Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin
Auto Terkini

Michelin Passion Experience 2019: Pengalaman Rasai Sendiri Kehebatan Tayar Michelin

Han OthmanBy Han Othman15/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MICHELIN Malaysia menganjurkan acara tahunan, ‘Michelin Passion Experience’ kepada peserta terpilih bagi merasai pengalaman sekali seumur hidup ke dalam dunia Michelin melibatkan aktiviti sukan permotoran, mobiliti dan gastronomi.

Peserta ‘Michelin Passion Experience’ musim ini berpeluang menjadi pelumba sebenar di trek Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 11 September lalu dengan memandu jentera pelana tunggal, Formula 4. Ini termasuk menguji BMW X3, Ford Ranger dan Seat Leon MK3 TCR di bawah pemantauan dan tunjuk ajar pengajar pandu profesional dan pelumba profesional kelas dunia. Pada masa sama, peserta dapat merasai sendiri kualiti tayar ditawarkan Michelin.

BACA >>> Michelin Pilot Sport Experience 2016: Pengalaman Seumur Hidup Yang Tidak Dapat Dilupakan

Tahun ini, ada empat bengkel pemanduan diberikan:

  • Race of Passion – pengalaman menjadi pemandu kejuaraan Formula.
  • SUV Passion – pandu uji untuk membandingkan tayar prestasi SUV premium, dan memahami peranan tayar ketika membrek dan mengawal kenderaan
  • Off-Road Passion – peserta belajar bagaimana memandu jentera 4×4, Ford Ranger di kawasan off-road, termasuk berlatih rali dan memandu sendiri.
  • Thrilling Passion – sesi dipanggil ‘hotlap’ ini membolehkan peserta merasai pengalaman duduk dalam jentera lumba TCR an Porsche 718 Cayman yang dipandu pengajar profesional. Kereta akan dipandu mengelilingi setiap selekoh trek Sepang.

Dalam bengkel SUV Passion, peserta dapat menguji tahap kualiti tayar baharu Michelin Pilot Sport 4 SUV, yang memang dibangunkan khas untuk jenis kenderan utiliti sukan (SUV).  Menurut Michelin, prestasi hebat tayar baharu ini diperoleh menerusi kerjasama pembangunan yang dijalinkan bersama pengeluar kereta ternama.

BACA >>> Michelin Pilot Sport 4 SUV – Tayar Khas SUV yang Lebih Tahan Lama, Ekstra Cengkaman

Hasilnya ialah tayar yang menawarkan cengkaman dan keselamatan cemerlang dalam apa saja situasi pemanduan, sama ada jalan kering atau basah, memiliki jangka hayat lebih lama dan tahan lasak, keselesaan optimum dan kebisingan minimum bagi meningkatkan pengalaman pemanduan selesayang selesa.

Di penghujung sesi ‘Michelin Passion Experience’ setiap peserta diberikan set makanan MICHELIN Guide Gourmet Gift Box yang dihasilkan dua restoran Michelin Star di Thailand: Mezzaluna (2 Michelin Star) dan Saawaan (1 Michelin Star).

Peserta turut dihidangkan makan malam eksklusif disediakan Chef Sun Kim dari Restoran Meta di Singapura yang berstatus 1 Michelin Star dengan hidangan Asia berasaskan ilham Perancis klasik.

BACA >>> Michelin Tweel – Inovasi Tayar Mati Tanpa Perlu Isi Angin

GALERI
aksesori Aksesori Aftermarket Auto Terkini Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Michelin Michelin Malaysia Michelin Passion Experience Michelin Pilot Sport 4 SUV tayar michelin Tayar SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.