Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MotorManiac Drift Meet Vol. 2 Himpun Lebih 10,000 Pengunjung, Perkenal Kereta Projek
Auto Terkini

MotorManiac Drift Meet Vol. 2 Himpun Lebih 10,000 Pengunjung, Perkenal Kereta Projek

Han OthmanBy Han Othman11/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

drift-motomaniac-bateriku-2

SUASANA di MotorManiac HQ malam Sabtu lalu memang ‘meletup’ apabila acara MotorManiac Drift Meet Vol. 2 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, sekali gus membuktikan jenama gaya hidup automotif itu bukan sekadar trend, tetapi sebuah pergerakan budaya yang semakin kukuh dalam arena automotif Malaysia.

Acara anjuran MotorManiac, diasaskan Wan Mikhail Faizi (Mike), sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai jenama yang membawa budaya drift, kreativiti anak muda dan gaya hidup automotif ke arus perdana.

MotorManiac – dari Komuniti Akar Umbi ke Pentas Nasional

MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Wan Mikhail Faizi (Mike)
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Wan Mikhail Faizi (Mike)

MotorManiac wujud di bawah ekosistem Bateriku.com, dan berkembang sebagai platform komuniti yang menyatukan minat terhadap kereta, sukan permotoran, hiburan dan gaya hidup moden.

Dalam sesi media, Mike berkata;

Misi kami adalah membina komuniti. Bila komuniti kuat, barulah mereka mengenali Bateriku.com dan produk kami seperti Astra Battery.”

Sejak penubuhan, MotorManiac pernah menghimpunkan hingga 300 kereta dalam satu perjumpaan, dan kini acara mereka semakin berskala festival.

Aksi Drift 22 Kereta – Lebih Teknikal, Lebih Meriah

MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2

Edisi kedua Drift Meet itu menampilkan:

  • 22 kereta drift pelbagai kelas
  • One Dream Layout – teknikal, tetapi mesra semua tahap pelumba drift
  • Persembahan B-boy
  • Jualan barangan MotorManiac
  • Taxi Ride Drift untuk pengunjung merasai pengalaman drift sebenar

Antara keunikan acara itu ialah akses drift percuma untuk pemandu drift, yang juga antara usaha besar membantu pembangunan bakat tempatan.

Mike berkata;

Kos drift memang tinggi. Kami mahu buka platform ini kepada semua, tanpa bayaran.”

MotorManiac Lancar Kereta Drift Rasmi – Sedia ke D1GP, National Drift Series

MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Nissan Silvia S15
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Nissan Silvia S15

Acara malam itu turut menyaksikan pelancaran kereta drift rasmi MotorManiac, Nissan Silvia S15 yang akan bertanding dalam:

  • National Drift Series
  • D1 Grand Prix (D1GP) Malaysia
  • King of Drift

MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Nissan Silvia S15

Kereta projek itu tampil dengan identiti penuh Astra Battery yang menandakan komitmen MotorManiac untuk terlibat secara serius dalam dunia sukan drift profesional.

Astra Battery – Bateri Teknologi Tempatan Dipercayai

Bateriku Pitstop TTDI Jaya
Bateri ASTRA Bateriku

Sebagai sebahagian ekosistem Bateriku.com, Astra Battery menjadi tulang belakang teknikal acara tersebut dengan hampir 90 peratus kereta drift menggunakan bateri Astra.

Kelebihan utama Astra Battery:

  • Waranti 8 bulan (5 bulan tukar penuh)
  • Tuntutan waranti seluruh negara melalui batterypro.com
  • Pengesahan SIRIM
  • Perlindungan kemalangan peribadi hingga RM7,000
  • Sistem ‘Drip Down Mechanic‘ – mengurangkan beban mekanik terhadap tuntutan

Menurut Mike;

Kadang-kadang sesebuah kereta rosak bukan sebab bateri, tapi mekanik yang kena marah. Dengan Astra Battery, semua tuntutan pergi terus ke ibu pejabat HQ, mekanik tak terbeban.”

Sejak 2022, Astra sudah terjual lebih sejuta unit seluruh Malaysia, kata Mike.

MotorManiac Rancang Kejohanan Drift Taraf MAM

MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2

MotorManiac kini dalam perbincangan dengan APD Serdang untuk menganjurkan sebuah kejuaraan drift rasmi yang bakal diiktiraf Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

Mike berkata;

Sudah tiba masa drift Malaysia naik level. Kami mahu bina laluan profesional untuk drifter tempatan.”

MotorManiac Bukan Sekadar Jenama, Budaya Baharu Automotif Malaysia

Dengan sokongan komuniti yang besar, kreativiti anak muda, ekosistem Bateriku.com dan teknologi Astra Battery, MotorManiac kini menjadi nadi penting dalam pembentukan budaya automotif moden di Malaysia, hasil gabungan sukan permotoran, gaya hidup, hiburan dan komuniti.

Gerakan baru bermula, dan jelas, MotorManiac sedang memecut laju ke masa depan automotif tempatan.

MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Wan Mikhail Faizi (Mike)
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Wan Mikhail Faizi (Mike)
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Wan Mikhail Faizi (Mike)
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Nissan Silvia S15
MotorManiac Drift Meet Vol. 2 | Nissan Silvia S15
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
MotorManiac Drift Meet Vol. 2
Auto Terkini MotorManiac MotorManiac by Bateriku.com MotorManiac Drift Meet Vol. 2 Nissan Silvia S15
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
Auto Terkini

Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

01/07/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

01/07/2026
Lesen memandu vokasional GDL, PSV
Auto Terkini

Selamatkan Nyawa Di Jalan Raya, ‘Pilot Darat’ Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.