Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: ‘Jiran dari Neraka’ Parkir Depan Rumah Kita?
Autotainment

#ApaNakBuat: ‘Jiran dari Neraka’ Parkir Depan Rumah Kita?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/10/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HIDUP berjiran memang nasib badan, kalau dapat yang bertimbang rasa, hidup jadi harmoni, tetapi kalau sebaliknya, hidup boleh jadi punah sengsara.

Masalah parkir bukan saja berlaku di ruang awam, tetapi juga dalam kawasan perumahan, terutama teres. Ada ramai mengeluh mengenai sikap jiran masing-masing yang tidak bertimbang rasa.

Antara perkongsian pernah tular tiga tahun lalu ialah kisah dialami pemilik Facebook, Amar Hadi yang geram dengan sikap jiran sebelah memarkir kenderaan di depan rumahnya hingga sukar hendak mengeluarkan kereta.

BACA >>> Tiada Lagi Mesin Parkir di Kuala Lumpur, Bayar Guna e-Dompet atau Aplikasi Mobil

Ada juga kisah jiran yang suka parkir bukan di kawasan rumah sendiri.  Lebih teruk, keretanya itu diparkir rapat dengan kereta kita sedangkan kawasan rumah sendiri masih luas. Ada menganggap hidup berjiran kena bertolak ansur, tetapi kadangkala kalau sudah beri muka, ada pula yang naik kepala.

JIRAN TAK MAKAN SAMAN

Mungkin anda boleh gunakan pendekatan dilakukan Baba Peeper Lim ini ketika berdepan masalah jiran sebelah (rumah bujang) yang kerap parkir di depan rumahnys. Dek sering pulang jam 3 pagi dan tiada ruang kosong hendak diparkir, maka rumah Baba selalu dijadikan tempat meletakkan kenderaan.

Menurut Baba, jiran itu akan keluar jam 2 petang dan apa yang lebih menyakitkan hati, apabila dia mengetuk rumah jiran berkenaan untuk meminta dialihkan kereta, rakan serumahnya pun tidak dapat membantu sebab masing-masing tidak kenal satu sama lain.

Malah, Baba juga pernah meninggalkan notis meminta diletakkan nombor telefon supaya boleh dihubungi, tetapi notis itu dicampak pula ke tanah dan amaran diberikan langsung tidak diendahkan.

Sudahnya, dia bertindak mengambil langkah undang-undang dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT). Walaupun kisah ini berlaku lima tahun lalu, tindakan yang sama juga boleh dilakukan kita kerana masalah tersebut kerap berlaku sampai hari ini.

BACA >>> Polis Trafik ‘Flying Kick’ Kena Siasat, Mat Motor Kena Saman!

Disebabkan kejadian berlaku dalam kawasan perbandaran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Baba menghubungi pihak berkuasa tersebut yang kemudian akan menghantar anggota bertugas ke lokasi untuk mengeluarkan notis kompaun kerana menghalang laluan.

Ini kerana kita tidak dibenarkan meletak kereta di mana-mana ruang kosong kecuali di petak disediakan PBT. Kompaun dikenakan cuma RM30, dan jika lambat dibayar atau tidak diendahkan akan meningkat kepada RM100. Namun, jiran Baba itu langsung ‘tak makan saman’ dan masih berdegil melakukan perkara sama. Jadi jalan terakhir, dia hubungi polis.

DENDA TAK LEBIH RM5,000

Mungkin ramai tidak tahu, meletakkan kenderaan di depan rumah jiran atau persekitaran hingga menyebab halangan lalu lintas adalah salah di sisi undang-undang. Berikut status dikongsikan laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

SEKSYEN 48(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987:

Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

SEKSYEN 22 AKTA KESALAHAN KECIL 1955:

Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

GUNA BUDI BICARA

Namun, sebagai langkah awal, kita disarankan menggunakan budi bicara dan berunding dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika dia enggan berunding, kita boleh menghubungi pihak majlis perbandaran atau PBT dan polis untuk menimbangkan hal berkenaan.

Jangan pula buat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan tersebut kerana ia melibatkan perbuatan jenayah. Jadi kepada anda yang mengalami masalah ‘jiran dari neraka’ dan ‘tak makan saman’ ini, gunalah saluran undang-undang yang betul.

BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?
BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak Cop Parking Ikut Undang-Undang?

apa nak buat autotainment autoterkini Jiran dari Neraka Jiran Parkir Depan Rumah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Parkir tip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Diesel Shell
    Auto Terkini

    Diesel Semenanjung Kini RM5.97 Seliter, Petrol Tanpa Subsidi Ikut Turun

    16/04/2026
    Autotainment

    #Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

    16/04/2026

    2 Comments

    1. Perodua on 13/07/2021 16:12

      Semoga semua baik2 saja

      Reply
    2. Azmer Shahar on 04/12/2021 21:27

      Depan kawasan rumah saya bukan kereta lagi tapi bas & lori pun ada yg parkir. Buat aduan majlis perbandaran, adalah perubahan untuk sementara sahaja.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.