Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition di Kanada, Harga RM499k!
Roda4

Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition di Kanada, Harga RM499k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 

INI mungkin unit terakhir Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition (2015) yang masih menunggu pembeli di Kanada tetapi harga yang dipinta mungkin agak mengejutkan iaitu C$148,000 (RM499,474).

Unit itu berada di sebuah premis pengedar Baywest Mitsubishi di Ontario. Sebenarnya, ada 350 unit model EVO edisi terakhir ditawarkan di Kanada dan kereta yang masih belum dijual itu adalah unit ke-350. Berdasarkan laporan, ada 3,100 unit Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition ditawarkan ke pasaran dunia.

Apa yang menarik ialah kereta jenama Jepun itu masih dikategori sebagai unit New Old Stock (NOS) walaupun memaparkan jarak 99km pada odometer.

Pusat pengedar itu menyimpan EVO terakhir itu dalam bilik kawalan suhu panas atau dalam ruang pameran setiap kali musim sejuk melanda Kanada.

Kereta itu berwarna putih dan mempunyai beberapa perbezaan berbanding Lancer Evolution standard, termasuk bumbung warna hitam, lencana Final Edition dan rim BBS.

Selebihnya tetap sama iaitu, spoiler EVO atas but belakang, ventilator udara bersaiz besar dan kaliper brek Brembo warna merah. Ruang kabin nampak standard seperti model Lancer Evolution standard kecuali ada jahitan bebenang merah dan plet berserta nombor siri.

BACA >>> Belum Masa Lancar Mitsubishi Lancer Evo Baharu

BACA >>> Bonet Wira Evo RM1.5k Kena Curi!

Trenkuasa digunakan siri Final Edition ialah 4-silinder sebaris 2.0 liter turbo sama seperti Lancer Evolution GSR tetapi ada talaan berbeza untuk menghasilkan kuasa 304hp dan tork 414Nm ke setiap roda. Transmisi ialah manual 5-kelajuan.

Sekadar perbandingan, enjin model biasa Lancer Evolution menghasilkan  291hp dan tork 407Nm.

BACA >>> 5 Perkara Penting Ini (Mungkin) Tidak Diajar Ketika Ambil Lesen Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?
BACA >>> Ekzos Aftermarket Bunyi Standard Pun Haram Pasang!

SUMBER: Carscoop

Baywest Mitsubishi BBS Mitsubishi Evo Mitsubishi Evolution Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition (2015)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.