayaan Toyota: Menawarkan pilihan pembiayaan kenderaan paling ideal yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan gaya hidup pelanggan, termasuk kadar rendah untuk kenderaan rendah karbon.
  • Toyota Loyal-T: Ganjaran perbelanjaan menerusi mata ganjaran yang dapat dikumpul jika membuat pembelian, servis atau baik pulih dan memperharui insurans dengan Toyota.
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) Toyota: Ciri baharu ini membantu pemilik menjejak kereta mereka secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi atau pelayar telefon pintar, sekali gus kekal selamat dan tenang dengan sokongan perkhidmatan ditawarkan Toyota Malaysia.

TRIVIA

Toyota sudah memberikan senyuman kepada lebih 100,000 pemilik kereta baharu (Toyota dan Lexus), termasuk jutaan kenderaan yang diservis sepanjang 2022 dengan merebut gelaran jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia selain anugerah platinum Putra Brand Award buat kali keempat.

Justeru Toyota mensasarkan mengekalkan rekod kompetitif sepanjang tahun ini dengan barisan model baharu mengujakan yang sesuatu dengan pelbagai profail pemandu.

Jom teroka visi Toyota dalam ‘Move Your World’ di Malaysia dengan layari www.toyota.com.my

Auto Terkini Move Your World Putra Brand Award Toyota Malaysia Toyota Motor Corporation UMW Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.