Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!
Roda4

Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!

Abang HirataBy Abang Hirata19/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN dan Mitsubishi sudah lama bekerjasama yang mana hubungan itu dizahirkan menerusi syarikat NMKV Co Ltd dan produk keicar Mitsubishi eK X dan Nissan Roox.

Hubungan kembar tidak seiras itu diteruskan lagi melalui model elektrik baharu Mitsubishi eK X EV (dibaca eK Cross) dan Nissan Sakura.

BACA >>> Switzerland Rancang Kutip Cukai EV Ikut Kilometer Pemanduan Menjelang 2030
BACA >>> Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport

Kepada pengguna Jepun yang tercari-cari model elektrik dalam pakej kecil, inilah jawapannya. Kedua-dua model dikeluarkan di Kilang Mizushima Mitsubishi Motors yang juga lokasi pengeluaran model elektrik i-MiEV.

Selain trenkuasa elektrik, harga ditawarkan untuk eK X EV memang menarik dengan julat harga antara 2,398,000 yen (RM77,420) dan 2,932,600 yen (RM94,680).

Model ini layak menerima subsidi Kerajaan Jepun. Harga 550,000 yen (RM17,760) membolehkan ia jadi lebih rendah bermula 1,848,000 yen (RM59,660). Di beberapa lokasi, pembeli boleh menikmati subsidi Kerajaan tempatan sebagai model elektrik mampu milik.

Apakah ciri eK X EV?

Trenkuasa dan Fungsi
  • Jarak pemanduan 180km dengan cas penuh, sesuai untuk kegunaan tipikal harian.
  • Bateri dengan kapasiti kuasa 20kWj.
  • Dua port pengecasan, AC200V/14.5A dengan tempoh 8 jam untuk cas penuh atau pengecasan pantas, 40 minit untuk kuasa 80 peratus.
  • Tork maksimum 195Nm.
  • Kuasa disimpan dalam bateri boleh digunakan di rumah melalui sambungan peranti V2H.
  • Turut berfungsi sebagai pembekal tenaga untuk perkakasan elektronik melalui adapter V2L.
Mod Pemanduan
  • Ada tiga mod pemanduan: Normal untuk pemanduan bandar, Eco dengan kuasa motor dikurangkan bagi penjimatan kuasa dan Sport untuk lebih respons trotel.
  • Mod Operasi Pedal Inovatif (IPO) untuk fungsi pecut dan nyah pecut dengan hanya satu pedal. Pedal brek kekal wajib, iaitu ketika kereta perlu diperlahankan dengan cepat atau berhenti sepenuhnya.
Casis dan Pengendalian

  • Panel bumbung direka nipis bagi mendapatkan pusat graviti (CoG) rendah dan mengurangkan olengan ketika membelok.
  • Berat kereta diagihkan hampir ideal dalam nisbah 56:44 depan dan belakang.
  • Suspensi ditala khas untuk pemanduan tangkas, tetapi masih stabil.
  • Standard dengan Kawalan Cengkaman (Grip Control) yang membantu ketika melalui permukaan jalan licin.
  • Sistem akan membrek roda depan yang mula menggelincir atas salji atau lecak dengan menghantar lebih daya kilas (tork) pada roda lain yang ada lebih cengkaman.
Sistem Bantuan Pemanduan
  • Sistem MI-PILOT dengan fungsi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan pengesanan parkir, termasuk sokongan parkir belakang, depan dan sisi (mengikut varian).
  • Sistem Mitsubishi Connect dengan fungsi Bantuan Kecemasan SOS, Laporan Status Kenderaan bagi memeriksa baki kuasa bateri, Kawalan Jauh Suhu, Kawalan Jauh Pengecasan dan Pengesan Kereta (mengikut varian).

eK X EV meriah ditawarkan dalam 10 pilihan warna dengan lima satu tona dan lima dwi-tona,  termasuk warna baharu Mist Blue Pearl dengan bumbung Copper Metallic. Ada dua varian ditawarkan: P dan G.

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!
BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k

Mitsubishi eK X EV
Nissan Sakura
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Nissan Sakura 2022
Mitsubishi eK X, eK Space dan Nissan Roox, Dayz
Mitsubishi eK X
EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Mitsubishi Mitsubishi eK X EV MPV Keicar Nissan Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.