Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
Auto Terkini

Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!

Han OthmanBy Han Othman17/01/202211 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RASANYA sudah lama PLUS Malaysia memberi masa secukupnya kepada pengguna lebuh raya semalaysia untuk memasang tag atau pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada kereta masing-masing. Malah, tag itu bukan saja pernah ditawarkan percuma, tetapi mudah juga dibeli semurah RM35 sama ada secara atas talian atau menerusi ejen terpilih seperti stesen minyak Shell.

Tetapi sayang seribu kali sayang,  sistem RFID pula yang bermasalah dan kucar-kacir. Hari ini saja, ribuan pengguna lebuh raya berang dengan pelaksanaan lorong RFID yang tidak efisien hingga menambahkan kesesakan teruk di beberapa plaza tol dalam negara.

BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial

Bukan saja masalah sistem, ada pengguna mendakwa sesetengah laluan seperti di plaza tol Bandar Seri Putra tidak lagi menyediakan lorong SmartTAG yang sebenarnya sedikit sebanyak mampu meredakan kesesakan lalu lintas.

Mungkin tidak tahan dikecam dan dikritik pengguna, PLUS Malaysia bertindak menutup ruang komen di Facebook rasmi pengendali lebuh raya itu.

Berdasarkan pemerhatian kami, semua ruang komen itu hanya melibatkan status atau entri mengenai RFID sahaja, yang mana PLUS Malaysia didapati mula melancarkan kempen mengenai penggunaan sistem itu sejak 25 Disember tahun lalu (foto atas).

Status terakhir 25 Disember itu juga asalnya masih membuka komen kepada orang ramai sebelum akhirnya ditutup sepenuhnya. Nampaknya, netizen benar-benar membuat serangan bertubi-tubi terhadap PLUS Malaysia.

BACA >>> 83 Plaza Tol PLUS Mulakan Operasi RFID 10 Malam, Sabtu Ini
BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID

APA SUDAH JADI PLUS MALAYSIA?

Soalan kami;

  • Adakah PLUS Malaysia tidak menjangka situasi huru-hara itu? Ataupun semenangnya sudah dijangka?
  • Adakah PLUS Malaysia sudah bersedia sepenuhnya memperkenalkan sistem RFID kepada rakyat Malaysia?
  • Kenapa memperkenalkan sistem separuh masuk yang belum benar-benar teruji?
  • Kalau betul RFID sudah cukup bersedia, buka saja palang di lorong itu dan sekarang masanya untuk bangunkan sistem pengesan pengguna yang cuba curi masuk tanpa bayar tol.
Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Plus Malaysia RFID Sistem RFID Sistem RFID Malaysia TnG Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

07/07/2026
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

07/07/2026
Roda4

Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

07/07/2026
Auto Terkini

Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

07/07/2026

11 Comments

  1. Mohd Noor Ismail on 17/01/2022 21:07

    Simple :- ada kan 1 lorong dwi lane/lorong smart tag dan RFID siapa yg guna smart tag dan rfid bolih masuk jika RFID benar2 hebat dn berkesan, tak perlu mansuhkan atau hapuskan SMART TAG. Rakyat Malaysia lebih selesa menggunakan SMART TAG, mudah ,simple ,mudah alih ke beberapa kereta. Rfid sticker mudah rosak dan yg untung ialah kompeni dan orang tertentu sahaja. Moral of the story – jangan menyusahkan pengguna lebuhraya utk kepentingan pihak tertentu, jangan mansuhkan SMART TAG, beri pilihan siapa yg nak guna RFID dan SMART TAG terpulang kepada pengguna lebuhraya, jangan memaksa .

    Reply
  2. Mohd Noor Ismail on 17/01/2022 21:11

    Simple :- ada kan 1 lorong dwi lane/lorong smart tag dan RFID siapa yg guna smart tag dan rfid bolih masuk jika RFID benar2 hebat dn berkesan, tak perlu mansuhkan atau hapuskan SMART TAG. Rakyat Malaysia lebih selesa menggunakan SMART TAG, mudah ,simple ,mudah alih ke beberapa kereta. Rfid sticker mudah rosak dan yg untung ialah kompeni dan orang tertentu sahaja. Moral of the story – jangan menyusahkan pengguna lebuhraya utk kepentingan pihak tertentu, jangan mansuhkan SMART TAG, beri pilihan siapa yg nak guna RFID dan SMART TAG terpulang kepada pengguna lebuhraya, jangan memaksa .

    Reply

    Reply
  3. Schry on 17/01/2022 22:16

    Sembang Kari ..dh Ada smart tag touch n go..nk buat perubahan konon..syukur yg mna ada.nk Kait untung pun berpada pada la.lg tambah jem la..mana menteri yg nk sgt RFID ni..Sama la MCM kj.sembang Kari..die sendiri pun x ckup dose sruh org plak BG ckup ..lancret

    Reply
  4. Farid on 18/01/2022 00:20

    Menyusahkan saja RFID ni, andai seseorang punyai lebih dari satu kereta, kan dah menambahkan kos pemasangan walaupun sebelum ini diberi pemasangan percuma tapi takkan la sampai guna kereta yang sama sampai bila, mesti tukar yang baru, lepas itu nak kena pasang semula RFID pada kereta baru. Sistem debit dan kredit kan sudah lama terbukti keberkesanannya, benda senang buat apa nak susah-susah. Ini semua kapitalis konon-konon memperkenalkan sistem baru, padahal tahap keberkesanan sangat la rendah. Ini semua kroni.

    Reply
  5. hakma on 18/01/2022 06:44

    Why is the need to change something which is effective and efficient, really don’t understand.

    Reply
  6. hakma on 18/01/2022 06:45

    Please stick to the system that is proven to be effective and efficient,

    Reply
  7. Bhawani Vengadasalam on 18/01/2022 18:10

    Stop implementing this new toll system RFID. Its not acceptable for all to use this. Do some test first before launching this. DO NOT FORCE US . Firstly prove to us its efficiency and reliability

    Reply
  8. Isma on 19/01/2022 00:36

    KERAJAAN BN (ISMAIL SABRI), CARI PASAL…. BOLEH MENBUAT RAKYAT MARAH KERAJAAN ADA SEKARANG!!!!!

    Reply
  9. aziz rahim on 19/01/2022 11:12

    Merangka sesuatu kerja tak kaji sampai habis..semua terburu2..skrg tol huru hara..ikuti cara tol new zealand belajarlah dari mereka
    Rumah tol ditiadakan diganti dgn tiang tol cara new zealand
    Kekadang tengok rumah tol lemas..tembok sana tembok sini ditambah dgn tiang2 dan batang.penghadang
    Mcm tak konfiden rasanya melalui rumah tol
    Kena ubah segera jgn syok sendiri

    Reply
  10. Khairul Anuar B Baharuddin on 19/01/2022 14:11

    Nak kata ape depa je yg betoi, rakyat smua salah. Kita masih lg hidup pd tahun 50an rakyat nya masih dungu…

    Reply
  11. Azman on 19/01/2022 16:04

    Sepatutnya system Smart tag perlu terus ada sebagai pilihan pengguna sama seperti penggunaan T&G , Smart tag dan tunai yg semua nya wujud. Smart tag juga perlu di “refund “ keran pengguna setia telah banyak belanja utk membeli nya.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Roda2

Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.