Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Motor Terbang Masih Tunggu Sijil Layak Terbang, Tempahan Dibuka Serendah RM1.67j!
Auto Terkini

Motor Terbang Masih Tunggu Sijil Layak Terbang, Tempahan Dibuka Serendah RM1.67j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SALAH satu pesawat terbang terkecil, yang juga boleh dipanggil motosikal terbang, mungkin memerlukan tempoh beberapa tahun lagi untuk terbang sah di udara. Ini kerana syarikat mobiliti terbang Jetpack Aviation Speeder (JAS) masih menunggu kelulusan Badan Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan Amerika Syarikat (FAA).

Selepas diluluskan, barulah motosikal terbang dipanggil Speeder itu dibenarkan terbang ke udara dengan bantuan lapan enjin jet saiz kecil yang cukup berkuasa untuk mencapai kelajuan hampir 97kmj selama kira-kira 30 minit.

BACA >>> JetPack Aviation JB-10 – Jetpek Sebenar yang Boleh Dipakai Semua Orang
BACA >>> Speeder – Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j
BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JAS, David Mayman berkata;

Kami sedang mengusahakan sijil layak terbang untuk pensijilan eksperimen. Ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka kerana ini spesies binatang yang FAA belum pernah uruskan.”

Rekabentuk asal Speeder terdiri daripada empat turbin, tetapi produk akhir akan dilengkapi lapan turbin, iaitu dua unit setiap penjuru motosikal yang menawarkan ciri keselamatan melalui lewahan (overflow).

Jumlah turbin itu membolehkan motosikal terbang dengan anggaran berat 136kg itu membawa muatan dua kali ganda hingga 272kg, sekali gus berbeza daripada pesawat terbang jenis berlepas dan mendarat vertikal (vertical takeoff and landing, VTOL) kerana berlainan nisbah beban-kepada-saiz.

Malah, prototaip Speeder P2 kini sedang diuji JAS di fasiliti California, Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, prototaip tersebut kekal ‘ditambat’ hingga mendapat pensijilan FAA.

Prototaip itu juga sudah mencapai tahap pelepasan dan pendaratan autonomi dengan keupayaan berlegar di udara dan terbang ke depan. Malah JAS sudah mempamerkan model berkenaan skala penuh dalam warna hitam di beberapa acara permotoran.

BACA >>> Lazareth LMV 496 – Motosikal Terbang Sebenar dengan Sut Pilot Khas
BACA >>> Sportbike Yamaha Pasang Winglet Gergasi, Netizen Tanya Boleh Terbang Ke?

Mayman berkata;

Speeder direka untuk juruterbang dengan posisi kedudukan mirip motosikal, sama ada kaki ke bawah atau belakang di atas peg kaki seperti motosikal lumba.”

JAS kini sedang membangunkan varian tanpa juruterbang untuk pasaran ketenteraan yang akan digunakan sebagai pesawat kargo. Model itu dikatakan mampu terbang 30 meter dari permukaan Bumi pada kelajuan 644kmj yang menyukarkan ditembak musuh.

Beliau berkata lagi;

Kami membayangkan kiriman 10 unit dari pelbagai arah berbeza, macam sekawan dron terbang yang penuh dengan muatan kargo untuk misi menyelamatkan nyawa.”

BACA >>> Subaru Bangunkan Motosikal Terbang

Jika menumpukan versi ketenteraan, pendekatan itu membuka laluan kepada pembiayaan ujian tempoh panjang sebelum pesawat itu diubah sebagai motosikal terbang.

JAS menggelar motosikal terbang itu sebagai kenderaan terbang autonomi (AFV) yang berpotensi diperkenalkan sebagai kelas baharu pesawat udara.

Dalam bentuk motosikal dikendali juruterbang, Speeder mampu mencapai kelajuan 402kmj, tetapi kadar itu sudah tentu sukar dikendalikan ramai penunggang terbaik dunia. Jadi, JAS mengenakan kawalan terhadap enjin dengan menetapkan satu had altitud.

Mayman berkata;

Secara teori, kau boleh terbang setinggi 16,000 kaki, sebelum motosikal habis minyak. Tapi, kau akan perlukan payung terjun.”

Speeder juga akan menggunakan teknologi fly-by-wire seperti jet tempur menerusi penggunaan alat kawalan untuk memudahkan juruterbang dengan jumlah butang rendah pada grip tangan seakan konsol permainan video.

Menurutnya;

Satu untuk berlepas dan mendarat, manakala satu lagi untuk meningkatkan ketinggian penerbangan dan halaju.”

Sebaik saja berlepas, Speeder akan terbang naik ke paras kira-kira 2 meter dan terapung di udara sambil unit kawalan penerbangan dalaman menunggu input arahan daripada juruterbang.

Unit kawalan itu pula disambung kepada pelbagai sensor untuk mengesan arah pergerakan peswat dan halangan yang perlu dielakkan untuk mencegah perlanggaran.

Jika ada bangunan atau pokok di depan, ia akan mengesan automatik dan mengelak,” kata Mayman.

Jet enjin mini itu mampu membawa dua hingga tiga individu. Bagaimanapun, jika Speeder disenarai dalam kategori FAR Part 103 Ultralight FAA, kenderaan itu hanya akan dihadkan untuk seorang penumpang sahaja.

Mayman juga mendakwa Speeder mampu mencapai kelajuan supersonik walaupun JAS belum ada ‘jawapan teknikal untuk aspek itu.

Pelindung fiuslaj mirip jentera lumba Formula Satu (F1) membantu meningkatkan kelajuan hingga 40okmj. Beliau berkata, winglet kecil membantu tempoh penerbangan hampir sejam.

Ketika ditayangkan di Pameran Udara Pacific, Mayman menyatakan;

Kita ada seunit Speeder dalam khemah VIP. Ramai orang datang dan pergi serta beritahu tidak perlu satu lagi Lamborghini atau Bentley. Mereka cakap, aku nak yang itu (motosikal terbang).”

JAS kini membuka pratempahan Speeder oada harga permulaan bermula AS$381,000 (RM1.67 juta). Wow!

BACA >>> Video Superman Terkulai Terbang Tak Lepas
BACA >>> Airbus A320 Langgar Motosikal Semasa Mendarat, Dua Individu Terbunuh

SUMBER: Robb Report

autoterkini David Mayman Jetpack Aviation Speeder Motor Terbang motosikal terbang Pesawat Terbang
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    11/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026
    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.