Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Model Ducati Pertama dengan Sensor Radar, Multistrada V4 (2021) Baharu Diperkenal
Roda2

Model Ducati Pertama dengan Sensor Radar, Multistrada V4 (2021) Baharu Diperkenal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK foto acah dan imej intip, termasuk promosi diuar-uarkan tentang model touring Multistrada V4 baharu sejak setahun lalu. Kini segalanya jadi kenyataan menerusi pengenalan rasmi model itu dalam tiga varian:

  • Multistrada V4 – harga bermula £15,495 (RM84,355)
  • Multistrada V4 S – harga bermula £18,395 (RM100,105)
  • Multistrada V4 Sport – harga bermula £19,995 (RM108,860)

Dijana trenkuasa V4 baharu, Multistrada V4 (2021) memiliki casis, ciri elektronik dan rekabentuk lebih segar. Rupa fasia depan tidak perlu diulaskan lagi kerana rekabentuk sebegitu sudah lama menjadi signatur model touring Ducati sejak 2010. Cuma model kali ini tampil lebih segar.

BACA >>> Ducati Siar Foto Acah Enjin V4 untuk Model Baharu, Dipercayai Multistrada

Dengan enjin 1,158cc, rekabentuk fairing sisi dikemas kini dengan insang (gill slit) yang membantu menyuapkan udara ke belakang radiator dan menyingkirkan udara panas dari penunggang, manakala swingarm dipautkan pada kedua-dua sisi tayar belakang.

Ciri istimewa Multistrada V4 (2021) apa lagi kalau bukan kawalan jelajah (cruise control) berasaskan sensor radar depan dan belakang, yang juga model touring pertama dunia menggunakan teknologi tersebut. Sistem itu akan melaraskan pecutan motosikal mengikut halaju kenderaan disasarkan.

Radar itu berfungsi sebagai Pengesan Titik Buta (BSD) untuk mengingatkan penunggang tentang kehadiran objek yang tidak dapat dilihat mata ketika menunggang. Turut disediakan kluster instrumen TFT dengan paparan mod tunggangan Sport, Touring, Urban dan Enduro yang berfungsi menala pemetaan terotel, kuasa enjin dan tetapan suspensi.

Seperti mana model terdahulu, Multistrada V4 (2021) dilengkapi sistem bantuan penunggang teknologi tinggi seperti Kawalan Traksi, Kawalan Wheelie, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh dan Kawalan Daki Bukit (HAC).

BACA >>> Ducati Rancang Bina Enjin V4 yang Lebih Murah, dan Mudah Senggara

SPESIFIKASI

Berikut spesifikasi Multistrada V4 (2021):

  • Ducati V4 dijana enjin Granturismo 1,158cc dengan selang pemeriksaan injap 60,000km.
  • Frem aluminium monokok subfrem tiub keluli dan swingarm aluminium dua sisi.
  • Fork terbalik (USD) Marzocchi boleh laras dengan diameter 50mm dan monoshock boleh laras dengan bentangan kantilever
  • Travel 170mm (depan) dan 180mm (belakang)
  • Tayar Pirelli SCORPION Trail II saiz 120/70-19 (depan) dan 170/60-17 (belakang)
  • Sistem brek ABS Selekoh Bosch-Brembo 10.3ME
  • Brek cakera 320mm(depan), kaliper radial 4-piston Brembo
  • Lampu utama dengan lampu siang (DRL)
  • Panel instrumen skrin TFT 5 inci warna penuh resolusi tinggi
  • Sistem Multimedia Ducati (DMS)
  • Unit Unjuran Inersia  (IMU) Bosch
  • Mod Riding: Enduro, Touring, Sport dan Urban
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC)
  • Kawalan Traksi Ducati  (DTC) EVO

CIRI STANDARD

  • Fork skyhook semi-aktif Marzocchi Ducati (DSS) Evolution dengan fungsi laras automatik
  • Pilihan rim aloi atau jejari
  • Cakera brek depan 330mm (depan) dengan kaliper radial 4-piston Brembo Stilema
  • Lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) dan lampu belok Ducati Cornering Lights (DCL)
  • Penghidup bebas tangan
  • Panel instrumen TFT 6.5 inci
  • Ducati Connect dengan telefon pintar, muzik dan aplikas navigasi
  • Ducati Quick Shift (DQS) atas/bawah (up/down)
  • Kawalan Jelajah
  • Kawalan Pegun Bukit (VHC)

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa
BACA >>> #ApaNakBuat: Jiran dari Neraka Parkir Depan Rumah Kita?

autoterkini Ducati Ducati Multistrada V4 (2021) roda2 touring bike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.