Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: Vespa Sprint (2015)
Roda2

MOTO: Vespa Sprint (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/05/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Vespa Sprint - Pandulaju.comNAZA Premira Sdn Bhd selaku pengedar dan pengimport tunggal Vespa di Malaysia melancarkan Vespa Sprint yang dijual pada harga RM15,617.13 termasuk insurans dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Masih lagi mengekalkan gaya rekaan klasik, Vespa Sprint hadir dengan penampilan lebih sporty, inovatif, dan stail. Melihat dari hadapan, ia menampilkan rekaan lampu petak dan berjaya mengembalikan nostalgia bagi mereka yang mempunyai Vespa pada zaman 60-an dahulu selain kehadiran lampu belakang yang tampak elegan.

Vespa Sprint - Pandulaju.com

Untuk tampak lebih moden, ia turut hadir dengan lampu nyalaan siang LED. Lebih menarik, Vespa Sprint dipadankan dengan rim aloi bersaiz 12-inci.

Aspek mekanikal, Sprint menampilkan unit enjin  4-lejang silinder tunggal bersesaran 150cc. Hasil bantuan sistem pancitan bahan api elektronik, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 11.7hp pada 7,500rpm dan tork 12Nm (5,000rpm). Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT automatik untuk menawarkan tunggangan yang lancar.

Vespa Sprint turut memberikan prestasi mengagumkan dengan menawarkan kecekapan bahan api dan menjadikannya sesuai ditunggang terutamnya di kawasan urban.

Vespa Sprint - Pandulaju.comMengikut data diperolehi, model ikonik itu mampu bergerak sejauh 64km per liter pada kelajuan sekitar 50kmj. Ini bermakna dengan isian penuh tangki (9L), ia mampu bergerak sejauh 500km. Wahhh, dasyat. Tetapi anda harus ingat, kelajuan haruslah sekitar 50kmj sahaja.

Hadir dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000km perbatuan (mana tiba dahulu), Sprint turut menawarkan enam pilihan menarik buat pengguna iaitu putih, merah, kelabu, biru gelap, kuning dan oren.

Vespa Sprint - Pandulaju.comBuat pertama kali juga, Naza Premira turut menawarkan Bantuan Servis Vespa selama setahun secara percuma bagi mereka yang membeli jentera ini bermula 1 April 2015. Dengan itu, ia melayakkan mereka menikmati bantuan tunda secara percuma.

Bagi mereka yang sudah memiliki Vespa dan mahu menjadi ahli bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi talian bebas tol Vespa di 011-2203 1111. Yuran tahun sebanyak RM48 dikenakan dan ia beroperasi 24 jam.

SPESIFIKASI

ENJIN 150CC, 4- lejang silinder tunggal dengan suntikan elektronik
TRANSMISI Automatik CVT
KUASA MAKSIMUM 11.7hp @7,500rpm
TORK MAKSIMUM 12Nm@5,000rpm
BREK brek cakera 200mm (hadapan); brek dram 140mm (belakang)
TAYAR 110/70 R12 tubeless (hadapan); 120/70 R18 tubeless (belakang)
HARGA RM15,617.13 (termasuk insurans dan GST

GST NAZA Premira Sdn Bhd SST Tunggang uji Vespa Sprint Vespa Vespa Sprint
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Aveta Rasmi Bawa Peugeot Motocycles Ke Malaysia – Sasar Segmen Premium Urban

    07/05/2026
    BMW M2 Coupe RR Edition dan BMW M 1000 RR M2 Edition 2026
    Roda4

    BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

    07/05/2026
    Roda2

    Triumph Trident 660 2026 Kemaskini Di Malaysia

    04/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026

    1 Comment

    1. beatpoetj on 12/04/2015 11:40

      Reblogged this on Two Bit Scooter Club.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.