Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Adelaide Jadi Litar Jalan Raya Pertama GP Australia 2027
MotoGP

#MotoGP2026: Adelaide Jadi Litar Jalan Raya Pertama GP Australia 2027

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027

KEJUARAAN Dunia MotoGP bakal menyaksikan perubahan besar di bumi Australia apabila Adelaide diumumkan sebagai tuan rumah baharu Grand Prix (GP) Australia bermula musim 2027.

Pengumuman itu dibuat Kerajaan South Australia bersama pihak penganjur MotoGP, sekali gus menamatkan era panjang perlumbaan di Phillip Island.

Perlumbaan tahun ini yang dijadualkan pada pertengahan Oktober 2026 akan menjadi edisi terakhir di litar ikonik, Phillip Island yang berlatar belakang Laut Tasman.

Selepas itu, fokus akan beralih sepenuhnya ke Adelaide yang tampil dengan projek litar jalanan baharu di tengah bandar.

Litar Jalanan Pertama MotoGP dalam Bandar

Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027

Rekabentuk awal yang diperkenalkan minggu ini menunjukkan litar sepanjang 4.195km dengan 18 selekoh. Jentera prototaip MotoGP dijangka mampu mencecah kelajuan maksimum sekitar 340kmj di laluan lurus utama.

Terletak di tenggara pusat bandar dan merentasi kawasan Victoria Park, Adelaide akan menjadi venue urban sepenuhnya pertama dalam kalendar MotoGP, dan juga antara projek paling unik dalam sejarah moden kejuaraan dunia tersebut.

Warisan F1 Kembali Bernyawa

Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027

Menariknya, laluan baharu itu mengambil ilham daripada sebahagian susun atur lama yang pernah digunakan ketika Adelaide menjadi tuan rumah Formula Satu (F1) antara 1985 – 1995. Laluan utama Brabham dikekalkan sebagai elemen ikonik yang menghubungkan sejarah lama dalam era baharu.

Bagaimanapun, beberapa bahagian direka semula untuk memenuhi keperluan keselamatan dan karakter motosikal, termasuk penghapusan selekoh sudut tepat yang tidak sesuai untuk jentera dua roda. Fokus utama dalam rekabentuk kali ini adalah keselamatan maksimum tanpa menjejaskan aksi perlumbaan.

Projek 20 Bulan, Impak Ekonomi Besar

Adelaide masuk kalendar MotoGP 2027

Tempoh persiapan 20 bulan kini bermula bagi memastikan segala kerja infrastruktur dan pengubahsuaian siap menjelang debut November 2027. Pihak penganjur tempatan akan menyelia keseluruhan pembangunan litar sehingga memenuhi piawaian tertinggi MotoGP.

Kerajaan South Australia optimis penganjuran MotoGP mampu menjana impak ekonomi tahunan sekitar €130 juta (RM600.6 juta) kepada Negeri itu. Selain menarik pelancong domestik dan antarabangsa, acara tersebut dijangka merangsang sektor pekerjaan dan industri perhotelan.

Adelaide Sertai Senarai Acara Antarabangsa Berprestij

Logo Government of South Australia

Dengan kemasukan MotoGP, Adelaide menambah satu lagi acara global ke dalam kalendar tahunan, yang menyertai kejuaraan seperti LIV Golf.

Bandar itu sebelum ini sudah dikenali sebagai tuan rumah acara sukan bertaraf dunia, dan kini kembali ke pentas GP, kali ini dalam arena dua roda.

Bagi pihak penganjur MotoGP, pembangunan litar khas di tengah bandar dianggap langkah penting dalam evolusi kejuaraan. Jika berjaya, model Adelaide berpotensi membuka jalan kepada lebih banyak perlumbaan urban pada masa depan, sekali gus mengubah landskap tradisional MotoGP yang selama ini sinonim dengan litar tetap.

SUMBER: Motorsport.com

Adelaide Australia Auto Terkini Grand Prix legenda sukan permotoran Litar Jalan Raya MotoGP MotoGP Philip Island South Australia sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.