Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mesin Rumput Honda Miimo HRM2500 Live dan Grass Miimo HRM4000 Live, Daripada RM17 Ribu!
Auto Terkini

Mesin Rumput Honda Miimo HRM2500 Live dan Grass Miimo HRM4000 Live, Daripada RM17 Ribu!

Abang HirataBy Abang Hirata22/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SATU daripada kelebihan Honda berbanding syarikat lain ialah penawaran produk dari sekecil mesin rumput sehingga kapal terbang di udara.

Penawaran yang menyeluruh itu diteruskan dengan wakil atas laman iaitu mesin rumput Honda Miimo HRM2500 Live dan Miimo HRM4000 Live baharu.

Masing-masing menggantikan mesin rumput Miimo HRM520 dan Grass Miimo HRM3000 dengan prestasi dan pengoperasian yang dipertingkat.

Sejak pelancaran model pertama, Miimo HRM520 pada 2017, mesin rumput itu dipuji kerana mampu mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan untuk memotong rumput dan meningkatkan kecekapan.

Mesin rumput Honda diterima pakai secara meluas di kemudahan awam seperti taman, tadika, sekolah dan juga syarikat perniagaan.

Prestasi kerja dan kegunaan

  • Penetapan mengikut pelbagai keadaan; kelajuan pertumbuhan rumput dan keadaan kawasan pemotongan. Tinggi pemotongan boleh dilaras di antara 20 mm sehingga 60 mm.
  • Larasan tinggi pemotongan: Miimo HRM2500 Live guna larasan bernombor, HRM4000 Live guna pelarasan mengikut 5 mm (ubahan di dalam aplikasi dan panel kawalan).
  • Jumlah isyarat kawasan ditingkatkan daripada satu kepada empat dan mengurangkan kawasan rumput yang tertinggal apabila sejumlah Miimo digunakan secara serentak di kawasan bersebelahan.
  • Pengenalan isyarat pintasan tanpa perlu mengubah tetapan seperti sebelum ini untuk laluan sempit.
  • Fungi kembali ke lokasi asal membolehkan Miimo pulang ke stesen pengecasan berdasarkan teknologi GNSS (Sistem Navigasi Satelit Global).
  • Motor berkuasa tinggi dengan keupayaan mendaki sehingga 25 darjah dan sistem kawalan penurunan cerun.

Ketahanan dan penyelengaraan

  • Bilah direka untuk berputar 360 darjah bagi mengelak kesan dari batu dan halangan lain dan mencegah kerosakan pada bilah dan  dari batu yang terbang.
  • Arah putaran bilah dikawal secara automatik bagi mengelak dari kegunaan yang tidak sekata dan mengekalkan potongan yang tajam.
  • Grass Miimo jenis kalis air dan boleh dibasuh dengan air. Pengguna boleh menyiram terus air pada bilag pemotong bagi menghilangkan rumput dan kekotoran lain.

Aplikasi Mii-monitor

  • Sambungan kepada telefon pintar atau tablet melalui Unit Kawalan Telematik dan talian selular (TCU).
  • Pengguna boleh mengawasi status operasi dan membuat penetapan melalui aplikasi.
  • Memeriksa status kerja, tahap bateri dan maklumat lokasi.
  • Kawalan suara melalui pembesar suara AI.
  • Pelbagai tetapan seperti masa kerja dan ketinggian potongan.
  • Pengurusan berbilang Miimo.
  • Tetapan Zon Baharu Pintar (fungsi baharu).
  • Tetapan pemasa pintar (fungsi baharu)
  • Kawalan jauh melalui Bluetooth®.

Ciri-ciri Honda Miimo HRM2500 Live dan Miimo HRM4000 Live:

  • Ukuran: 655 (p) × 535 (l) × 270 (t) (690 × 555 × 300) mm.
  • Jarak roda: 300 (326) mm.
  • Diameter roda: 200 (250) mm.
  • Berat: 11.8 (14.5) kg.
  • Luas kawasan operasi maksimum: 3,000 (4000) m².
  • Lebar pemotongan: 220 (250) mm.
  • Kelajuan putaran bilah: 2,200/2,500 (2,100) rpm.
  • Bateri: Litium ion 3,800 (5,700) mAh).

Harga:

  • Miimo HRM2500 Live: JPY¥568,150 (RM16,976)
  • Grass Miimo HRM4000 Live: JPY¥678,700 (RM20,278)

Honda Miimo HRM2500 Live

Honda Grass Miimo HRM4000 Live

Honda Mii-monitor

Honda Honda Miimo Honda Miimo Grass Miimo HRM4000 Live Honda Miimo HRM2500 Live
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

12/06/2026
Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 401K
  • Instagram 194K
  • YouTube 593K
  • TikTok 1000K
  • Threads 46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.