Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR
Auto Terkini

Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR

Abang HirataBy Abang Hirata19/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Mac lalu, kami melaporkan berita tentang Mitsubishi Ralliart Team akan bersaing dalam kejuaraan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022.

Terbaharu, Mitsubishi mengumumkan ujian lasak trak pikap rali Triton sudahpun diselesaikan pada 27 dan 28 Jun lalu. Fokus ujian adalah untuk menilai tahap reliabiliti dan ketahanan casis, termasuk enjin dengan persekitaran, sama seperti laluan perlumbaan.

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?

Pasukan itu menggunakan laluan dengan jarak 10km yang membabitkan bahagian kelajuan tinggi, jalan kelikir kasar dan laluan hutan sempit serta berliku. Ujian dua hari itu meliputi jarak perjalanan lebih 800km.

AXCR ialah perlumbaan berjarak 2,000km yang perlu merentas pelbagai rupa bumi mencabar sekitar negara Asean. Perlumbaan itu biasanya dianjurkan pada Ogos setiap tahun, tetapi dibatalkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19.

Justeru perlumbaan tahun ini dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 26 November nanti dengan jarak sekitar 1,700km bermula dari Buriram, Thailand, melalui Kemboja yang berakhir di Angkor Wat. Berikut spesifikasi dan rakan sokongan trak pikap rali Triton:

  • Diklasifikasi bawah kereta rali Group T1 FIA (kenderaan prototaip rentas negara).
  • Diubah suai daripada Triton double cab versi Thailand.
  • Enjin 2.4L MIVEC turbo diesel 4N15.
  • Kuasa 178hp dan tork 430m.
  • Enjin ditala bagi mengurangkan kehilangan geseran (friction loss) dan berat selain meningkatkan tahap respons julat halaju sederhana yang biasa digunakan dalam perlumbaan rali. Fasa ini mendapat bantuan HKS.
  • Transmisi manual 6-kelajuan.
  • Pacuan empat roda (4WD) dengan Super Select 4WD-II.
  • Bekalan diesel, minyak enjin dan pelbagai pelincir lain disumbangkan ENEOS.
  • Bendalir penyejuk (coolant) lumba Fortec Motorsport.
  • Bonet, panel pintu depan dan belakang daripada gentian karbon.
  • Ketegaran badan ditingkat dengan memasang kerangka keselamatan dan gad bawah.
  • Suspensi boleh laras CUSCO.
  • Dirensial gelincir terhad (LSD) depan dan belakang CUSCO.
  • Kaliper brek 4-piston, cakera brek dan pad brek ENDLESS.
  • Rim aluminium aloi WORK saiz 17 inci x 8J.
  • Tayar Yokohama GEOLANDAR M/T G003 (265/70R17).
  • Diubah suai supaya kalis air dengan menggunakan pengedap (sealing) lebih kuat, termasuk memasang snorkel.
  • Rakan logistik HANKYU HANSHIN EXPRESS bagi penghantaran komponen ke Thailand.

BACA >>> Vision Ralliart Concept (2022) – Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty
BACA >>> Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

4x4 Auto Terkini Mitsubishi Mitsubishi Ralliart Team Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton Ralliart Mitsubishi Triton Rally RALLIART Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    Foton Aumark S Euro 5 AMT Rasmi Dilancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM128,800

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.