Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Mirage, Attrage Kini di Thailand dengan Bahasa Rekabentuk Dynamic Shield
Roda4

Mitsubishi Mirage, Attrage Kini di Thailand dengan Bahasa Rekabentuk Dynamic Shield

Abang HirataBy Abang Hirata20/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) melancarkan Mirage (hatchback) dan Attrage (sedan) baharu di Thailand pada 18 November lalu dengan rekabentuk luaran dan dalaman diperbaharui.

Perubahan paling jelas adalah rupa depan yang kini menggunakan identiti Dynamic Shield seperti model Mitsubishi lain. Menariknya, pasukan pereka Mitsubishi memadankan gril signatur itu, yang juga digunakan model besar lain (seperti Triton, Xpander, dan Pajero Sport), dengan harmoni pada kereta bandar ini.

BACA >>> Lambat Dapat Kelulusan Kerajaan, Mitsubishi Xpander Bakal Lancar Tahun Depan

MITSUBISHI MIRAGE
MITSUBISHI ATTRAGE

Lampu utama dengan kombinasi lampu siang (DRL) LED direka supaya bentuk bahagian depan nampak lebar dan lebih stabil. Walaupun nampak menonjol, pasukan pereka Mitsubishi memadankan gaya baharu itu dengan rim sport 15 inci rekaan terkini. Rupa belakang pula tampil sederhana dan kontemporari dengan rekabentuk bampar baharu.

KABIN MIRAGE
KABIN ATTRAGE

Ruang dalaman tidak banyak berubah kecuali diolah semula. Perehat lengan depan direka baharu dan bahagian sentuhan tangan menggunakan material lembut. Panel meter dan suis tingkap kuasa menggunakan corak karbon, manakala kemasan atas menggunakan kombinasi fabrik dan kulit sintetik.

Selain perubahan luaran dan dalaman, Mitsubishi turut memperbaharui sistem infotainment. Mirage kini dilengkapkan pilihan Smartphone Display Audio (SDA) dengan skrin warna 7 inci yang menawarkan fungsi konektiviti telefon pintar seperti Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri mekanikal kekal sama, iaitu enjin 3-silinder 1.2L berkuasa 78hp dan tork 100Nm dengan opsyen transmisi CVT atau manual 5-kelajuan. Ada dua warna baharu ditawarkan: White Diamond (putih) dan Sand Yellow (kuning).

Mirage dan Attrage ialah model strategik global MMC dengan jualan sekitar 140,000 unit sepanjang tahun fiskal 2018.

Jualan kumulatif global untuk Mirage ialah 650,000 unit, manakala Asti, 280,000 unit setakat penghujung September 2019. Dengan prestasi jualan tersebut, ia menunjukkan sebab jelas kenapa Mitsubishi berani melabur memperkenalkan versi facelift Mirage dan Asti. Ini kerana model segmen-A itu memang diterima ramai.

BACA >>> 13 Fakta Pantas: Mitsubishi Xpander Cross, Harga Mula Rp267k (RM79k)

GALERI
MITSUBISHI MIRAGE
MITSUBISHI MIRAGE
KABIN MIRAGE
MITSUBISHI ATTRAGE
MITSUBISHI ATTRAGE
KABIN ATTRAGE
Mitsubishi Mitsubishi Attrage Mitsubishi Miage MITSUBISHI MOTORS CORPORATION Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.