Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»MG Cyberster Sudah Ada Varian Baharu! Kini dalam RWD, Harga RM299k
Kenderaan Elektrik (EV)

MG Cyberster Sudah Ada Varian Baharu! Kini dalam RWD, Harga RM299k

SyafieBy Syafie09/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MG Motor Malaysia perkenal MG Cyberster varian RWD
MG Motor Malaysia rasmi memperkenalkan varian baharu MG Cyberster dalam sistem pacuan roda belakang (RWD), sekali gus menjadi roadster elektrik RWD pertama dunia dengan penampilan pintu gunting (scissor doors) ikonik pada harga RM299,900.

Tawaran itu membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia memiliki jentera elektrik prestasi tinggi dengan gaya agresif dan teknologi canggih, selari arus pemodenan mobiliti masa kini.

Prestasi Bertenaga, Pecutan 0-100kmj Dalam 5 Saat!

MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD

MG Cyberster RWD dikuasakan motor elektrik 340ps dan tork 475Nm, yang membolehkan pecutan 0-100kmj dalam sepantas 5 saat. Kuasa itu dijana bateri 77kWj dengan jarak pemanduan hingga 508km (WLTP).

  • Pengecasan pantas( DC: 10-80 peratus hanya 38 minit
  • Rim aloi 19 inci dan brek Brembo untuk pengendalian mantap
  • Sistem bateri ultra nipis untuk pusat graviti rendah (CoG) dan kestabilan tambahan

Rekaan Futuristik + Kabin Perlumbaan Premium

MG Cyberster varian RWD

MG Cyberster RWD mengekalkan bentuk siluet roadster rendah dengan elemen ekor Kammback, lampu belakang LED bentuk anak panah, dan  pintu gunting elektrik yang menjadi ciri unik dalam segmen itu.

Ruang kabin menampikan:

  • Tiga skrin utama: Kluster instrumen digital 10.25 inci + dwi-skrin 7 inci + unit infotainmen skrin sentuh 7 inci
  • Kemasan kulit dan alcantara berserta sokongan lumbar
  • Kabin luas hasil susun atur bateri mendatar EV tulen

Pilihan Warna, Opsyen Bumbung

MG Cyberster varian RWD

Ditawarkan dalam empat warna menarik seperti:

  • Dynamic Red (merah) dan Camden Grey (kelabu) dengan dalaman Black-Red (hitam-merah)
  • Inca Yellow (kuning) dan English White (putih) dengan dalaman Grey (kelabu)

Tambahan bumbung lembut merah boleh didapati dengan tambahan RM2,000.

“Gabungan Gaya, Kuasa dan Inovasi”

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi Feng berkata;

MG Cyberster menunjukkan sejauh mana dunia EV telah berkembang dengan gaya, kuasa dan inovasi tanpa kompromi. Varian RWD baharu membuka lebih banyak peluang pemilikan untuk rakyat Malaysia.”

Waranti Komprehensif + Pakej Pemilikan MG Cyberster

Setiap pembelian disertakan dengan:

  • Waranti kenderaan: 7 tahun/150,000km
  • Waranti bateri voltan tinggi: 8 tahun/180,000km
  • Waranti motor elektrik + unit kawalan: 8 tahun/160,000km
  • 1 tahun pengecasan tanpa had (JomCharge + AutoCharge)
  • PERCUMA pengecas dinding 7kW (Wallbox)

Harga Rasmi MG Cyberster Baharu (MSRP)

  • MG Cyberster RWD – RM299,900
  • MG Cyberster 4WD – RM319,900

Temui MG Cyberster di Jelajah ‘Dare to Love’

Barisan famili MG Motor Malaysia

MG Cyberster RWD boleh dilihat secara langsung di acara pameran jelajah MG ‘Dare to Love’:

  • Lokasi: 1Utama (Old Wing), Ground Floor Centre Court
  • Tarikh: 9-13 Julai 2025
  • Masa: 10 pagi-10 malam
  • Pelanggan yang menempah sepanjang acara akan menerima:
    • 1 tahun pengecasan tanpa had (JomCharge + AutoCharge)
    • Pengecas dinding AC Wallbox 7kW PERCUMA
    • Model diecast MG Cyberster edisi terhad dan eksklusif

Barisan Model MG Lain Juga Dipamerkan

Acara ini turut menampilkan model popular MG seperti:

  • MG5
  • MG4
  • MG HS
  • MGS5 EV

Sesi pandu uji disediakan kepada semua pengunjung yang mahu mengalami sendiri pengalaman British Driving Dynamic MG!

Promosi Istimewa MGS5 EV

Sepanjang acara, model MGS5 EV ditawarkan pada harga promosi:

  • MGS5 EV COM (49kWj) – RM109,900
  • COM Long Range (62kWj) – RM119,900
  • Varian Tertinggi – RM129,900

Penjimatan pelancaran eksklusif hingga RM6,000.

Luaran
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
Dalaman
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
MG Cyberster varian RWD
Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) MG Cyberster MG Motor Malaysia Pacuan Roda Belakang (RWD) Roadster Elektrik Roadster EV Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.