Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai

SYARIKAT pengedar motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd mengumumkan pembangunan model motosikal 200cc bahar yang menampilkan konsep unik, dipanggil ‘skuchai’.

Model konsep itu menggabungkan rekabentuk skuter, platform enjin berasaskan kapcai (moped) dan sistem transmisi automatik CVT, sekali gus mewujudkan pendekatan baharu dalam industri dua roda.

Mforce berkata, gabungan tiga elemen berbeza itu menjadikan konsep Skuchai sebagai inovasi yang belum pernah diketengahkan sebelum ini.

Pendekatan tersebut berpotensi mewujudkan segmen baharu yang menggabungkan praktikaliti skuter dan karakter ringan serta tahan lasak sebuah kapcai.

Gabungan Skuter, Kapcai

Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai

Model skuchai dibangunkan dengan matlamat menawarkan pengalaman tunggangan berbeza berbanding motosikal konvensional di pasaran.

Ia menggabungkan ergonomik dan keselesaan ala skuter, tetapi menggunakan struktur dan platform enjin yang lebih ringan seperti kapcai.

Pada masa sama, penggunaan transmisi automatik CVT membolehkan penunggang menikmati tunggangan tanpa perlu menukar gear secara manual.

Ini menjadikan motosikal tersebut lebih mudah dikendali untuk tunggangan harian di bandar, selain masih sesuai untuk perjalanan jarak sederhana.

Pelaburan RM10 Juta untuk Pembangunan

Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai

Bagi merealisasikan projek itu, Mforce memperuntukkan pelaburan RM10 juta. Pelaburan tersebut merangkumi pelbagai aspek pembangunan termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), kejuruteraan rekabentuk, pembangunan prototaip serta ujian ketahanan.

Selain itu, dana tersebut turut digunakan bagi menyesuaikan platform motosikal berkenaan supaya memenuhi keperluan pasaran Malaysia dan potensi pasaran antarabangsa. Langkah itu juga mencerminkan komitmen Mforce untuk menghasilkan inovasi berbeza daripada produk sedia ada.

Kerjasama Teknologi Antarabangsa

Pembangunan motosikal skuchai itu turut melibatkan kerjasama strategik bersama rakan teknologi Mforce dari China. Projek tersebut juga menjadi antara tugasan pertama bagi unit pembangunan syarikat yang ditubuhkan pada awal 2025.

Melalui kerjasama berkenaan, kepakaran antarabangsa dalam bidang kejuruteraan motosikal digabungkan dengan idea dan kreativiti pasukan tempatan bagi menghasilkan konsep yang benar-benar baharu dalam industri dua roda.

Idea Awal Jurutera Tempatan

Mforce logo

Menariknya, jurutera tempatan Malaysia memainkan peranan penting dalam peringkat awal pembangunan model skuchai.

Padukan itu terlibat dalam menghasilkan lakaran konsep, pembangunan rekabentuk dan pembinaan model tanah liat (clay model) sebelum memasuki fasa pembangunan sebenar.

Gabungan kepakaran tempatan dan teknologi global itu membantu memastikan model yang dihasilkan bukan saja mempunyai keupayaan teknikal yang baik, tetapi mampu memenuhi cita rasa pengguna tempatan dan pasaran serantau.

Akan Ditayangkan di Malaysia Bike Show 2026

Ketua Pegawai Operasi (COO) Mforce, Asri Ahmad berkata, prototaip skuchai kini sudah siap sepenuhnya dan sedang memasuki fasa penghasilan unit prapengeluaran. Unit tersebut akan menjalani pelbagai ujian seperti simulasi penggunaan harian dan ujian ketahanan jarak jauh.

Model konsep itu juga dijadual membuat debut umum di pameran Malaysia Bike Show 2026, yang dijangka berlangsung pada Mei tahun ini.

Pameran tersebut bakal menjadi platform rasmi memperkenalkan konsep unik itu kepada peminat motosikal dan pemain industri.

Pelancaran Dijangka 2027

Jika semua proses pembangunan dan ujian berjalan lancar, model skuchai dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku pertama 2027.

Namun, spesifikasi penuh dan harga rasmi masih belum diumumkan. Maklumat lanjut mengenai model berkenaan dijangka didedahkan berperingkat menjelang pameran Malaysia Bike Show 2026 dan sebelum pelancaran rasmi nanti.

Kapcai Malaysia Bike Show 2026 MForce Bike MForce Bike Holding Sdn Bhd Mforce Bike Holdings Sdn Bhd model konsep motosikal konsep roda2 Skuchai skuter
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.