Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Model Konsep Prestasi Serba Mewah – BMW Concept 8 Series Kini di Malaysia
Roda4

Model Konsep Prestasi Serba Mewah – BMW Concept 8 Series Kini di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/03/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA pembukaan BMW Luxury Excellence Pavilion di Malaysia, BMW Group Malaysia buat kali pertama di Asia Tenggara memperkenalkan BMW Concept 8 Series dan versi pengeluaran khabarnya bakal dilancarkan tahun ini .

Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan BMW Group AG, Harald Krüger berkata, angka 8 sentiasa menjadi aspek penting yang ada kaitan dengan prestasi dan eksklusif BMW.

BACA >>> SUV Kompak Berkuasa – BMW X4 (2018) Serba Baharu Bakal Debut di Geneva

“Kereta sports konsep ini menyerlahkan aspek keghairahan, kuasa dan prestasi. BMW 8 Series Coupé sememangnya sebuah kenderaan yang wajar ditunggu. BMW Concept 8 Series mewakili misi BMW kepada kenderaan mewah penuh berkuasa yang masih mengekalkan tradisi coupe sporty saiz besar,” katanya.

Sebelum model pengeluaran dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, ketiahui tiga perkara tentang BMW Concept 8 Series:

1. DINAMIK & KEMEWAHAN MODEN SEBENAR

BMW Concept 8 Series menampilkan idea rekabentuk dan teknik binaan baharu dengan mengekalkan rekaan signatur BMW menerusi gril ‘ginjal’ atau kidney besar, digabung bersama lampu utama tipis dan liang udara lebih besar. Elemen klasik masuh dikekalkan dengan lebih segar. Dua gril kidney diposisikan lebih rendah dan lebar, mengambil ilham coupé BMW terdahulu selain menyerlahkan karakter dinamik Concept 8 Series.

Lampu utama menggunakan teknologi laser bertemakan ‘lingkaran kembar’ atau ‘twin circular’ berbentuk heksagon. Lubang udara apron depan memberikan gambaran sporty dan lebar di atas jalan dengan menjanjikan pengalaman pemanduan dinamik. Elemen gentian karbon antara kedua-duanya menyerlahkan karakter berprestasi tinggi.

Bahagian belakang diserlahkan menerusi garis halus yang membentuk badan model konsep itu.  Ruang tempat duduk boleh dilihat jelas menerusi cermin belakang. Badan belakang lebar dipadankan lampu tirus bentuk L yang dilarik hingga bahagian sisi.

Difuser hitam dengan kemasan gentian karbon di bahagian bawah apron belakang memberikan kesan sporty dan ringan. Gabungan ekzos berbentuk trapezoidal melengkapkan imej prestasi.

2. PILIHAN WARNA KELABU

Pilihan warna badan Barcelona Grey Liquid (kelabu) dihasilkan eksklusif dan digabungkan bersama warna kelabu kebiruan dengan pigmen warna-warni yang tampil berbeza berbanding model sport lain.

3. KABIN SERBA MEWAH

Ruang kabin ditampilkan cukup kemas dan ringkas tanpa banyak butang kawalan. Konsol tengah tinggi dan titik fokus rendah pada visual panel instrumen memudahkan pemandu melihat informasi diingini.

BACA >>> 8 Fakta Pantas Tentang BMW 530e Sport – Teknologi eDrive, Harga RM343,800

Kerusi sport eksklusif daripada material nipis dan kemasan kulit direka untuk mendakap tubuh sepenuhnya. Struktur asas diperbuat daripada frem gentian karbon. Stereng aluminium dan pedal syif dengan semburan cat merah berserta trim benang merah meningkatkan lagi aura sporty. Kulit Merino coklat gelap dan putih memberikan ambien berkualiti tinggi dalam ruang kabin. Tombol gear dan kawalan iDrive daripada kaca Swarovski dengan kuart kelabu.

BMW percaya kemewahan dalam kereta adalah hasil kepakaran dalam pelbagai aspek pembangunan. Model penting dalam portfolio BMW akan menyerlahkan pemahaman baru tentang kemewahan yang diilhamkan daripada nilai estetik, keseronokan memandu, kebebasan dan individualistik.

GALERI
BGM BMW BMW Concept 8 Series BMW Group Malaysia BMW Luxury Excellence Pavilion Harald Krüger kereta konsep Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.