Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Michelin Road 6, Road 6 GT di Malaysia, Kini dengan Cengkaman Lebih Kuat, Tahan Lama
Aksesori

Michelin Road 6, Road 6 GT di Malaysia, Kini dengan Cengkaman Lebih Kuat, Tahan Lama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN hari ini memperkenalkan siri tayar Road 6 untuk pasaran Malaysia yang dikhaskan buat motosikal jenis roadster, trail, sport dan touring besar (GT).

Barisan produk baharu itu menerima penambahbaikan dari segi aspek cengkaman atas permukaan basah, ketahanan, keselesaan dan pengendalian.

Michelin Road 6 didatangkan dalam saiz untuk motosikal saiz besar (trail) dan ada juga tawaran Road 6 GT untuk model GT.

Michelin mendakwa siri tayar Road 6 menawarkan cengkaman lebih baik atas permukaan basah selain memberikan jangka hayat tayar hingga 10 peratus lebih lama berbanding model Road 5. Peningkatan prestasi diperoleh daripada teknologi digunakan, paten bunga, material dan arkitektur tayar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal

Rekabentuk Paten Tayar

  • Penambahbaikan 14 peratus nisbah lowong yang membantu prestasi cengkaman lebih tinggi atas jalan basah dan kering. Nisbah itu dikatakan tidak berubah ketika membelok.
  • Teknologi Michelin Water EverGrip menawarkan kadar cengkaman basah lebih tinggi, sekali gus meningkatkan keyakinan penunggang.
  • Alur dan sudut paten tayar (sipe) kini lebih panjang untuk menyingkirkan air keluar, termasuk meningkatkan kadar cengkaman.

BACA >>> Getah Bunga Dandelion Ganti Pokok Getah untuk Hasilkan Tayar Mesra Alam?

Material Binaan

  • Dibina menggunakan 100 peratus kompaun silika dengan teknologi Michelin Silica Technology bagi menambah baik cengkaman dalam cuaca sejuk, jalan basah dan lembap tanpa menjejaskan jangka hayat tayar.
  • Michelin 2CT+ (2 Compound Technology) untuk depan dan belakang, bermaksud bunga tayar direka berbeza bagi mengoptimumkan karakter dan prestasi.
  • Lapisan keras bawah paten tayar membantu mengekalkan ketegaran ketika membelok. Lapisan atasan paten tayar jenis lembut yang bersentuhan permukaan jalan pula menawarkan cengkaman lebih baik untuk manfaat tunggangan jauh sama ada atas jalan basah atau kering.

BACA >>> Seludup Syabu RM1.8 Juta dalam Tayar Basikal Kanak-Kanak

Arkitektur Tayar

  • Teknologi Michelin Radial X Evo menggunakan binaan 90º pada struktur tengah (bawah permukaan tayar) bagi memastikan capaian cengakaman lebih tinggi ketika di laluan lurus atau sudut miring.
  • Dinding tayar berasaskan Radial X Evo, iaitu menggunakan lapis khas untuk menawarkan fleksibiliti dan keselesaan dengan menyerap kesan permukaan jalan rosak. Dalam halaju tinggi, tayar kekal stabil yang sesuai untuk motosikal kuasa tinggi.
  • Efek menyeluruh. Teknologi ditawarkan  mampu mengoptimumkan pengendalian dan responsif tayar.
  • Teknologi Michelin Aramid Shield menambah baik ketegaran selongssng tayar, sekali gus meningkatkan respons dan kawalan motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?

Saiz Tayar

  • Siri tayar Michelin Road 6 hadir dalam enam saiz untuk rim depan dan lapan saiz untuk roda belakang. Road 6 GT pula satu saiz untuk rim depan dan tiga saiz belakang. Tiada maklumat harga dikongsi Michelin buat masa ini.

BACA >>> Bridgestone Lancar Siri Tayar Berprestasi Potenza Sport, Ada 16 Saiz Pilihan
BACA >>> Kekurangan Bahan Mentah, Harga Tayar Baharu Naik?
BACA >>> Tayar Baharu Goodyear Assurance MaxGuard SUV Kini di Malaysia, Ada 15 Saiz Pilihan
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal

aksesori Michelin Michelin Road 6 tayar motosikal Tayar Motosikal GT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.