• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Move Your World: Misi Toyota ke Arah Automotif Lebih Hijau, Bebas Karbon

Move Your World: Misi Toyota ke Arah Automotif Lebih Hijau, Bebas Karbon

March 8, 2023 By Azhan O Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAKYAT Malaysia bakal meraih manfaat mobiliti hijau menerusi pelaksanaan visi baharu Toyota dengan slogan 'Move Your World' (Anjakkan Duniamu) untuk seluruh pasaran Asia Pasifik.

Ini bermakna Toyota Malaysia juga tidak terkecuali menikmati produk mobiliti masa depan dalam usaha Toyota meneroka sistem dan perkhidmatan baharu dengan mensasarkan pemilikan kereta lebih selesa berbanding biasa.

DNA LUMBA DENGAN MODEL GR DITERUSKAN

Bagi peminat automotif serius, Toyota akan meneruskan pelaksanaan DNA trek lumba pada produk jalanan untuk model prestasi GR yang mengujakan menerusi hasil kajian dan pembangunan (R&D) Toyota GAZOO Racing (TGR).

Barisan model GR baharu juga baru saja dilancarkan baru-baru ini yang kekal meneruskan warisan permotoran Toyota dengan inovasi dan solusi baharu di bawah tekanan pertandingan dan kepelbagaian kondisi jalan.

PRODUK KARBON NEUTRAL

Dalam menjayakan misi sifar karbon, Toyota merancang memperkenalkan produk elektrifikasi untuk kepelbagaian gaya hidup pengguna menerusi pengenalan pelbagai barisan model.

Di Malaysia misalnya, Toyota percaya produk hibrid (HEV) adalah pilihan paling mampu milik dan terjangkau kepada pemilik kenderaan untuk meneroka pengembaraan mengurangkan emisi karbon.

Tahun ini, Toyota Corolla Cross Hybrid akan menyertai barisan HEV lain Toyota. Memang tak sabar!

PERGI LEBIH JAUH DENGAN 'EXTRA MILE'

Toyota juga mahu menumpukan aspek keselamatan dan kemampuan pelanggannya menerusi program 'Extra Mile' yang menawarkan  perkhidmatan terbaik dari segi pemilikan dan servis selepas jualan.

Buktinya adalah pakej menarik ditawarkan menerusi 'Extra Mile' seperti berikut:

  • Pakej Insurans Toyota: menawarkan perlindungan kenderaan untuk semua peringkat usia dengan pelbagai perlindungan dan servis percuma.
  • Toyora Service Savers: Membantu pemilik menyenggara prestasi kereta pada tahap optimum dengan pelan servis menarik dan menjimatkan.
  • Pakej Pembiayaan Toyota: Menawarkan pilihan pembiayaan kenderaan paling ideal yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan gaya hidup pelanggan, termasuk kadar rendah untuk kenderaan rendah karbon.
  • Toyota Loyal-T: Ganjaran perbelanjaan menerusi mata ganjaran yang dapat dikumpul jika membuat pembelian, servis atau baik pulih dan memperharui insurans dengan Toyota.
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS) Toyota: Ciri baharu ini membantu pemilik menjejak kereta mereka secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi atau pelayar telefon pintar, sekali gus kekal selamat dan tenang dengan sokongan perkhidmatan ditawarkan Toyota Malaysia.

TRIVIA

putra-brand-award-logo
Toyota-Move-Your-World-Logo-Motto

Toyota sudah memberikan senyuman kepada lebih 100,000 pemilik kereta baharu (Toyota dan Lexus), termasuk jutaan kenderaan yang diservis sepanjang 2022 dengan merebut gelaran jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia selain anugerah platinum Putra Brand Award buat kali keempat.

Justeru Toyota mensasarkan mengekalkan rekod kompetitif sepanjang tahun ini dengan barisan model baharu mengujakan yang sesuatu dengan pelbagai profail pemandu.

Jom teroka visi Toyota dalam 'Move Your World' di Malaysia dengan layari www.toyota.com.my

Artikel Berkaitan

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Move Your World, Putra Brand Award, Toyota Malaysia, Toyota Motor Corporation, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my