Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MINI Seven Edition Sempena Kenangan Model Klasik, Cuma 30 Unit Dikeluarkan
Roda4

MINI Seven Edition Sempena Kenangan Model Klasik, Cuma 30 Unit Dikeluarkan

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Seven Edition baharu, model rekabentuk pertama daripada generasi terkini MINI 5-pintu itu hanya dikeluarkan 30 unit sahaja dan direka sebagai penghormatan kepada model asal Austin Seven yang klasik dan nostalgik.

MINI Seven Edition baharu menampilkan ciri rekabentuk eksklusif pada bahagian luaran dan dalaman berasaskan legasi kuat tempat asal jenama itu dilahirkan, Britain.

SEJARAH AUSTIN SEVEN

Ketika memperkenalkan ikon baharu itu ke pasaran Malaysia, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, warisan MINI Seven bermula sejak 1959 apabila kereta ikonik itu mula diperkenalkan ke pasaran dunia sebagai Austin Seven dan cukup identik dengan Morris Mini-Minor.

Hanya 10 tahun kemudian – pada 1969 – pengeluaran kereta itu dipindahkan ke kilang baharu dekat Longbridge di Birmingham, United Kingdom, di mana nama MINI menjadi jenama standard.”

– Han Sang Yun – CEO BMW Group Malaysia

LUARAN

  • Warna biru khas, Lapisluxury Blue ilham MINI Yours dengan bumbung warna perak, Melting Silver.
  • Strip bonet.
  • Rim aloi ringan 17-inci kelabu, Spectre Grey buatan MINI Yours.
  • Lampu Depan LED dengan lingkaran lampu siang (DRL) LED.
  • Lampu Kabus LED.
  • Fender dengan logo tertulis perkataan  ‘Seven’ dan ‘S’ serta nombor ‘7’. Sil pintu pemandu dan penumpang depan juga tertera logo sama.

DALAMAN

  • Ruang kabin dihasilkan menerusi permukaan acuan tiga dimensi (3D).
  • Papan pemuka baharu pada kolum stereng dan punat kawalan di posisi baru.
  • Material tempat duduk sports fabrik/kulit bersama kemasan eksklusif Diamond Malt Brown.
  • Kemasan khas warna cokelat, Malt Brown dan hitam Piano Black.
  • Stereng kulit MINI Yours jenis Walknappa daripada jahitan tangan dengan trim benang jalinan aluminium.
  • Corak stereng motif Union Jack.
  • Perehat tangan boleh lipat pelbagai posisi dengan ruang simpanan.
  • Panel utama papan pemuka signatur, MINI Centre Instrument edisi khas dengan logo MINI Seven.
  • Akses selesa, Comfort Access dengan fungsi membuka pintu, but dan menghidupkan enjin tanpa perlu menggunakan kunci kereta.

ENJIN

  • 4-silinder 2.0L MINI TwinPower Turbo
  • 192hp dan 280Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.8 saat.
  • Transmisi Steptronic 6-kelajuan.
  • Pedal anjakan stereng.
  • Purata bahan api 5.5 liter per 100km.

CIRI PEMANDUAN

  • Mod Pemanduan MINI diaktifkan melalui satu suis rotari di bawah tuil gear.
  • Mod pacuan – SPORT dan GREEN.
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dengan Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan Kawalan Kunci Diferensial Elektronik (EDLC).
  • Kawalan Prestasi – Sistem yang mampu menghalang situasi belokan kurang (understeer).

CIRI MULTIMEDIA

  • Sistem infotainment Navigation System Professional beresolusi tinggi bersaiz 8.8 inci dengan paparan pandu arah tiga dimensi (3D).
  • Maklumat seperti destinasi sistem navigasi boleh dibuat secara tulisan tangan pada pad sentuh yang disepadukan dengan pengawal MINI Controller. Fungsi pengawal boleh diputar dan ditekan untuk tetapan fungsi seperti menukar frekuensi, melihat senarai stesen radio dan lain-lain.
  • Kamera undur definisi tinggi (HD) untuk paparan belakang kereta lebih jelas.
  • Snap In Adapter – ciri yang mampu mengecas kebanyakan telefon pintar dan apabila disambungkan dengan antena luar kereta dapat memberikan liputan terbaik sepanjang masa.
  • Sistem bunyi hi-fi Harmon Kardon – terdiri 12 unit pembesar suara.

WARANTI DAN HARGA

MINI Seven Edition baharu hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun dan servis berkala percuma. Harga anggaran MINI Seven Edition Baharu (atas jalan tidak termasuk insurans) ialah RM253,888.

GALERI

SUMBER: BMW Blog

Austin Seven BMW Group Malaysia Mini MINI Seven Edition MINI Yours Morris Mini-Minor Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.