Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Monopoli TnG Berakhir 2025, Boleh Bayar Tol Guna Pelbagai Mod Digital?
Auto Terkini

Monopoli TnG Berakhir 2025, Boleh Bayar Tol Guna Pelbagai Mod Digital?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA lebuh raya berpeluang membuat bayaran tol menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital dan bukan hanya Touch ‘n Go (TnG).

Ini kerana penggunaan kad TnG untuk akses tol lebuh raya akan ditamatkan pada 2025, manakala lorong SmartTAG akan dimansuhkan berperingkat. Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam temu bual dengan portal Free Malaysia Today.

BACA >>> Kerajaan Arah PLUS, TnG Kemukakan Justifikasi Harga RFID RM35

Beliau berkata;

Tidak lama lagi, terpulang kepada orang ramai untuk menggunakan mana-mana mod pembayaran digital – sama ada mahu menggunakan Touch ‘n Go eWallet, kad debit, kad kredit, Visa, Mastercard atau apa-apa jenis sistem pembayaran (elektronik), selagi terdapat pautan yang tersedia di lebuh raya.”

Menurutnya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang berusaha memastikan orang ramai dapat menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian.

Kami sudah mendengar permintaan rakyat untuk membuka lebih banyak (pembayaran atas talian) dan kami sedar orang ramai merungut mereka perlu membayar lebih awal untuk Touch ‘n Go sama ada guna (lebuh raya) atau tidak.”

Bagaimanapun, pelaksanaan itu tertakluk kepada kadar penggunaan RFID selepas mencapai kadar memuaskan dan apabila syarikat konsesi lebuh raya bersedia dengan penyedia pembayaran dalam talian tambahan. Apabila dilaksanakan, cuma satu tag RFID diperlukan untuk tujuan itu.


Syarikat konsesi lebuh raya diarahkan bersedia melaksanan sistem aliran bebas berbilang lorong (MLFF) menjelang 2025 iaitu tanpa palang, dan pondok tol, termasuk lorong khas. Lorong MLFF itu kelak akan menggunakan struktur gantri yang dilengkapi teknologi  pengecaman plat nombor automatik (ANPR) di lokasi tertentu.

Fadillah berkata:

Jika kami rasa akan ada sedikit kelewatan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, kami mungkin mempertimbangkan model pelaburan swasta atau inisiatif kewangan swasta untuk mengambil alih (sistem MLFF).

“Model pelaburan swasta ialah sistem terbuka. Seperti anda lihat ada banyak lebuh raya negara ini dan semua sistem perlu disepadukan. Jika kita lihat di Singapura dan Taiwan, mereka ada kawalan autoriti tunggal.”

Bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diperhalusi LLM sebelum melaksanakan sistem MLFF, iaitu dari segi:

  • Peraturan
  • Prosedur penguatkuasaan
  • Pembangunan infrastruktur
  • Kadar penembusan RFID
  • Pelan komunikasi untuk pelaksanaan MLFF

Fadillah menjelaskan sistem MLFF ialah faktor utama dalam rangka tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) untuk rangkaian lebuh raya masa depan. Peringkat perintis ANPR sedang dilakukan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Kami juga sedang melihat cadangan untuk perkongsian awam-swasta atau PFI, tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi LEKAS dan satu lagi projek perintis di Lebuhraya Besraya tidak lama lagi.”

BACA >>> Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya
BACA >>> Menteri Gesa PLUS, TnG Selesaikan Isu RFID!
BACA >>> TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023

SUMBER: MSTAR | TheStar

Auto Terkini Datuk Seri Fadillah Yusof Isu RFID Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) PLUS Malaysia Berhad RFID TnG tol Touch N Go
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.