Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?
Auto Terkini

Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?

Han OthmanBy Han Othman09/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERAJAAN hari ini mengumumkan projek kereta nasional baharu (NNC) dalam bentuk kenderaan hibrid dan elektrik yang mana model pertama bakal dilancarkan pada Mac 2021.

Pengumuman NNC itu dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dalam sidang media khas di ibu pejabat DreamEDGE di Cyberjaya, Selangor sebentar tadi. Turut hadir bersama ialah Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) DreamEDGE, Khairil Adri Adnan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari.

Projek kereta nasional baharu ini akan diterajui sepenuhnya syarikat persendirian, DreamEDGE dengan mendapat kerjasama teknologi daripada Daihatsu Motor Co dan dana daripada beberapa syarikat swasta tanpa sebarang bantuan Kerajaan. Jumlah dana tidak didedahkan, cuma dimaklumkan projek ini bernilai ratusan juta ringgit.

BACA >>> Adakah Ini Bakal Model Kereta Nasional 3.0? Harga Bawah RM100k?

SIAPA DREAMEDGE?

DreamEDGE ialah firma teknologi berstatus multinasional yang menyediakan konsultansi dan perkhidmatan kejuruteraan digital melibatkan pembuatan prototaip, robotik, IoT, industri 4.0, kandungan digital dan program pembangunan sumber manusia.

Ditubuhkan pada 2007, DreamEDGE kini memiliki 150 pekerja dan mendapat status syarikat Kajian dan Pembangunan (R&D) daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan Ingeliance Groupe France dan syarikat usahasama Tokyo R&D Asia.

Bagaimanapun, bagi menjayakan projek kereta nasional baharu ini, DreamEDGE akan mendapat sokongan teknikal daripada Daihatsu Motor Co di Jepun, dan tiada kaitan dengan pengeluar nasional sedia ada atau entiti automotif lain di Malaysia.

BACA >>> #RetroAuto: Holden – Sejarah Kereta Nasional Australia dan Masa Depan yang Tidak Pasti

SEDAN SEGMEN-C?

Khairil Adri turut memberikan bayangan model pertama nanti, iaitu sedan segmen-C yang akan dibangunkan sepenuhnya pasukan jurutera Malaysia dengan menumpukan kepada rekabentuk serba baharu, dan ciri dalaman model dan berteknologi komputer.

BACA >>> VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Kereta nasional baharu itu juga akan menghasilkan produk yang memiliki kualiti pengendalian terbaik dan kesenyapan kabin tinggi setanding model-model sedia ada di pasaran. Ia juga model berstatus massa yang akan dijual kepada orang ramai.

Auto Terkini Daihatsu Motor Co Datuk Darell Leiking Datuk Madani Sahari DreamEDGE Kereta Nasional Ketiga Khairil Adri Adnan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

20/04/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda: Helmet Tiada SIRIM? Boleh Guna Tapi…

20/04/2026
Auto Terkini

YOHE Bukan Jenama Baharu, Kini Rasmi Tembusi Pasaran Malaysia

20/04/2026
Morbidelli T502X 2026
Roda2

Morbidelli T502X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

20/04/2026

1 Comment

  1. Amran on 13/08/2019 13:18

    SEMBANG!

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.