Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MITI Pertimbang Turunkan Cukai Eksais Supaya Kereta Lebih Murah, Tetapi…
Auto Terkini

MITI Pertimbang Turunkan Cukai Eksais Supaya Kereta Lebih Murah, Tetapi…

Han OthmanBy Han Othman25/01/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI kenyataan terbaharu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Timbalan Menteri MITI, Ong Kian Ming yang mendakwa pihaknya sedang mempertimbangkan mahu menurunkan duti eksais kenderaan bagi membolehkan harga kereta lebih rendah.

Bagaimanapun jika terlaksana, Kerajaan akan mengalami pengurangan pendapatan daripada hasil cukai tersebut.

Ong dipetik TheStar berkata, penurunan cukai itu bakal memberi banyak manfaat kepada pengguna dan pemain industri, termasuk juga Kerajaan. Ini kerana, harga kereta murah akan membuatkan lebih ramai rakyat membeli kereta dan hasil cukai juga secara tidak langsung bertambah.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan

“Pengeluar OEM dapat jual banyak kenderaan, pengguna dapat menikmati harga kenderaan lebih rendah dan Kementerian Kewangan juga dapat kelebihan apabila mengutip lebih banyak cukai kerana jumlah jualan kenderaan semakin bertambah. Ini perkara yang ingin kami pertimbangkan untuk semua model kenderaan,” katanya.

Sementara itu menurut Ong, pemain industri akan menyediakan jangkaan peningkatan jualan kenderaan kepada Kerajaan sebagai sebahagian keperluan pengurangan duti eksais berkenaan. Beliau menambah, vendor dan pembekal tempatan juga akan mendapat manfaat, kerana ini akan merancakkan lagi aktiviti CKD kenderaan.

KESIMPULAN

Apapun, diharapkan pembaca semua bertenang kerana ia masih di peringkat cadangan. Lagipun apa yang disebut timbalan menteri di atas ialah penurunan, BUKAN penghapusan cukai, dan kita sendiri tidak pasti berapa peratuskah penurunan tersebut (kalau terlaksana). 10 peratus? 30 peratus? 60 peratus?

Namun, penurunan tersebut dijangka tidak mempengaruhi harga kereta nasional, sebaliknya lebih kepada kenderaan bukan nasional dari Eropah dan Jepun, terutama model import (CBU). Malah pengeluar bukan nasional hari ini sudah meraih banyak manfaat daripada pelepasan cukai untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV).

BACA >>> 8 Perkara Perlu Anda Faham Jika Mahu Harga Kereta Murah (Artikel Panjang untuk Dibaca)

Lebih mencurigakan kami, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri seperti dikenali sebelum ini bukanlah pemimpin yang pro kepada kereta import (baca: SINI) dan salah satu cari mengekang pembelian kereta import ialah mengenakan syarat kemasukan ke negara ini menerusi cukai. Malah, Tun pernah berkata (baca: SINI), harga kereta yang terlalu murah akan menyebabkan lambakan kereta atas jalan dan masalah lain pula akan berlaku. Dan orang kaya tetap akan beli kereta mahal tidak kira berapa tinggi cukai dikenakan.

Apapun, kita tunggu dan lihat. ☺️

cukai eksais Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Ong Kian Ming Tun Dr Mahathir Turun Harga Kereta
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

07/07/2026
Auto Terkini

Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

07/07/2026
Aksesori

Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

07/07/2026
Auto Terkini

G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

06/07/2026

1 Comment

  1. matz kelate on 26/01/2019 00:54

    hahaha .. main-main dengan menteri PH.. ke nak lipak jugak nihh..

    “Bagaimanapun jika terlaksana, Kerajaan akan mengalami pengurangan pendapatan daripada hasil cukai tersebut.

    Ong dipetik TheStar berkata, penurunan cukai itu bakal memberi banyak manfaat kepada pengguna dan pemain industri, termasuk juga Kerajaan. Ini kerana, harga kereta murah akan membuatkan lebih ramai rakyat membeli kereta dan hasil cukai juga secara tidak langsung bertambah.”

    Sebelah atas kata kerajaan akan alami pengurangan pendapatan dari hasil cukai sebab turunkan cukai eksais .. sebelah bawah pulak kata hasil cukai akan bertambah bila ramai rakyat beli kereta sebab cukai eksais dah murah..

    JADI KESIMPULANNYA.. KERAJAAN MAKIN BANYAK HASIL KE MAKIN KURANG HASIL JIKA MENURUNKAN CUKAI EKSAIS? hahahaha

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.