• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / JetPack Aviation JB-10 - Jetpek Sebenar yang Boleh Dipakai Semua Orang

JetPack Aviation JB-10 - Jetpek Sebenar yang Boleh Dipakai Semua Orang

December 23, 2016 By AO Leave a Comment

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEBIH dua dekad lalu, manusia sudah pun membayangkan penduduk Bumi pada 2000 akan menaiki pelbagai kenderaan terbang selain pesawat udara. Malangnya, menjelang tahun tersebut, masih tiada sebarang tanda yang menunjukkan umat manusia boleh terbang seperti pernah dibayangkan dahulu.

Namun, tidak bagi tahun ini, di mana sebuah syarikat di Amerika Syarikat, JetPack Aviation berjaya menghasilkan kenderaan jetpek sebenar yang mampu membawa manusia terbang berlegar di udara dengan hanya menggalas sebuah beg.

jetpack-3

Mungkin terinspirasi dengan karakter Boba Fett, Iron Man atau Rocket Man, jetpek buatan JetPack Aviation sudah beroperasi menjelang musim bunga lalu - Mac 2018.

Video di bawah menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), David Mayman menerbangkan jetpek daripada model JB-10 di Monaco, Perancis bulan lalu. Dengan kelajuan 160kmj, model JB-10 itu dikatakan lebih laju berbanding model terdahulu, JB-9 yang diterbangkan mengelilingi tugu Statue of Liberty, tahun lalu. JB-10 dikatakan mampu terbang setinggi 10,000 kaki pada kadar 1,000 kaki per minit dengan anggaran kasar 10 minit bahan api.

BACA >>> Rupa-Rupanya Prototaip Kereta Terbang Cuma Bersaiz Miniatur

Jika mahu menikmati keterujaan menerbangkan diri ke udara, anda sebenarnya berpeluang menjadi pemilik kenderaan terbang itu dengan mendaftarkan diri sebagai pelabur JetPack Aviation dengan bayaran minimum AS$199 (RM890). Ya, anda tidak semestinya perlu menjadi seorang taikun untuk melabur. Setakat artikel ini ditulis, ada 73 pelabur sudah mendaftar dengan jumlah pelaburan mencecah AS$49,002 (RM219,308). JetPack Aviation menyasarkan kutipan dana bernilai AS$1 juta (RM4.47 juta).

APAKAH CUKUP BAGUS BERBANDING JETPACK LAIN?

Jika masih ingat, jetpek versi syarikat Martin Aircraft direka untuk pengulas dan pemain golf yang beroperasi menggunakan bahan api petrol automotif biasa selama lebih 28 minit pada ketinggian 2,500 kaki. Satu lagi versi pula ialah Dubai Jetman, lebih kepada mekanisme sayap tetap yang bukan untuk berlepas dan mendarat secara menegak.

Jadi, tidak hairankan JetPack Aviation mendakwa produk mereka - JB-10 - sebagai satu-satunya jetpek sebenar yang bukan hanya menumpukan kenderaan itu kepada golongan 'berani mati' atau penagih aksi adrenalin sahaja. Ia sememangnya direka untuk semua orang menikmatinya.

BACA >>> Lazareth LMV 496 - Motosikal Terbang Sebenar dengan Sut Pilot Khas

SUMBER: Maxim.com

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, David Mayman, jetpack, JetPack Aviation, jetpek, kenderaan udara, pesawat udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my