• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya

Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya

January 20, 2022 By Wahid 2 Comments

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN memutuskan konsesi lebuh raya harus memberi pilahan kepada pengguna sama ada mahu terus menggunakan SmartTAG, Touch 'n Go (TnG) atau Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk bayaran tol.

BACA >>> Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata;

Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada 'gate' (palang) dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG."

"Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya."

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya (KKR) diarahkan menghubungi syarikat konsesi terbabit bagi memaklumkan keputusan Kabinet. Selain itu, keputusan bayaran perlu dirujuk kepada Kabinet.

Keputusan tersebut jelas reaksi segara diambil Kerajaan terhadap kritikan kuat terhadap perlaksanaan RFID yang mencetuskan kemarahan pengguna berikutan kesesakan teruk di beberapa lebuh raya seperti di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putera.

Kesesakan luar biasa itu terjadi akibat kegagalan sistem RFID mengesan secara lancar selain terdapat pemandu yang tidak tahu lorong TnG dan SmartTAG sudah ditukarkan kepada lorong RFID.

Lebih parah, pengguna lebuh raya meluahkan kemarahan mereka dengan membanjiri laman Facebook Perdana Menteri dan PLUS hingga memaksa pengendali lebuh raya itu menutup ruang komen.

BACA >>> Tak Dapat Komen PLUS, Netizen Serang Status Lama FB Perdana Menteri
BACA >>> Selepas Teguran Terbuka Najib, LLM Mahu Jumpa PLUS, TnG Bincang Harga Pelekat RFID
BACA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Kementerian Kerja Raya, Lebuhraya Utara-Selatan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Plus Malaysia, PLUS Malaysia Berhad, SmartTag, TnG, Touch 'n Go (TNG)

Comments

  1. Yusof says

    January 21, 2022 at 11:46 PM

    Seharusnya kutipan tol tidak lagi mengunakan sistem yang sedia ada sekarang sebab jaringan jalan tol sudah melebihi 3000km. Seharusnya sistem free flow multi lane tolling system sudah di kenalkan sepuluh tahun lalu. Kenapa terlalu susah untuk di implemantasikan dan harus menciptakan satu sistem yang tidak efficient. Ini gara gara ketirisan dan monopoli sesebuah syarikat yang rakus dengan keuntungan tampa memikir keselesaan rakyat dan kepentingan Negara.

    Reply
  2. Mas says

    January 23, 2022 at 11:56 AM

    PM perlu campur tangan. Mudahkan rakyat bukan susahkan. Tentu saja permintaan marhaen tidak akan dipandang serius oleh plus kerana wang lebih utama bagi mereka. Wang untung untung untung menjadi buruan mereka.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my